Pages

Tuesday, September 4, 2012

THE HUNGER GAME

*********this is a schedule post

Baru-baru ni My En Hubby langgan Astro Best - Filem The Hunger Game


Filem ini mengisahkan tentang satu permainan THE HUNGER GAME - acara tahunan Televisyen dimana permainan ini adalah permainan pertarungan untuk hidup. Permainan ini boleh juga dinamakan sebagai pertarungan daripada musuh dan juga kelaparan. 

Satu hutan dibentuk dan ditambah dengan halusinasi/ image tambahan yang direka bagi mencabar peserta-peserta didalam permainan ini.

Setiap tahun akan hanya ada seorang pemenang sahaja daripada 24 orang peserta dan selebihnya 23 orang peserta lain mati dibunuh sesama peserta atau disebabkan kelaparan. atau disebabkan oleh faktor sekeliling. 24 orang peserta ini dipilih secara undian/cabutan daripada 12 daerah yang berbeza. dimana semua daerah-daerah ini dipilih daripada daerah yang mundur dan terpaksa berjuang untuk terus hidup... semua peserta perlu bijak untuk bertahan didalam game ini.. persediaan dari segi mental dan fizikal kerana mereka diuji dengan berbagai rintangan.

 Katniss Everdeen adalah peserta daripada daerah 12. Katniss adalah peserta pertama yang menjadi sukarela untuk bertanding didalam permainan ini bagi menggantikan adik beliau yang telah dipilih/dicabut untuk menyertai pertandingan ini.. tetapi disebabkan rasa tanggungjawab terhadap ibu dan adiknya... Katniss telah sukarela menawarkan diri, walaupun beliau tahu peratusan untuk menang adalah tipis (ye la... sesapa yang masuk game ni belum tentu blh hidup tau... sebab sorang je pemenang untuk game ini yang berjaya hidup). Katniss ada kepakaran dalam memanah dan pengetahuan serba sikit tentang hutan.

Peserta lelaki daripada daerah 12 yang bersama katniss adala Petta Mellark. Kedua-dua mereka telah dilatih oleh Haymitch Abernathy (mentor mereka yang pernah memengangi permainan ini). Mereka juga diajar cara untuk menjerat makanan.. mereka perlu bergantung hidup sepenuhnya dengan apa yang terdapat didalam hutan.. jika tidak mereka akan mati kelaparan.

Perkara pertama yang perlu mereka ikut adalah jangan nyalakan api didalam hutan walaupun kesejukkan kerana dengan nyalakan api mereka akan cepat dikesan oleh musuh.

Seriusly... watak katniss everdeen dalam cerita ni memang best giler.... dan aku bagi 9/10 bintang untuk filem ini..

Seriusly aku tengok filem ni berulang kali... tak jemu-jemu..

And last sekali My En Hubby cakap... "Tak sia-sia la abang langgan cerita ni kan.." 

hi hi hi..
 sebabnya mula-mula aku marah kan dia coz langgan filem ni.. sebab aku tak berapa suka cerita yang aksi-aksi nih...

hi hi hi...


No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: