Pages

Thursday, July 5, 2012

RAHSIA HATI

Sementara tunggu My En Hubby balik dari kelas semalam...
Layan drama kat TV9..

TAJUK DRAMA : RAHSIA HATI
LAKONAN : Sari Yanti, Aiman Hakim Ridza dan ShaahNaaz

Review sikit pasal drama ni ea...

Drama ni sebenarnya mengisahkan tentang " secret admire"
_______________________________________________________

tak ingat sangat la watak diorang dalam citer tu..
So aku bagi nama sendiri:

Sari Yanti as Ema
Aiman as Kas
ShaahNaz as Aril
Kimi = adik Ema

Ema telah kehilangan Ibu Bapanya 2 tahun yang lepas semasa kemalangan Jalan Raya..
So sekarang Ema tinggal dengan adiknya sahaja.

Ema sangat suka pada sorang lelaki (lakonan ShaahNazz as Aril) ni since zaman sekolah lagi
Ema selalu hantar birthday card pada Aril dengan design yang sama..

Kas adalah jiran Ema.... yang selalu ambik berat tentang Ema... Kas dan Ema adalah rakan kelas since sekolah rendah. Dalam diam Kas menaruh hati pada Ema..

Pada suatu hari Ema telah dilanggar dan diragut (part ni tak tahu betul atau x? coz aku mula tgk drama ni dah separuh.. ha ha ha). Aril membawa Ema ke hospital untuk dirawat. Sebenarnya Aril adalah lelaki yang selami ini dia suka... jadi pun Ema telah berlakon "hilang ingatan" dan memulakan taktik nya untuk cuba mendekatkan diri dengan Aril.

Bila Ema dah boleh dicas, Aril pun tak tahu mana nak hantar Ema.. so Aril bawa Ema balik rumah... Aril pun tinggal dengan kakak dia saja.
Pada mulanya kakak Aril tak berapa suka dengan Ema... tapi lama-kelamaan kakak Ema pun dah mula suka dengan Ema sebab layanan yang diberikan oleh Ema (kemas rumah, basuh baju, memasak)..


Semasa kehilangan Ema... Kas merupakan orang yang paling gelisah.

Suatu hari Aril bawa Ema keluar untuk beli barang dapur...
Kebetulan Kas jugak telah menemani ibunya ke hypermarket
Disitu lah Kas menjumpai semula Ema yang setelah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Kas pun agak pelik kerana Ema berkelakuan seolah-olah tidak mengenali Kas. Aril telah menceritakan apa yang telah berlaku. Ema pun buat -buat tidak kenal dengan Kas.. dan Kas dengan tegasnya tetap cakap dia kenal Ema.. siap cakap lagi tanda kelahiran Ema dibahu... Ema masih lagi berpura-pura tak kenal Kas dan cakap kemungkinan Kas orang jahat. Part yang paling kelakar bila Kas cakap... ada lagi tanda kelahiran Ema ditempat lain.. nak aku tunjuk.. ha ha ha
Ema masih lagi berpura-pura
Sehingga lah Ibu Kas keluar dan terserempak dengan Ema.. Ema pun terpaksa mengikut Kas pulang..

Sampai dirumah.. adik Ema (KIMI) gembira dengan kepulangan kakaknya tapi agak pelik dengan kelakuan kakaknya.. sehinggalah Kas menerangkan apa yang terjadi pada KIMI.

Beberapa hari kemudian Aril menjemput Ema di rumah untuk check up doktor... tapi Ema menjadi berang bila doktor menyatakan yang penyakitnya tidak serius... (ha ha ha .. ini pun sebahagian drpd lakonan dia jer.. konon-kononnya hilang ingatan la tew kan).


Dan pada suatu hari... Ema telah menceritakan tentang muslihatnya pada kawan baiknya tp malangnya perkara itu telah didengari oleh Kas..


Kas menjadi marah dan terus memarahi Ema.. Ema pun dengan keadaan yang memaksa jugak terus memarahi Kas...  antar ayat menjadi Kas tersentuh adalah...
"selama ni kas hanya duduk makan ibu yang tanggung.. tak de pun nak cari kerja"


Erm... sebenarnya Kas memang dah dpat tawaran kerja sebelum ni di PENANG tapi ditolak sebab memikirkan Ema dan adiknya.... Kas pun tanpa memikir panjang terus berjumpa dengan Aril dan meminta supaya Aril menjaga Ema dengan baik.. then Kas pun terus terima tawaran kerja di PENANG.


Aril pula telah meminta penyisat untuk mencari semula beg Ema yang hilang.. Dan Aril agak terperanjat apabila menjumpai Birthday Card yang sama mcm yang dia pernah dapat sebelum ini didalam beg Ema.. Dan akhirnya baru lah Aril tahu yang sebenarnya Ema adalah orang yang sama masa sekolah dulu yang sentiasa admire pada Aril.


Apabila Aril memberitahu Ema tentang perkara ini, terus Ema melarikan diri... Ema menganggap yang Aril sudah tidak suka pada dia.... pdahal Aril tetap menerima Ema seadanya..


Dirumah tetiba Ema terjumpa satu buku kepunyaan Kas.. Dan Ema telah membaca kandungan buku tersebut dan baru kini baru Ema tahu yang sebenarnya perasaan Kas pada Ema lebih dalam daripada perasaan Ema pada Aril.. 


And finally Kas Dan Ema berkahwin..


_______________________________________________________________


Apa yang seronoknya tentang drama ni adalah di penghujung drama ni Sari Yanti, Aiman Dan Shaahnaaz menceritakan tentang secret admire diorang.. 
sweet sangat... 
lakonan kesemua pelakon jugak boleh tahan.. 
saya suka saya suka


4 comments:

  1. Replies
    1. hi hi.. kebetulan tengok.. suka pula.. hi hi sebab aiman hensem

      Delete
  2. wani tgk juga tp xabis pun sikecik tu kacau tgh tgk tv hahhaaa...

    ReplyDelete
  3. cerita ni lbh kurang sama mcm Lost & Found filem Korea lakonan Park Jin Hee, Jo Han Sun & Lee Ki Woo.. bezanya, Rahsia Hati ni Sari Yanti kasi Birthday Card, tp dalm Lost & Found, heroin tu bagi patung/tabung gajah pd lelaki yg dia suka.. kebetulan, plot ceritanya lbh kurang sama dari awal ke akhir..

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: