Pages

Monday, July 30, 2012

GULAI AYAM TERENGGANU

Tetiba teringin nak makan sangat nak makan Gulai Ayam yang ibu mertuaku... 


Nak buat tapi tak pandai sangat.. So kita tanya pak cik google... inilah resepinya... jom tengok.. kot-kot ada jugak yang mengidam nak makan gulai ayam terengganu ni...


Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak
*Cili hijau dibelah 2 ~ Tun tambah

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

******************resepi dan pic diatas dicedok dari rabiatunsweettouch *********************



JUALAN GUDANG METROJAYA

Salam semua... nak inform kepada semua :>

JUALAN GUDANG METROJAYA BERMULA LAGI. 

Lokasi : PICC Putrajaya
Tarikh : 2 hingga 6 Ogos 2012
Masa : 11 pagi hingga 9 malam

SALE sehingga 70%

Jom tengok-tengok apa yang ada disana nanti... persiapan untuk lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi..


p/s: belanja biar berhemah ea...

Wednesday, July 25, 2012

TUTORIAL PAKAI SHAWL

Salam Ramadhan semua.. 
Raya tahun ni ada tak yang nak pakai shawl
seriusly shawl kat radiussite hijab memang cantik-cantik...

jom layan kejap koleksi terbaru dari radiussite

shawl radiussite





yang ni Tudung Siti Damia dari radiusite

 Semuanya Cantik-Cantik kan...

Tapi banyak yang dah sold out...

tutorial pakai shawl boleh pergi kat sini ea CARA PAKAI SHAWL 


****p/s: semua pic didalam entyr ni adalah hak milik radiusite...****

CONTINUE STORY SUPRISE MY EN HUBBY BIRTHDAY

Salam semua.... 

Entry pertama dalam bulan Ramadhan.. 
Ingat tak... Entry aku yang ini BIRTHDAY MY EN HUBBY
Kat Entry ini kan aku ada mention yang aku ada buat suprise to My En Hubby...

Nak tahu apa suprisenya...

Jeng jeng jeng

*
*
*
*
*

Hand Bouquet Red Roses and ferrero rocher 
 PIC ni dari LOVE GARDEN

Lebih kurang macam ni la... tapi red roses dia ada 12 dan 8 biji ferrero rocher



 And Bluebeery Cheese Cake..

*****kedua-dua pic ini aku ambil dari LOVE GARDEN*****

 Alhamdulillah...
Suprise aku kali ini menjadi... delivery terus ke ofis My En Hubby..
My En Hubby terkejut sangat...
dan
alhamdulillah syukur My En Hubby suka..

Jangan di tanya soal budget untuk kedua2 item ni ea... coz apa yang penting keikhlasan itu... seriusly satu kepuasan apabila dapat buat orang yang tersayang rasa dihargai...
suka sangat moment ni...

Semua ni aku order di Love Garden...


bagi sesiapa yang rasa nak buat suprise kepada orang tersayang... nak buat delivery bunga atau kek kepada orang tersayang... apa kata anda cuba servis di LOVE GARDEN... banyak pilihan yang anda boleh pilih... dan anda boleh request apa yang anda nak... Macam aku... hand bouquet kat atas tu aku yang minta dia buat combine red roses dengan  ferrero rocher coz sebelum ni aku tengok semua pic yang ada dalam web dia tak der design mcm nih...

kat bawah ni aku share kan contact no untuk sebarang pertanyaan.



p/s: hargailah orang tersayang anda selagi mereka ada... termasuklah juga ibu bapa anda...

 

Thursday, July 19, 2012

SITUASI APAKAH INI????

Lately hidup rasa kucar-kacir... 
Dun no why

Erm.... rasanya hormon berubah kot...
hu hu hu

banyak sangat benda yang bermain di fikiran ni..  
sometime rasa mcm nak give up jer (ada benda yang masih berlegar-legar di otak ni.. n still thinking until now)

 and today....
rasa mcm nk bersalin pun ada...
ha ha ha...

apa kes ni..
padahal pregnant pun blm lagi...

perut meragam
ntah kenapa...

tekak pun rasa @%$#^&@@*

tak dapat nak gambarkan...

Tuesday, July 10, 2012

BIRTHDAY MY EN HUBBY

Arini birthday My En Hubby.. 
10 Julai 2012

Semalam sanggup tunggu sampai My En Hubby balik dari kelas..
hu hu hu
Padahal mata dah tak larat nak buka..
gagah kan juga mata ni untuk berjaga sampai My En Hubby balik

selalunya lepas abis kelas My En Hubby gi minum dulu dengan kawan-kawan dia..
Sampai umah lebih kurang dalam kul 11.30pm...
Selalunya time ni.. memang aku dah dihanyutkan 
entah kemana...
ha ha ha

Tapi semalam sanggup ku tahan mata ni.. bukan apa..
takut bila dah tido nanti dah terus tertido sampai pagi

nasib baik semalam ada drama P.Ramlee
"Ibu Mertuaku"
so layan la dulu citer tu... ubatkan mata yang dah macam mata garfield tu
dah lama tak tangok citer lagenda
sesekali layan.. seronok juga

My En Hubby pun semalam macam penat sikit..
balik semalam..
kejap je dia tgk TV pastu
hanyut entah kemana..

Tepat kul 12, perlahan-perlahan aku kejutkan My En Hubby
and ucapkan Hepi Birthday..
ermm... suka dia.. dia ingat aku dah lupa..

kikikkkikk..

Birthday dia kali ni aku tak bagi hadiah pun...
semalam masa aku say sori coz kali ni budget aku dah lari..
and tak sempat nak cari hadiah...
dia tersenyum... dia kata it's OK..
tak der hadiah pun tak per..

tapi sebenarnya...
aku dah plan sesuatu untuk dia...
tapi buka arini..

nak tahu apa?
and nak tahu kenapa bukan arini... sedangkan arini bezday dia

kita tunggu esok ea...

 

Monday, July 9, 2012

JANA PENDAPATAN DENGAN CATALYST DAN EVERLYNN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pihak kami memerlukan wakil jualan yang komittead untuk memperkenalkan 
produk EVERLYNN dan CATALYST 
di seluruh Malaysia. 

Bagi yang berminat ingin menceburi bidang perniagaan dan menjadi rakan niaga kami, bolehla menghubungi kami di talian 0194296954


Friday, July 6, 2012

20 BY RIZALMAN

20byrizalman

Puasa dah nak dekat.. Hari raya pun dah hampir
So.. dah ada ke yang merancang TEMA baju raya kali ni..

Nak koleksi yang lebih gorgeous?
 apa kata anda semua terjah dan jengok-jengok koleksi rizalman di cawangan TESCO dibawah:

Ampang, 
Mutiara Damansara, 
Kota Bahru, 
Paradigm Mall, 
Seremban 2, 
Desa Tebrau, 
Tanjung Pinang, 
Melaka, 
Shah Alam, 
Station 18, 
Puchong, 
Taiping, 
Seri Alam, 
Kepong, 
Penang, 
Kajang, 
Setia Alam, 
SP Selatan, 
Mergong, 

dan 

Nilai 

bermula 7 Julai Ini..

Thursday, July 5, 2012

ADUHAI KEPALA

Arini masuk 2 kali aku puasa tanpa sahur. 
Sama jugak macam aritu aku juz makan 3 biji kurma, dengan segelas air susu strawberi Alisha punya.
Perut ok.. tak rasa lapar.. cuma kepala ni.. ntah naper asyik berpusing2 jer nih..
hu hu hu... nak muntah pun ada...

Planning nak tido kejap lunch hour ni 
tapi bunyi berdetum-detam dan helai tawa member kat opis aku ni main ping pong kat belakang tuh membuatkan aku tak leh tido
 hu hu hu
sob sob sob..

Seperti biasa kalau aku puasa, tengahari je mesti My En Hubby akan call tanya 
"OK ker? Boleh tahan tak?"

Ari isnin aritu pun puasa.. sahur dengan kurma jugak tapi energy sampai petang.. balik siap blh masak lagi..  tapi kali ini sakit kepala aku ni membuatkan aku tak de mood.. 
hu hu hu...
then aku request nak makan Gulai Ketam + Nenas dekat My En Hubby...
My En Hubby cakap... mana nak cari..
cuba tanya kengkawan kat mana nak cari.. boleh dia gi beli...
Sian pulak dekat My En Hubby...
nak kena gi cari pulak.. rasa macam menyusahkan pulak..
Then aku tukar aku request nak gulai ayam je..

hi hi.. so arini aku tak yah masak..
Coz My En Hubby dah OTW gi Presint 16.. 
cari gulai ayam yang aku nak..
suka suka suka..

Balik ni terus nak tido.. hu hu hu..

semalam pun balik terus tido.. aku cakap dekat My En Hubby.. aku tak larat 
Then aku tido.. My En Hubby yang layan si kecik kami..
Macam-macam nak.. nak air la.. nak biskut la..
erm... layankan je la..
sian My En Hubby.. coz kul 7 dia kena gi kelas pulak.. ada midterm pulak tu.. 
aku tertido sampai My En Hubby gi kelas pun aku tak sedar
Nasib baik alisha ok jer dok main... 
hu hu hu..

kebetulan pulak minggu ni mengidam nak makan gulai.. buka puasa isnin ritu aku masak gulai ikan dengan bendi

dan 
cendawan goreng kunyit.. masih dalam kuali, panas lagi ni ..

 
My En Hubby janji weekend ni cari gulai ketam.. ataupun beli ketam n masak..
suka suka suka..

RAHSIA HATI

Sementara tunggu My En Hubby balik dari kelas semalam...
Layan drama kat TV9..

TAJUK DRAMA : RAHSIA HATI
LAKONAN : Sari Yanti, Aiman Hakim Ridza dan ShaahNaaz

Review sikit pasal drama ni ea...

Drama ni sebenarnya mengisahkan tentang " secret admire"
_______________________________________________________

tak ingat sangat la watak diorang dalam citer tu..
So aku bagi nama sendiri:

Sari Yanti as Ema
Aiman as Kas
ShaahNaz as Aril
Kimi = adik Ema

Ema telah kehilangan Ibu Bapanya 2 tahun yang lepas semasa kemalangan Jalan Raya..
So sekarang Ema tinggal dengan adiknya sahaja.

Ema sangat suka pada sorang lelaki (lakonan ShaahNazz as Aril) ni since zaman sekolah lagi
Ema selalu hantar birthday card pada Aril dengan design yang sama..

Kas adalah jiran Ema.... yang selalu ambik berat tentang Ema... Kas dan Ema adalah rakan kelas since sekolah rendah. Dalam diam Kas menaruh hati pada Ema..

Pada suatu hari Ema telah dilanggar dan diragut (part ni tak tahu betul atau x? coz aku mula tgk drama ni dah separuh.. ha ha ha). Aril membawa Ema ke hospital untuk dirawat. Sebenarnya Aril adalah lelaki yang selami ini dia suka... jadi pun Ema telah berlakon "hilang ingatan" dan memulakan taktik nya untuk cuba mendekatkan diri dengan Aril.

Bila Ema dah boleh dicas, Aril pun tak tahu mana nak hantar Ema.. so Aril bawa Ema balik rumah... Aril pun tinggal dengan kakak dia saja.
Pada mulanya kakak Aril tak berapa suka dengan Ema... tapi lama-kelamaan kakak Ema pun dah mula suka dengan Ema sebab layanan yang diberikan oleh Ema (kemas rumah, basuh baju, memasak)..


Semasa kehilangan Ema... Kas merupakan orang yang paling gelisah.

Suatu hari Aril bawa Ema keluar untuk beli barang dapur...
Kebetulan Kas jugak telah menemani ibunya ke hypermarket
Disitu lah Kas menjumpai semula Ema yang setelah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Kas pun agak pelik kerana Ema berkelakuan seolah-olah tidak mengenali Kas. Aril telah menceritakan apa yang telah berlaku. Ema pun buat -buat tidak kenal dengan Kas.. dan Kas dengan tegasnya tetap cakap dia kenal Ema.. siap cakap lagi tanda kelahiran Ema dibahu... Ema masih lagi berpura-pura tak kenal Kas dan cakap kemungkinan Kas orang jahat. Part yang paling kelakar bila Kas cakap... ada lagi tanda kelahiran Ema ditempat lain.. nak aku tunjuk.. ha ha ha
Ema masih lagi berpura-pura
Sehingga lah Ibu Kas keluar dan terserempak dengan Ema.. Ema pun terpaksa mengikut Kas pulang..

Sampai dirumah.. adik Ema (KIMI) gembira dengan kepulangan kakaknya tapi agak pelik dengan kelakuan kakaknya.. sehinggalah Kas menerangkan apa yang terjadi pada KIMI.

Beberapa hari kemudian Aril menjemput Ema di rumah untuk check up doktor... tapi Ema menjadi berang bila doktor menyatakan yang penyakitnya tidak serius... (ha ha ha .. ini pun sebahagian drpd lakonan dia jer.. konon-kononnya hilang ingatan la tew kan).


Dan pada suatu hari... Ema telah menceritakan tentang muslihatnya pada kawan baiknya tp malangnya perkara itu telah didengari oleh Kas..


Kas menjadi marah dan terus memarahi Ema.. Ema pun dengan keadaan yang memaksa jugak terus memarahi Kas...  antar ayat menjadi Kas tersentuh adalah...
"selama ni kas hanya duduk makan ibu yang tanggung.. tak de pun nak cari kerja"


Erm... sebenarnya Kas memang dah dpat tawaran kerja sebelum ni di PENANG tapi ditolak sebab memikirkan Ema dan adiknya.... Kas pun tanpa memikir panjang terus berjumpa dengan Aril dan meminta supaya Aril menjaga Ema dengan baik.. then Kas pun terus terima tawaran kerja di PENANG.


Aril pula telah meminta penyisat untuk mencari semula beg Ema yang hilang.. Dan Aril agak terperanjat apabila menjumpai Birthday Card yang sama mcm yang dia pernah dapat sebelum ini didalam beg Ema.. Dan akhirnya baru lah Aril tahu yang sebenarnya Ema adalah orang yang sama masa sekolah dulu yang sentiasa admire pada Aril.


Apabila Aril memberitahu Ema tentang perkara ini, terus Ema melarikan diri... Ema menganggap yang Aril sudah tidak suka pada dia.... pdahal Aril tetap menerima Ema seadanya..


Dirumah tetiba Ema terjumpa satu buku kepunyaan Kas.. Dan Ema telah membaca kandungan buku tersebut dan baru kini baru Ema tahu yang sebenarnya perasaan Kas pada Ema lebih dalam daripada perasaan Ema pada Aril.. 


And finally Kas Dan Ema berkahwin..


_______________________________________________________________


Apa yang seronoknya tentang drama ni adalah di penghujung drama ni Sari Yanti, Aiman Dan Shaahnaaz menceritakan tentang secret admire diorang.. 
sweet sangat... 
lakonan kesemua pelakon jugak boleh tahan.. 
saya suka saya suka


Monday, July 2, 2012

Setelah Menyepi

Dah lama menyepi daripada sebarang entry. 
Banyak benda yag bermain difikiran. 

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang agak busy..Sabtu lepas datang ofis untuk siapkan kerja yang perlu disiapkan segera.. 
Masuk kali ini dah 2 kali aku keja ari Sabtu.. 
Thanks to My En Hubby coz seharian melayan ragam Si kecik kami.. 
Bila aku balik jer mesti dengar citer ragam si alisha dari My En Hubby.
En Hubby citer sambil tak henti-henti ketawa.. 
haishhh... mcm2 
Si alisha ni

Malam tu pulak continue dengan aktiviti BBQ kat rumah member.. 
Ini adalah kali ketiga aktiviti ni dibuat. Tapi 2 kali je yang aku boleh join..
Seronok sekali sekali join aktiviti mcm ni..
Tapi sayangnya My En Hubby ajak balik awal coz
Dia tak berapa sihat... suara pun langsung tak keluar..
sekali dengar dah bunyi macam ayam piru..
ha ha ha

Next Day terlewat bangun.. Kul 6.30 pg dah bangun solat subuh... then tertido balik sambil peluk si kecik kami..
Kul 9.30pagi baru terjaga balik.. 
Bangun-bangun jer My En Hubby dah belikan nasi lemak untuk Mama
Nasi Goreng untuk Alisha..

Erm.... Sian My En Hubby... Breakfast sorang-sorang..
Hu hu hu
Sedih pulak tetiba...

Lepas breakfast.. 
sapu sampah, basuh baju, kemas dapur
Then En Hubby ajak keluar gi JUSCO..

Makan-makan n shoping-shoping..
Hi hi hi..
Kali ni MAMA sorang jer yang shoping.
n
En Hubby belanja..
:-)

Arini puasa... Sahur arini kurma 2biji n minum air strawberi Si Kecik..
Erm... harap-harap boleh bertahan sampai petang..
Dua, tiga kali minta doa supaya aku boleh bertahan sampai petang...
AMIN...
Coz aku ni jenis yang sahur kena makan nasi, klu tak memang angin satu badan.. 
hu hu hu..
Mula la pening n terus rasa nak muntah..

Sekali lagi..
"YA ALLAH KAU KUATKAN LAH AKU UNTUK BERPUASA ARINI..
AMIN.."

p/s: ada sesapa yang berminat nak join EVERLYNN? kami memerlukan dealer di PERAK.. Boleh SMS : 019-4296954 untuk pertanyaan.