Pages

Wednesday, May 23, 2012

BOOTH EVERLYNN SKINCARE DAN BOOTH CATALYST

Entry kali ini adalah entry yang sangat pendek.... 

Juz nak inform kepada semua...
Jom datang beramai-ramai 
ke 
booth Everlynn Skincare 

(100 pengunjung pertama akan berpeluang mendapat 1 keping free Everlynn Sheet Mask) 

dan

Booth Catalyst

sempena karnival jutaan belia 
di sepanjang perkarangan presint 2, 3 dan 4 putrajaya 
pada 23/5 hingga 27/5/2012. 

p/s: hadiah kepada pemenang-pemenang GA - JADI CANTIK KEKAL CANTIK akan dipos esok... InsyaAllah

Nota kaki : datang.... jangan tak datang...

AKTIVITI ALISHA SEPANJANG BERADA DI KAMPUNG

Jom lihat gelagat si kecik kami dikampung

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Pergi kedai Mak Ngah... Minum... minum
 


Tengok Ikan tok wan...

Godek2 ikan Tok Wan

Mewarna dengan kanak dan abang saudara

Inilah hasilnya... Cantik tak

Tengok abang-abang saudara main bola...

 Main.... entah apa yang dimainkan... Main kotor
 

Main sampai Kotor kaki
  
 
Berkawad....
 

Panjat-panjat...

Kejar kambing Pak Tam...

Bila balik kampung... bebas rasanya... macam-macam dibuatnya... kalau dok kat umah MAMA asyik terkurung je kan...

Sian Anak MAMA sorang nih

Tuesday, May 22, 2012

LANJUTKAN PELAJARAN DI UITM

PETIKAN DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE : ________________________________________________________________________

JELI: Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya. Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara. 

Ianya adalah sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM. 

“UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu. 

Setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan. 
 _____________________________________________________________________

Kepada adik-adik kita yang memperolehi result SPM yang kurang memberangsangkan boleh la cuba program ini ea...

Nota Kaki : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...
 

HOBI BARU TOK WAN

Alhamdulillah... jadi jugak kitorang balik kampung 1 mei 2012 aritu...
Setelah siap semua yang patut dibuat dan diberi keutamaan...
ALHAMDULILLAH...
termakbul jugak hasrat aku nak balik kampung..
Jumpa MAK dan BAPAK aku...

Tapi ada perkhabaran yang kurang menyenangkan..
Masa kitaorg balik aritu BAPAK aku Jatuh...
Tulang bahu BAPAK aku terlucut...
hu hu hu sedih...
 
dengar macam ngerikan...
memang menyerikan..
 Tapi
ALHAMDULILLAH... 
selepas pergi berurut dan buat X-Ray
tulang tu dah masuk balik di tempat yang sepatutnya..
ALHAMDULILLAH..
SYUKUR...

Ok...
Kali ni nak cerita pasal
"HOBI BARU TOK WAN a.k.a BAPAK aku la tuh"
Gelaran Tok Wan pada Alisha...

Jom kita tgk apa hobi baru TOK WAN

*
*
*
*
*
*
*
*

Ternak Ayam dan Itik
 

Row yang kat atas tu anak ayam, row yang bawah tu anak itik


 Ini itik yang dah besar... dilepaskan... biar dia bebas...
kat sini la BAPAK aku jatuh..
hu hu hu sedihhhh :(

 Ini reban bagi ayam yang dah besar

Dan 
Bela ikan keli dan ikan puyu

next entry : Aktiviti Alisha Sepanjang Di Kampung

Monday, May 21, 2012

TELEKUNG UNTUK ALISHA

Bila aku nak Solat jer... alisha pun sibuk la jugak nak solat... 
Pernah jugak bagi Alisha pakai telekung aku yang satu lagi, yang memang sentiasa aku spare untuk tetamu..

Biasa la Telekung Dewasa Bila dipakaikan pada Budak kecik mesti la besar kan...
Dan apa yang terjadi..
Tersungkur la dia... sebab terpijak kaki kain yang panjang tu..

Sian anak MAMA sorang nih...

Disebabkan kejadian itu, MAMA pun belikan satu telekung untuk Alisha...
MAMA beli dekat Pasar Tani Putrajaya jer...
 Boleh la kan Alisha...

Kata org yang jual tu... untuk kanak-kanak Umur 3 tahun kebawah sesuai saiz M.

So MAMA pun ambik saiz M la jugak

Ni la rupa si kecik MAMA nih...
Pic tak berapa jelas coz dia asyik bergerak jer...

Sekarang ni... lepas Mandi jer... Bila MAMA panggil pakai seluar... ayat yang akan keluar dari mulut anak MAMA nih adalah :
"Nak sembahyang".
Ye la... mana taknya.. setiap kali lepas mandi.. MAMA SOLAT...
Dia pun follow la jugak...
Karenah anak MAMA, kadang-kadang mencuit hati MAMA..

MAMA pun layankan jer la karenah si kecik nih... Penghibur Hati MAMA

Friday, May 18, 2012

JASAMU DIKENANG

Turn MAMA pulak belanja ABAH makan... 
 Disebabkan keperihatinann dan JASA ABAH selama ini untuk MAMA
Hargai sangat-sangat

Jom tengok MENU apa yang berkenan dihati
 

Dah siap ORDER.... Posing dulu sementara tunggu makanan sampai
 Muka dah pakai EVERLYNN SKINCARE... amacam OK tak?
 Dan 

Sambil-sambil tengok decorasi baru PIZZA Hut kat WARTA bangi.. Cantik
Aku paling suka design kat sini...
Cantik kan

Untuk MAMA of course lah yg kaler PINK tu...

Yang ni untuk ABAH

Ni MAMA punya
 
 
Chicken Chop pilihan ABAH kali  ni...

Dan MAMA... seperti biasa MAMA akan ORDER Meatball spegati

Dan akhirnya....


SELESAI... 
SEMUA LICIN HABIS... 
Perut tgh laparkan... confirm la habis..


 

Thursday, May 17, 2012

SURPRISE UNTUK BIRTHDAY MAMA

14 Mei 2012 (Isnin) 
Adalah birthday aku yang ke 29 tahun... 
Dah tua rupanya aku yer.. 

Dan aku dikejutkan dengan :

Sejambak Bunga
 

Dan 

Sebiji KEK - Tiramisu Cake
 
 
Seperti sebelum-sebelum ni, every year My En Hubby akan hadiahkan aku dengan sejambak bunga masa birthday aku...

Yang paling special masa tahun 2010...
Mula-mula aku ingat My En Hubby dah lupa Birthday aku, tapi rupa-rupanya dia surprise kan aku, dia hantar bunga ke Ofis aku...

Tapi sayangnya masa orang tu hantar aku takder.. coz ada miting, jadi my frez yang ambikkan..

Tersentuh dan terkejut giler aku masa tu...

Alisha pun suka bunga

Macam MAMA jugak

Alisha pun suka makan KEK

*
*
*
*
*
*
*
*
 Kejutan dan kejutan lagi....

Arini aku dikejutkan lagi dengan :

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SAMSUNG GALAXY ACE



 Thanks to My En Hubby...

LOVE YOU SO MUCH