Pages

Monday, July 30, 2012

GULAI AYAM TERENGGANU

Tetiba teringin nak makan sangat nak makan Gulai Ayam yang ibu mertuaku... 


Nak buat tapi tak pandai sangat.. So kita tanya pak cik google... inilah resepinya... jom tengok.. kot-kot ada jugak yang mengidam nak makan gulai ayam terengganu ni...


Bahan2:
1 ekor ayam ~ dipotong
3 sudu besar cili mesin
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 in halia *
1/4 in lengkuas *
1 in kunyit hidup * (*diblend)
3 sudu besar rempah gulai ~ bancuhkan dgn sedikit air panas hingga menjadi paste
4 cawan air
air asam jawa
2 - 3 bj ubi kentang ~ dibuang kulit dan dipotong
1/2 cawan santan pekat ~ boleh guna santan kotak atau santan fresh
garam
gula ~ boleh guna campuran gula dgn nisan atau gula melaka
sedikit belacan ~ optional
minyak
*Cili hijau dibelah 2 ~ Tun tambah

bahan penumis :
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Biarkan hingga cili garing dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Masak hingga pekat dan masukkan paste rempah gulai.
  4. Kacau dan masak lah hingga pecah minyak (boleh masukkan sedikit air utk pecah minyak dgn lebih elok)
  5. Masukkan ayam dan kacau supaya rempah mesra dgn ayam.
  6. Biarkan seketika dan masukkan air. Kacau2 biar sebati dan masak lah hingga kuah mendidih dan masukkan air asam jawa dan ubi kentang.
  7. Masukkan juga santan pekat dan masak lg hingga mendidih.
  8. Hendaklah sentiasa mengacau supaya tak naik kepala.
  9. Masukkan pula garam dan gula (atau nisan/gula melaka) dan biarkan merenih hingga ayam masak dan kepekatan kuah yg kita sukai.
  10. Cedukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
*Kalau kuah nampak terlalu pekat dan tidak pecah minyak boleh lah dimasukkan sedikit air panas. Teruskan memasak, dengan cara ni minyak akan keluar semula.

******************resepi dan pic diatas dicedok dari rabiatunsweettouch *********************



2 comments:

  1. boleh la buat buka puasa nnti..hehe

    mmg namanya gulai ayam terengganu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.... nama sebenar gulai ni pun saya tak tahu... hihi juz panggil gulai ayam version terengganu.. ha ha ha

      Delete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: