Pages

Friday, December 14, 2012

PIALA SUZUKI AFF 2012

Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia,

Finally.. Malaysia tewas dengan Thailand.. 
Sedih tu sedih jugak la..
sebab Malaysia tak dapat pergi Final
tapi Harimau Malaya dah buat yang terbaik

Pada pandangan aku sendiri perlawanan semalam memang agak sukar untuk Malaysia menang.. dengan hanya 10 pemain melawan 11 pemain Thailand yang pemain-pemain yang agak kasar dan ganazzz...

Selagi masa belum tamat, selagi tu kita berjuang untuk medapatkan gol.. tapiapa kan daya bukan rezeki Malaysia untuk ke Final.

Apa-apa pun tahniah kepada team Harimau Malaya
kerana telah berjaya membawa team Malaysia ke separuh akhir.


Petikan : Berita Harian

Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kecewa selepas Malaysia gagal layak ke final Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu kerana anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.
"Selepas kalah 3-0 kepada Singapura pada aksi pertama peringkat kumpulan, kita berjaya bangkit semula sehingga ke separuh akhir ini. Jadi saya tak kecewa.
“Lagipun kita terganggu menghadapi Thailand dengan lima pemain yang cedera. Tapi pemain sudah tunjukkan yang kita bukan mudah untuk ditewaskan," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.


Namun pengendali berusia 56 tahun itu tetap menyalahkan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Fadhli Shas pada penghujung separuh masa pertama sebagai punca kekalahan 2-0 kepada Thailand, malam tadi.

"Ya memang kita tahu apabila datang ke sini, Thailand akan beri tekanan untuk mendapatkan gol awal. Kita sudah main baik pada babak pertama terutama dengan permainan fizikal dan berintensiti tinggi.

"Tapi semuanya berubah apabila kita dapat kad merah. Jika tidak, permainan boleh terus seimbang. Walaupun kurang seorang pemain, kita dapat beri tentangan hebat sebelum gol pertama berpunca kesalahan individu, Amar Rohidan dan gol kedua, pertahanan lambat menyambar bola muntah sepakan percuma.

"Memang susah nak bangkit selepas ketinggalan dua gol dan perancangan saya untuk memasukkan Safee Sali lebih awal tidak dapat dilakukan kerana beraksi 10 pemain. Tapi pemain sudah berusaha sedaya upaya.," jelas Rajagobal.


2 comments:

  1. ape pon HM sa buat yg terbaik..sy plg suke tengok keeper HM...cool je..

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: