Pages

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha untuk semua.

Jalan pagi ni memang sangat lengang.. Kenderaan diatas jalan raya pun boleh dikira dengan jari dan aku masih disini. Menyiapkan kerja yang berbaki.. Masuk tahun ni dah tahun ke4 aku beraya disini.. Di PUTRAJAYA bersama-sama dengan saudara islam lain disini.. 

Tahun-tahun lepas bila Solat Sunat AIDILADHA di Masjid PUTRAJAYA memang keadaan penuh sesak.. walaupun ramai warga PUTRAJAYA dah pulang ke kampung untuk beraya tapi disini tetap penuh dengan warga-warga asing yang sama-sama menunaikan solat sunat hari raya tak kira dimana berada. 

ALHAMDULILLAH syukur kerana sehingga kini aku masih bernafas... Menghirup udara segar disini. Dan tat kala ini, hati terasa sunyi dan keinginan pulang ke kampung ziarah mak dan bapak sangat tinggi. Tapi apakan daya kehendak hati ini tidak dapat ditunaikan ketika ini.
Sesungguhnya kerinduan pada keluarga dikampung sangat tinggi. Walaupun kita boleh dihubungkan dengan teknologi canggih masa kini tapi tetap tak sama dengan bertentang mata dengan kedua orang tua kita kan.. 

Dan insyaALLAH besar kemungkinan awal bulan 11 aku akan pulang ke kampung.. Mengubat kerinduan ini.

Dikesempatan ini aku ucapkan SALAM AIDILAHA untuk semua

1 comment:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: