Pages

Wednesday, October 31, 2012

PRODUK ACAI BERRY

Sharing is Caring..
This info copy from FB my friend


Produk acai berry tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan mengandungi racun sibutramine 


Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha untuk semua.

Jalan pagi ni memang sangat lengang.. Kenderaan diatas jalan raya pun boleh dikira dengan jari dan aku masih disini. Menyiapkan kerja yang berbaki.. Masuk tahun ni dah tahun ke4 aku beraya disini.. Di PUTRAJAYA bersama-sama dengan saudara islam lain disini.. 

Tahun-tahun lepas bila Solat Sunat AIDILADHA di Masjid PUTRAJAYA memang keadaan penuh sesak.. walaupun ramai warga PUTRAJAYA dah pulang ke kampung untuk beraya tapi disini tetap penuh dengan warga-warga asing yang sama-sama menunaikan solat sunat hari raya tak kira dimana berada. 

ALHAMDULILLAH syukur kerana sehingga kini aku masih bernafas... Menghirup udara segar disini. Dan tat kala ini, hati terasa sunyi dan keinginan pulang ke kampung ziarah mak dan bapak sangat tinggi. Tapi apakan daya kehendak hati ini tidak dapat ditunaikan ketika ini.
Sesungguhnya kerinduan pada keluarga dikampung sangat tinggi. Walaupun kita boleh dihubungkan dengan teknologi canggih masa kini tapi tetap tak sama dengan bertentang mata dengan kedua orang tua kita kan.. 

Dan insyaALLAH besar kemungkinan awal bulan 11 aku akan pulang ke kampung.. Mengubat kerinduan ini.

Dikesempatan ini aku ucapkan SALAM AIDILAHA untuk semua

Tuesday, October 9, 2012

SERONOK BOLEH BANTU ORANG

Alhamdulillah.. syukur sangat bila baca komen daripada customer aku... Actually customer ni alami masalah jerawat dan parut yang sangat serius... then 1 day aku dapat PM dari dia.. and dia bagitau yang dia ada masalah jerawat dan parut yang sangat serius.  dah tak tahu nak cuba apa.. takut pun ada...

And dia minta pendapat aku... Set EVERLYNN ni yang mana sesuai untuk dia... And berdasarkan apa yang diceritakan pada aku.. so aku suggest untuk dia cuba EVERLYNN TREATMENT SET..

So arini aku nak kongsi testimoni everlynn skincare - set treatment. 

Dalam masa 3 hari pertama customer ini guna produk everlynn memang ada sedikit kesan pada skin dia... masa permulaan jerawat dia makin bertambah.. dia cakap macam ditabur baja.. hu hu hu... aku pun agak sedih la.. coz ni first time customer aku yang bagi feedback yang negatif... 

then aku try untuk bantu dia... and ALHAMDULILLAH after 8 days... kulit dia dah normal.. parut dan jerawat pun dah susut... Syukur sangat..

Kesan EVERLYNN skincare pada setiap orang adalah berbeza... bergantung pada skin masing-masing. Disebabkan masalah kulit yang dialaminya memang sangat serius dia tak boleh pakai cleanser dan cream treatment tu pada masa yg sama. means dia kena guna dia kena pakai cleanser dulu... then bila skin dah ok.. baru continue dengan cream treatment pulak.. lepas tu dah boleh guna kedua-dua set tu serentak. ALHAMDULILLAH skin dia dah OK sekarang.. Kat sini aku selitkan Perbualan antara aku dan customer ni ea... Sori nama terpaksa hide coz ini permintaan customer..



Customer ni still guna set treatment until now.. 

Aku sangat mengalu-alukan kepada semua customer aku samaada dah menggunakan EVERLYNN atau baru nak try... boleh PM aku untuk dapatkan khidmat nasihat.. InsyaALLAH aku akan cuba my best untuk bantu anda...

p/s : mood hari ini berbunga-bunga sikit... hi hi hi

Monday, October 8, 2012

NAMA PERPUSTAKAAN DI PERTH, TEMPAT AIN BERTEMU JOHAN

Melalui statistik searching dari blog aku,
Ramai yang search : Apakah nama perpustakaan di Perth, tempat Ain bertemu Johan? 
Dalam drama bersiri ADAM DAN HAWA... 

ok meh aku kongsikan kat sini ea.. 
Nama perpustakaan tersebut ialah 

"John Curtin Prime Ministerial Library"..

So bagi yang join contest ADAM DAN HAWA.. hopefully ini dapat membantu ea..
Good Luck kepada semua :-)

Friday, October 5, 2012

CONTEST ADAM DAN HAWA DAN SOALAN-SOALANNYA

CARA PENYERTAAN :
Untuk menyertai peraduan dan menangi hadiah – hadiah menarik, sila ikuti langkah – langkah mudah berikut.
  1. Tonton episod 17 hingga episod 24 drama bersiri Adam & Hawa dari 24 September 2012 hingga 4 Oktober 2012.
  2. Jawab 8 soalan mudah di www.astro.com.my/adamdanhawa.
Setiap hari, satu soalan akan diumumkan sejurus selepas episod Adam & Hawa selesai.  Kesemua 8 jawapan hanya boleh dihantar mulai 4 Oktober 2012. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Oktober 2012.

Hadiah – hadiah yang boleh menangi:
  1. Hadiah Utama
    1. 2 keping tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi ke Perth, Australia sumbangan Tourism Australia.
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam & Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
  2. Hadiah Tempat Kedua
    1. Sebuah iPad 2 (64GB)
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam & Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
  3. Hadiah Tempat Ketiga
    1. Sebuah iPod Touch (64GB)
    2. Sebuah novel edisi terhad Adam & Hawa yang tandatangani oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.  

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    View terma dan syarat penyertaan disini ea:> 
    TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN CONTEST ADAM DAN HAWA
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

    LANGKAH 1 : JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT :

    Soalan – soalan untuk setiap episod akan diumumkan setiap hari sejurus selepas episod pada hari tersebut tamat.
     
    SOALAN 1 : 24th Sept 2012 (Episod 17)
    Apakah nama perpustakaan di Perth, tempat Ain bertemu Johan?

    SOALAN 2 : 25th Sept 2012 (Episode 18)
    Apakah barang peribadi milik Ain yang ingin dipinjam oleh Am?

    SOALAN 3 : 26th Sept (Episode 19)
    Apakah yang diberikan oleh Johan kepada Ain semasa mereka berada di Bell Tower, Perth, Australia?

    SOALAN 4 : 27th Sept (Episode 20)
    Gambar siapakah yang dipegang Am semasa tidur di bilik Ain?

    SOALAN 5 : 1st Oct (Episode 21)
    Nama siapakah yang tertera di skrin telefon bimbit Ain semasa telefon berbunyi?

    SOALAN 6 : 2nd Oct (Episode 22)
    Apakah pekerjaan Ain di UiTM?

    SOALAN 7 : 3rd Oct (Episode 23)
    Apakah yang dijumpai Ain di dalam almari bajunya?

    SOALAN 8 : 4th Oct (Episode 24)
    Ain terserempak dengan seorang lelaki di rak kasut masjid. Siapakah lelaki itu?

    *
    *
    *
    *
    all the info copy and credit to : FB ADAM DAN HAWA ADAM DAN HAWA CONTEST

Thursday, October 4, 2012

PENDEK UMUR BILA MENGELUH

Sejak 2, 3 hari ni aku asyik mengeluh jer... erm.. ntah la kenapa.. keje dah buat tapi still mengeluh jugak.. erm... tak puas hati.. hu hu hu.. Esok ada meeting tapi My Boss tak der.. sapa nak jadi chairman ni.. mula runsing coz meeting ni agak penting dan untuk projek yang agak besar. Pada aku la penting pada staff lain aku tak pasti. Coz if projek ni berjaya at least kurang sikit keje kitaorang... HOPEFULLY la

Member aku cakap kalau sekali kita mengeluh pendek umur 5tahun.. erm.. betul ker ea... ini fakta atau auta.. Ntah la.. aku dah banyak kali mengeluh.. kalau 3 kali mengeluh.. dah 15 tahun hayat aku dipendekkan.. hu hu hu.. entah betul entah tidak.. agaknya dogeng je nih coz taknak kita asyik mengeluh je kan..

Last week mak mertua datang.. ditemani kakak ipar aku. Banyak barang yang dia bawa.. berplastik-plastik.. keropok lekor ada.. rambutan pun ada. Sedih pulak aku tengok mak mertua dan kakak ipar aku dok kendong barang yang banyak-banyak tuh.. kalau naik keta tak pe.. ni naik bas :( perjalanan 7jam jugak tu dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.

Tapi aku agak happy bila diorang datang.. riuh sikit rumah aku. Alisha pun sangat happy.. bila tok datang rapat sangat dia dengan tok.. makan,mandi, jalan-jalan semua dengan tok.. siap berpimpin tangan lagi.. sedangkan sebelum ni kalau balik kampung tak nak dekat dia dengan tok. ALHAMDULILLAH sekurang-kurangnya Alisha dah mula rapat orang. Senang sikit.

Kakak ipar aku cakap jangan suka kerut dahi.. nanti cepat tua.. sebab urat byk putus.. Apa yang kakak ipar aku cakap ni mcm boleh diterima pakai kot.. 

Sebenarnya aku tak suka tulis panjang-panjang tapi entah lah kenapa jari ini rancak je menari-nari kat keyboard ni. Sementara menunggu My En Hubby jemput..

DRAMA ADAM DAN HAWA - EPISOD 23

Drama Adam Dan Hawa Episod 23, aku rasakan episod yang sangat tenang.. Seronoknya kalau dapat pergi MEKAH kan.. Bila la aku dapat jejak kan kaki kesana.. Kalau aku dapat kesana Ya ALLAH mesti sangat teruja. Dapat pergi bersama suami tercinta..

Ya ALLAH aku terus rasa rindu nak kesana... Tenang dan Damai jer aku rasa... Bila kah agaknya masanya ea.. Entah kan sempat, entahkan tidak aku menjejakkan kaki kesana.. 

Ya ALLAH kau panjangkan la hayatku dan berikan lah aku peluang untuk kesana juga walaupun sekali..  AMIN

KHAIZA COLLECTION's

Langkah pertama untuk My New Bisness dah berjalan... ALHAMDULILLAH.. Untuk koleksi baju yang aku keluarkan akan diberi nama Khaiza Collections.. Semoga langkah pertama ini akan membawa ke seribu langkah berikutnya..

Ya ALLAH Ya TUHAN ku kau tenangkan lah hati aku kala ini... Sesungguhnya tika ini hatiku sangat berdebar-debar.. Mungkinkah sesuatu yang akan berlaku??? Ya ALLAH hanya engkau MAHA MENGETAHUI... Kau temukan lah aku dengan kedamaianmu YA ALLAH.. Amin.  

Wednesday, October 3, 2012

PADAMU KU BERSUJUD

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah

Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
PADAMU 



Monday, October 1, 2012

NEW BISNESS PLANNING

salam semua... hopefully semua sihat arini ea.. banyak sangat benda yang bermain difikiran ni.. and so many thing to do.. hopefully aku boleh manage dengan sebaik mungkin.. 

Arini close akaun utk sale last month.. ALHAMDULILLAH rezeki yang maha Esa.. Amoun dalam akaun sangat mengujakan dan terharu sangat.. Every day ada je order yang tak putus-putus.. And today aku terlupa bawa buku list order aku. hu hu hu.. sedikit upset dipagi hari.. Tapi nasib baik jugak aku ada save dalam HP semua list order tu..

Dalam entry yang lepas-lepas aku ada update pasal NEW BISNESS kan... Arini aku nak inform sikit pasal bisness baru yang aku sedang plan kan tu.. BISNESS yang aku plan tu adalah BISNESS baju.. for starting kitaorg akan mula kan dengan baju siap.. means baju kurung kitaorg siap jahit ikut saiz.. then kitaorg akan offer for package.. Beli kain dengan kitaorg dan upah jahit pun dengan kitaorg, ini memudahkan kepada pembeli yang memang berminat dengan koleksi baju yang kami reka tp masalah daripada segi saiz..

Aku akan bergabung tenaga dengan kakak aku.. kakak aku memang tukang jahit.. Dah lama dah dia menjahit.. Actually keinginan kitaorg ni sama iaitu untuk ada butik sendiri.. cumanya modal dan cara untuk mulakannya belum ada..

Ilham ni tercetus bila :
1. Aku memang minat dalam fesyen
2. Memang keinginan untuk ada butik sendiri tu lahir sejak aku kecik lagi..
3. Kebetulan kakak aku pun nak join.. so kira bisness adik beradik la ni. 
4. Kesukaran untuk membeli baju siap kerana saiz badan aku ni yang agak terbantut.

ALHAMDULLILLAH hujung tahun ini, aku dapat bonus.. Daripada duit bonus tu aku akan mula beli kelengkapan serba sedikit... perasaan aku untuk mulakan bisness ni bercampur baur.. teruja pun ada.. takut pun ada.. ini dikira memang NEKAD abis la nih.. hopefully modal yang keluar tu dapat pulangan. InsyaALLAH... 

Dengan izin ALLAH.. Doakan untuk aku ea...