Pages

Thursday, January 19, 2012

Habbatus Sauda membantu menambah susu badan

Pagi tadi masa breakfast, sambil gosip-gosip, tersentuh isu habbatussauda, jadi terdetik nak buat entry ini. Info ini dikhususkan untuk para ibu-ibu diluar sana, yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Apa kata anda cuba makan atau minum habbatussauda. Habbatussauda ini ada 2 jenis. Satu berbentuk biji dan satu lagi cecair (minyak).

bentuk biji  kecil jer.. macam biji sawi yg kita guna untuk masak tu.

Ini bentuk cecair, minyak
Member aku cakap, Brand Tok Guru ada yang cecair (minyak) nih. Boleh la cuba nanti. insyaAllah dengan usaha dan izin Allah. 

Antara khasiat dan kelebihan habatussauda :
Memulihkan penyakit seperti batuk, 'brochitis', masalah perut, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan sakit ketika haid, menambah susu badan bagi wanita selepas bersalin, sangat elok untuk penyakit asma dan ezema. Amalkan secubit Habbatus Sauda (kira-kira dalam 6 biji) 2 kali sehari untuk peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi imuniti badan.

Rasulullah bersabda :"Pada habbatus sauda ada ubat segala penyakit kecuali maut."

Tapi habbatus sauda agak panas sikit, jadi banyakkan minum air.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: