Pages

Friday, January 20, 2012

Kerepek Ngaku atau Arrowhead

Pernah tak korang dengar kerepek ngaku atau pun buah arrowhead. Aku pun tak pasti arrowhead ni spesis buah atau ubi.

inilah rupanya arrowhead ni. PIC ni from google
Minggu lepas, pergi TESCO Bandar Baru Nilai, nampak ramai sangat Chinese yang beli benda nih.. Sorang-sorang penuh troli, satu troli penuh dengan arrowhead ni jer.. berplastik-plastik. Bila dah sampai kat dalam, berkerumun orang kat sudut buah ni. Apa lagi... tak puas hati.. aku pun cuba la tengok apa nama benda ni.. dan hari ni, ada pegawai kat ofis aku beli kerepek ngaku ni dan tanya samaada aku pernah makan kerepek ngaku? Seriusly memang tak pernah la kan... Namanya pun baru tahu harini.. Katanya buah ni hanya ada masa Chinese New Year jer.. 

inilah rupanya kerepek ngaku nih..
Bila dah rasa.. ermmm... sedap jugak kerepek ngaku ni.. sekali rasa macam ubi tapi dia lembut sangat. Kalau ubi tu keras sikit kan.. tapi rasa dia lembut giler.. mcm sengkuang pun ada.. Nak tahu lebih lanjut tentang buah ni.. boleh view sini.


2 comments:

  1. dah beli tapi try lagi..boleh camtu..kakakakak..tak sihat jaaa...weekend ni br nak berprojek

    ReplyDelete
  2. baru last week Encik Suami nak beli buah ngaku ni..siap kata..nak watper..rupernye inilah hasilnya ek

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: