Pages

Wednesday, September 19, 2012

KAMERA SISTEM KOMPAK (CSC) TERBARU SAMSUNG

this info copy and paste from online berita harian 
 
KEPADA peminat yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi kini berpeluang mengolah daya kreativiti mereka menerusi Kamera Sistem Kompak (CSC) terbaru Samsung yang diperkenalkan dalam rangkaian model NX.

Kemunculan siri ketiga kamera CSC Samsung itu ditampilkan menerusi siri NX1000; selepas NX20 dan NX210 ditawarkan di pasaran sebelumnya.
Bagi NX1000, dua ciri unik serta menarik yang berjaya diketengahkan Samsung adalah pengkhususan membangunkan produk untuk segmen pengguna baru.

Pada masa sama, ia memberikan tambah nilai apabila turut dilengkapi sistem sambungan WiFi yang cekap.

Gambaran NX1000 dikhususkan untuk segmen pengguna baru dapat dilihat daripada bahan yang kurang berkualiti digunakan dan sedikit menyedihkan apabila kelasakannnya boleh dipersoalkan.

Di sebalik faktor penampilan kurang menonjol, NX1000 memanfaatkan kehadirannya di pasaran sebagai satu-satunya kamera CSC di pasaran paling ringan pernah dibangunkan pada berat 0.217 kilogram.

Sekiranya sasaran pelanggan bagi NX1000 tertumpu kepada segmen peminat dunia fotografi novis, sudah tentu ciri WiFi yang didatangkan mampu menjadi daya tarikan kepada pemilik laman rangkaian social untuk memilikinya.
Ringan, cekap dan efisien sedikit sebanyak menggambarkan keperluan kamera Samsung NX1000 di kalangan pelanggan warga kota yang tidak memerlukan fungsi kamera canggih .

Boleh disifatkan kamera era moden itu sesuai dipasarkan kepada pelanggan yang tergolong dalam komuniti laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Reka bentuk dan navigasi

Sekilas pandang, NX1000 umpama kamera mainan berdasarkan reka bentuk ringkas yang diketengahkan dengan disalut warna asas sama ada putih atau hitam.

Bagaimanapun, Samsung berasaskan pengalamannya membangunkan pelbagai produk elektronik pengguna memperkenalkan NX1000 yang dilengkapi sistem pengesan CMOS APS-C pada 20.3 megapiksel.

Teknologi imej bertenaga Samsung itu juga membolehkan gambar dirakam pada jarak zoom menakjubkan dan pada masa sama menjamin kualiti imej yang diambil tidak terjejas.

Untuk rakaman video pula, ia menawarkan kadar kerangka sebanyak 30 kali sesaat pada 1920 x 1080 piksel Definisi Tinggi (HD) Lengkap.

Bagi aspek navigasi fungsi kamera pula, Samsung mengetengahkan pendekatan lebih produktif apabila menempatkan butang fungsi di kawasan yang mudah untuk diakses serta penggunaan ikon yang jelas dan mudah difahami.

Keunikan produk Samsung termasuk sistem kamera yang dibangunkan syarikat itu adalah butang “Smart Link” yang ditempatkan pada bahagian atas NX1000.

Butang “Smart Link” itu direka khusus bagi membolehkan imej atau video yang dirakam menerusi kamera Samsung disambungkan secara terus kepada telefon pintar.

Di sebalik pelbagai teknologi mesra pengguna diperkenalkan, Samsung dilihat tidak memperkenalkan modul Sistem Kedudukan Global (GPS) pada kameranya.

Ia menimbulkan sedikit tanda tanya sama ada Samsung mempunyai penjelasannya tersendiri untuk tidak memperkenalkan modul GPS atau mungkin mahu memperkenalkan produk kamera bertenaga dan dilengkapi teknologi asas saja.

Skrin dan kualiti imej

Skrin NX1000 menggunakan paparan LCD tiga inci pada nisbah 4:3 di bahagian belakang kamera.

Ia memainkan peranan bagi memastikan imej atau video yang diambil adalah tepat dan sebaik gambar berjaya dirakam, skrin terbabit adalah perantara berkesan untuk tontonan semula..

Skrin yang menggunakan resolusi 920,000 dot itu mampu memaparkan imej dengan jelas walaupun menghadap pancaran cahaya matahari.

Dari segi kualiti gambar yang diambil, NX1000 didatangkan dengan lensa antara 20 hingga 50 milimeter yang direka khusus untuk tidak mengeluarkan bunyi bising.

Walaupun kamera Samsung itu tidak dibangunkan dengan sistem binaan dalaman flash, ia turut dilengkapi dengan ruang sambungan flash tambahan.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Samsung NX1000 adalah kamera ringkas yang dibangunkan dengan aspek navigasi mudah digunakan serta aspek penyampaian bertenaga.

Malah, fungsi WiFi yang dibangunkan pada Kamera Sistem Kompak (CSC) Samsung itu mampu memberikan kelebihan kepada model terkini NX berkenaan berbanding produk seumpamanya di pasaran.


SPESIFIKASI:
Samsung NX1000

# Pengeluar - Samsung

# Model - NX1000

# Jenis - Sistem Kamera Kompak Pintar

# Warna - Putih, hitam, merah jambu

# Format rakaman belum ditapis - SRW

# Skrin LCD utama - TFT-LCD

# Resolusi - 8VGA (640 x 40)

# Skrin LCD depan - 3.0 inci

# Sambungan tanpa wayar - WiFi (IEEE 802.11n)

# Port - USB 2.0 (Berkelajuan tinggi)

# Dimensi - 116.59 x 62.48 x 1.44 milimeter

# Berat - 0.217 kilogram 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: