Pages

Tuesday, May 22, 2012

LANJUTKAN PELAJARAN DI UITM

PETIKAN DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE : ________________________________________________________________________

JELI: Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya. Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara. 

Ianya adalah sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM. 

“UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu. 

Setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan. 
 _____________________________________________________________________

Kepada adik-adik kita yang memperolehi result SPM yang kurang memberangsangkan boleh la cuba program ini ea...

Nota Kaki : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...
 

1 comment:

  1. Semoga adik² yg still nk sambung belajar ke U semoga dpt masuk belajar kan :)

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: