Pages

Friday, January 27, 2012

Promosi VCO Catalyst



Hi semua.... Nak inform kepada semua customer Khaiza Beauty Shop... Promosi penghantaran secara percuma akan dilanjutkan sehingga 31 Jan 2012. Jom cepat grab peluang ini dan miliki kulit yang lebih cantik dengan Catalyst VCO Capsule dan Catalyst VCO Collagen sekarang. 

catalyst vco capsule





catalyst vco collagen

Alhamdulillah.. Lately jualan VCO Catalyst agak memberangsangkan. So kepada semua yang berminat nak menjadi agen catalyst boleh PM saya untuk maklumat lanjut.

Emel : khaizabutik@gmail.com
No.Fon : 019-429 6954
FB : Stokis VCO Catalyst


Monday, January 23, 2012

Alisha an basikal barunya

Entry kali ni hanya nak letak Pic jer... Ragam Our Little Princess dengan basikal roda 3 barunya..







suka sangat buat tangan macam ni kalau ambik gambar dia. konon-kononnya nak buat peach la tu




Friday, January 20, 2012

Kerepek Ngaku atau Arrowhead

Pernah tak korang dengar kerepek ngaku atau pun buah arrowhead. Aku pun tak pasti arrowhead ni spesis buah atau ubi.

inilah rupanya arrowhead ni. PIC ni from google
Minggu lepas, pergi TESCO Bandar Baru Nilai, nampak ramai sangat Chinese yang beli benda nih.. Sorang-sorang penuh troli, satu troli penuh dengan arrowhead ni jer.. berplastik-plastik. Bila dah sampai kat dalam, berkerumun orang kat sudut buah ni. Apa lagi... tak puas hati.. aku pun cuba la tengok apa nama benda ni.. dan hari ni, ada pegawai kat ofis aku beli kerepek ngaku ni dan tanya samaada aku pernah makan kerepek ngaku? Seriusly memang tak pernah la kan... Namanya pun baru tahu harini.. Katanya buah ni hanya ada masa Chinese New Year jer.. 

inilah rupanya kerepek ngaku nih..
Bila dah rasa.. ermmm... sedap jugak kerepek ngaku ni.. sekali rasa macam ubi tapi dia lembut sangat. Kalau ubi tu keras sikit kan.. tapi rasa dia lembut giler.. mcm sengkuang pun ada.. Nak tahu lebih lanjut tentang buah ni.. boleh view sini.


Cerita Di Pagi Hari

Huuuuiiiiiissshhh. 
Hujan lebat giler arini. Air kat jalan pun dah banyak bertakung... hu hu hu... risau lak kang jadi banjir kilat mcm dekat kajang baru-baru nih.. hiiiissssshh... mintak simpang la yer.

Story di awal pagi.. tengah sibuk dok memasak bekal untuk My Little Princess (Nur Alisha), tetiba jer dengan suara orang bergaduh.. kuat giler.. ingat Uncle sebelah umah.. Rasanya dalam pukul 5.40 pagi la rasanya tadi. Intai-intai kat luar tengok ada satu keta berhenti dekat Pak Guard depan umah aku. Dalam hati aku : "isk.. apahal lak ni, kuat giler cakap... rasanya 1 taman kot boleh dengar. ha ha ha.. tak der ler sampai satu taman boleh dengar.. just nak describe kan dekat korang betapa kuatnya diorang gaduh". Siap hentak-hentak keta lagi u all. Rasanya hal rumahtangga kot... Gerun hati tengok.. Tapi yang peliknya kenapa nak berhenti dekat Pak Guard tu nak gaduh, cari la port lain. Balik umah gaduh kat dalam umah sendiri. Orang pun tak tahu... Aku pun malas nak ambik kisah, biar je la diorang gaduh sesama diorang. Dan yang pastinya bukan bangsa Melayu.. so lantak diorang lah...

Masa aku nak kuar umah, tengok-tengok eh... siap ada keta polis lagi.. besar punya masalah ni, sampai call polis bagai.. erm.. ntah la.. 

Moral of the story : kalau nak gaduh hal rumahtangga (laki/bini), cari la tempat yg sesuai.. masalah besar ke kecik jer.. kalau boleh jangan la pertonton kat kepada umum.

p/s : jangan lupa singgah khaiza beauty shop dan khaiza collection yer...


Thursday, January 19, 2012

Habbatus Sauda membantu menambah susu badan

Pagi tadi masa breakfast, sambil gosip-gosip, tersentuh isu habbatussauda, jadi terdetik nak buat entry ini. Info ini dikhususkan untuk para ibu-ibu diluar sana, yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Apa kata anda cuba makan atau minum habbatussauda. Habbatussauda ini ada 2 jenis. Satu berbentuk biji dan satu lagi cecair (minyak).

bentuk biji  kecil jer.. macam biji sawi yg kita guna untuk masak tu.

Ini bentuk cecair, minyak
Member aku cakap, Brand Tok Guru ada yang cecair (minyak) nih. Boleh la cuba nanti. insyaAllah dengan usaha dan izin Allah. 

Antara khasiat dan kelebihan habatussauda :
Memulihkan penyakit seperti batuk, 'brochitis', masalah perut, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan sakit ketika haid, menambah susu badan bagi wanita selepas bersalin, sangat elok untuk penyakit asma dan ezema. Amalkan secubit Habbatus Sauda (kira-kira dalam 6 biji) 2 kali sehari untuk peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi imuniti badan.

Rasulullah bersabda :"Pada habbatus sauda ada ubat segala penyakit kecuali maut."

Tapi habbatus sauda agak panas sikit, jadi banyakkan minum air.

Wednesday, January 18, 2012

3 idiots

Hi all...

Wau.. dah lama blog ni, tak der entry baru.. ntah la.. akhir-akhir ni terlalu banyak benda yang berlaku and feeling aku pun down giler.. 
But now... aku akan mula menaip semula... ha ha ha..

OK.. last week, aku dgn member2 tengok filem 3 idiots kat ofis.. rasanya hujung tahun lepas ada ditayangkan di TV3, tapi aku tak sempat pun nak tengok... 

Seriusly.. syiok giler filem ni.. memang terbaek lah.. part yang aku paling suka adalah part lagu nih..


ha ha ha... sengalkan aku nih.. tapi jgn salah tafsir plak yer... 
bagi aku filem unik dan sangat kreatif. Lain daripada filem-filem lain. Sepanjang tegok filem ni asyik ketawa jer... tapi ada gak part yang sedih.. hu hu hu..


Thursday, January 5, 2012

Facial Treatment di Suria Embun Spa Putrajaya

Ingat tak, last friday aku ada story pasal aku ada appoinment kat Suria Embun Spa. OK bagi yang belum tahu, Suria Embun Spa ni terletak di Presint 15, Putrajaya atau dikenali dengan nama Presint Diplomatik.. Spa ni berdekatan dengan Keep Slim Putrajaya, Bangunan 2 tingkat. Spa ini terletak disebelah atas, dibawahnya ada kedai cermin mata. Boleh jugak dikatakan berdekatan dengan MyDIN Putrajaya..


Appoinment aku masa tu dalam kul 12.15pm. Sampai sana tepat-tepat jam 12.15pm. Terus naik atas..


Disambut oleh staf dia kat situ.. Nama staf dia kalau tak salah aku "Ecah" (Rasanya macam ni la kot nak eja nama dia). Staf yang friendly, lembut jer dia cakap..

Bagi yang first time pergi, kena isi form dulu, lepas tu kita akan dibawa ke bilik untuk treatment. Bagi sesi ini aku pilih Suria Embun Facial Treatment, harga RM80. Masa aku pergi ni ada diskaun akhir tahun so dapat la dengan harga RM59.00, kalau bukan ahli Rm64.00

Mula-mula sekali, kaki kita akan direndam dengan air suam, dan diletak sedikit hirisan limau nipis.. 


Inilah rupa biliknya... Ada banyak bilik kat sini. 
Dan ini adalah salah satu daripadanya

 

Lepas treatment anda akan dihidangkan dengan teh halia. Rasanya teh ni memang selalu dihidangkan kebanyakkan SPA, sebab sebelum ni pernah jugak buat treatment di SPA lain... airnya yg dihadangkan sama jer...


Dan aku dapat voucher Body Scrub..  Rasanya next session boleh la guna voucher ni.
Seriusly.. masa buat treatment tu... syioknya... rasa mcm nak terlelap pulak. Dan kepada sesiapa yang nak buat facial treatment ke, body scrub ke, body massage ke... aku sarankan cuba la kat sini...

Kalau nak daftar sebagai ahli pun boleh.. RM30.00 untuk seumur hidup.. Dan setiap tahun anda boleh redeem keahlian semasa birthday anda dan anniversary anda.. Make sure sebelum pergi buat appiontment dulu, just call this number 03-8881 1602.

p/s: jangan lupa singgah khaiza butik untuk lihat koleksi tudung ala-ala Jelita Sara yer..

Wednesday, January 4, 2012

Hepi New Year 2012

Hi all,

Arini dah menjangkau hari keempat untuk tahun baru ni.. Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" atau pun dalam erti kata lain "HAPPY NEW YEAR". ha ha ha sama jer kan.. yang bezanya bahasa je.. So untuk tahun baru ni apa azam anda?

Sebelum tu... nak tanya, macam mana azam tahun 2011... dah tercapai ker? Bagi aku sendiri ntah la... azam tahun 2011 macam agak kabur sikit. Tapi untuk tahun 2012 ni, aku dah berazam untuk :

Yang pertama sekali dan yang paling diutamakan, tak nak lengah-lengah kan urusan keje. Sebab selagi aku pending job tu lagi bertambah banyak.. hu hu hu sampai satu tahap aku akan tension. Tahun ni, nak planning betul-betul semua kerja-kerja yang perlu dibuat, dan hopefully azam ini akan berkekalan hendaknya.. AMIN..

ha ha ha... itu je yang boleh dikongsi.. azam yang lain perlu dirahsiakan.. ha ha ha... aci tak?

p/s: next entry aku akan story pasal treatment aku kat SURIA EMBUN SPA pulak ea..