Pages

Friday, December 30, 2011

Suria Embun Spa Putrajaya

Ha... Seronoknya... dah hari jumaat dah.. Esok Cuti... dapat 3 hari cuti.. boleh relax-relax kat umah...

Hari ini ada appointment dekat SPA SURIA EMBUN Putrajaya, pukul 12.15 tengahari.. Saja book hari ini, kebetulan hari ini jumaat lunch hour panjang sikit, sempatlah nak manja kan badan dan kebetulan pulak Suria Embun ada promosi hujung tahun... hihihi....

Nak tahu lebih detail tentang Package di Suria Embun boleh view sini.

Dan jangan lupa view and LIKE page Khaiza Collections di FB dan view khaizabutik.blogspot.com untuk koleksi tudung terkini..
 

Wednesday, December 28, 2011

Jualan Tudung Dibuka

Salam semua,

Seperti yang di beritahu pada entry sebelum ini, khaiza akan mula menjual tudung-tudung terkini bermula minggu ini... Apa kata kita view sikit antara koleksi yang dijual. (model dibawah tidak bertauliah.. sila abaikan sekiranya pic dibawah agak control cun... ha ha ha..)






Inilah antara koleksi yang dipaparkan disini... ada lagi koleksi-koleksi lain, anda boleh view di page khaiza butik. Disebabkan blog khaizastory ini adalah untuk tujuan perkongsian info ataupun boleh jugak dipanggil online diary for khaiza family, jadi saya dah create kan satu lagi blog hanya untuk tujuan jualan. Lagi koleksi menarik akan diupload di khaizabutik secara berperingkat.

bagi sesiapa yang berminat boleh contact khaiza atau tinggalkan komen anda..

p/s: jangan lupa jengok-jengok blog baru khaizabutik yer...

Monday, December 26, 2011

Tudung Ala-ala Jelita Sara

Information... 


Untuk pengetahuan semua, May be next week, khaiza akan mulakan jualan tudung ala-ala Jelita Sara gitu... Entry kali ini just to inform kepada semua blogger2 dan penggemar/pencinta tudung ala-ala Jelita Sara atau pun ala-ala Fareeda.


Nantikan koleksi tudung-tudung yang cute, dan menawan pada entry akan datang....

Sunday, December 25, 2011

VCO Catalyst - Promosi Hujung Tahun



Sempena hujung tahun ini, Khaiza Beauty Shop akan memberi promosi secara COMBO SET kepada semua pengguna-pengguna Catalyst Virgin Coconut Oil atau kepada semua pengguna-pengguna yang berminat. Sila layari Khaiza Beauty Shop untuk informasi lanjut..

Bagaimana menjadi agen catalyst?
Ya.. mudah sahaja. Hanya dengan membuat pembelian sebanyak RM150 didalam 1 resit telah melayakkan anda untuk menjadi agen catalyst.

Belian Pertama akan terus ditawarkan dengan harga agen. Ingin mengetahui lebih lanjut emel kan pertanyaan anda ( Sub: BERMINAT MENJADI AGEN CATALYST ) kepada hanidura@yahoo.com

Jom sertai Catalyst dan Jana pendapatan dengan Catalyst sekarang... 
p/s: promosi ini bermula dari 16 Dis - 31 Dis 2011. 

Friday, December 23, 2011

Dividen ASB 2011

image from google

Dividen ASB bagi tahun 2011 telah diumumkan sebanyak 8.8%.

Pemegang unit boleh mula mengemas kini akaun ASB masing-masing atau boleh membuat transaksi di kaunter ASB pada 3 Januari 2012.

Macam-Macam Ada

Ya Allah... 

kelam-kabut kat ofis arini.. macam-macam jadi.. dan macam-macam benda nak kena buat.. tapi at least semua dah kembali tenang sekarang

ALHAMDULILLAH

Thursday, December 22, 2011

SBPA ditangguhkan

Petikan daripada Utusan Malaysia - Berita Terkini

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

p/s: hopefully biarlah perbincangan kali ini lebih terperinci dan melihat daripada semua aspek/sudut dan diharapkan agar penjelasan lebih jelas diberikan kepada semua penjawat awam kerana masih ramai yang kurang jelas dengan pelaksanaan skim baru ini.

Wednesday, December 21, 2011

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

**petikkan daripada berita harian

NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.

Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Tuesday, December 20, 2011

Tudung Jelita Sara

Arini... pagi-pagi lagi dah jengok page Jelita Sara... dan hati ini telah terpaut pada pic-pic seperti dibawah:
 Minat yang kaler hijau ni... tapi inner dia tak der stok la pulak...
image from JelitaSara.com
Hati telah beralih arah pulak ke yang ini... 
image from JelitaSara.com
 
Yang ni pun cantik jugakkk...
image from JelitaSara.com

 Yang ni pun cantik jugakk... adoiiiiiii aiii... dah rambang mata nih...
image from JelitaSara.com

Mana satu ni.... Pening-pening... nak rembat semua pulus macam banyak sangat (ayat ini sangat bermakna)... Tulunnnnn

p/s: nak tengok lagi banyak koleksi Jelita Sara boleh klik sini yer

Monday, December 19, 2011

Sepatutnya Cuti Tapi Keje

Sepatutnya arini.. aku tengah bergolek2 kat bilik hotel dengan alisha @Nilai Spring Resort...

Actually My En Hubby kena handle training as Urusetia (dari 19 Dec 2011 hingga 22 Dec 2011) so My En Hubby ajak aku ikut sekali.. Tapi bila difikir-fikir balik sayang pula nak cuti. Ingat nak carried forward ke tahun depan.. Cuti dah apply and diminit-minit terakhir aku cancel kan cuti aku bila My En Hubby bagi option nak keje atau nak ikut dia... if nak keje... dia kata dia willing nak hantar... so aku buat keputusan untuk keje sebab... cuti aku dah tinggal 3 hari jer. if aku jadi cuti, maknanya cuti aku untuk tahun ni 'zero'. arghhhh.... first time baki cuti aku kosong.. sebelum ni belum pernah lagi catat rekod semua cuti aku habis.. reason kenapa aku cancel cuti aku tuh.. iye lah mana lah tahu kot-kot jadi apa2 hujung tahun ni.. mana nak korek cuti lagi.. and that why i'm here today.. doing my work.. huhuhu... tapi dalam masa yang sama rasa rugi pulak tak follow My En hubby..

Tatkala Kebosanan Melanda

Entry ini adalah entry semalam... tapi masa nak publish semalam ada problem.. berkali-kali try untuk publish tapi still error... hampeh tul broadband ni. signal pun kurang.. nampak gayanya kena tukar streamyx la lepas nih... sebelum ni My En Hubby dah tanya nak pakai streamyxtak... aku cakap tak perlu lagi.. Cer tengok tajuk entry nih... huuuiiiisssshhhh.... sastera la pulak... hihihihi... sekali-sekala.

Lately... My En Hubby sangat-sangatlah BZ, setiap hari balik lewat. kekadang tu sampai kul 6 pm lebih baru nak balik... Yang kesiannya.... Si Alisha la.... sebelum ni kitaoranglah yang paling awal ambik dia... sekarang ni... bila pergi ambik Alisha semua member-member dia yang lain dah balik.... tinggal dia sorang je yang tinggal... Pengasuh cakap... setiap kali orang ketuk pintu dia la yang cepat-cepat pergi tengok... tapi kesiannya bukan mama dia yang datang.... Sian anak mama... tak per yer sayang... tunggu lepas pilihan raya ni jer.. lepas tu kita balik mcm biasa k..... Mama pun terasa sangat yang Abah sangat-sangat BZ sekarang... Malam dah pergi kelas pulak... ruang untuk borak-borak pun dah kurang... :( Masa week end ni lah yang nak habiskan masa dengan family...


Sekarang ni asal pergi ambik Alisha jer mesti menangis.... Pengasuhnya kata... diorag asyik gaduh jer... mana taknya member-member dia semua lelaki... Alisha sorang je perempuan.... hihihihi... perempuan kan hati lembut sikit... follow mama dia hati tisu... Pengasuhnya kata... Alisha nak main sesama dengan diorag tapi ada member yang dah besar sikit... dah umur 4 tahun ganazzzzz sikit.... itu yang Alisha ni asyik merajuk jer... pengasuhnya kata pendam jer dalam hati... bila mama datang terus la meraung. Sian Alisha.... Tak per la yer sayang... hopefully bila masuk sekolah nanti Alisha dah biasa dengan ragam-ragam macam nih... At least anak mama ni dah bersedia.... cewahhhh.... ye ke... entahlah... apa-apa pun tunggu dan lihat....

Wednesday, December 14, 2011

Jelita Sara

this banner from JelitaSARA.Com
Year End Sale (YES) Jelita Sara bermula lagi.. banyak koleksi tudung-tudung yang menarik yang boleh dipilih... Jom cepat-cepat intai FB Jelita Sara atau terus ke Web Page Jelita Sara sekarang. Promosi bermula seawal 7 pagi arini...

Anda juga boleh melanggan Newsletter' JelitaSARA.Com. Dan setiap kali promosi JelitaSARA.Com akan terus emelkan kepada anda informasi terkini.

Tuesday, December 13, 2011

Bayaran Balik PTPTN - UJRAH

Sebelum ni agak confuse dengan bayaran balik pinjaman PTPTN selepas permohonan UJRAH dibuat tapi tadi dah clear sikit lepas call hot line PTPTN.

Last Friday aku dah dapat mesej daripada PTPTN.INFO yang menyatakan permohonan aku telah berjaya, sila layari laman web www.ptptn.gov.my  untuk semakan secara online. Baru tadi aku sempat semak online. Bila tengok dekat baki penyata tu macam confuse berapa yang aku perlu banyak bulan-bulan ni..? Tak de pulak dah tulis kat situ. 

Tengahari tadi call hot line PTPTN 03-2080 4455 untuk semak amount sebenarnya. Dan info yang aku dapat aku post kat sini untuk rujukan semua.

Soalan 1?
Saya telah membuat permohonan UJRAH dan telah berjaya.  Berapakah amount bulanan yang perlu saya bayar?

Jawapan:
Bayaran balik pinjaman ada tertera pada Perjanjian Permohonan UJRAH masa mula-mula kita dapat tahu status Permohonan UJRAH kita dah berjaya.  PTPTN akan menghantar  emel dan SMS beserta password untuk login bagi membolehkan kita cetak Dokumen Perjanjian. Dokemen yang siap diisi perlu dikembalikan kepada kaunter PTPTN.

jumlah bulanan yang perlu dibayar RM112.56 tertera dalam perjanjian pinjaman UJRAH

Soalan 2?
Sebelum ini saya telah melakukan bayaran balik pinjaman, bagaimanakah dengan jumlah bayaran yang telah saya bayar sebelum ini, bukankah PTPTN akan menolak bayaran balik pinjaman yang telah saya buat.

Jawapan :
Bayaran perlu dibuat berdasarkan amount pada Perjanjian Permohonan UJRAH (perjanjian yang dihantar ke kaunter PTPTN yang dicetak daripada laman web PTPTN). Baki pinjaman boleh dilihat menerusi laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/gateway/ . Laman seperti dibawah akan dipaparkan. Masukkan IC dan Password.

semak baki pinjaman

Berdasarkan surat perjanjian UJRAH  aku kena buat bayaran sebanyak RM112.56 sen untuk tempoh 120 bulan. Tapi masa aku call PTPTN, pegawai tu cakap.. aku kena bayar ikut amount dalam perjanjian UJRAH tu… means kat sini aku kena bayar RM112.56 sen lah.. Dan aku kena semak baki pinjaman aku sekarang berapa amount? Bila aku semak dalam penyata bayaran balik PTPTN aku, baki pinjaman aku dalam Rm10 000.00+++ Setiap kali bayaran dibuat akan dicatat dalam penyata bayaran balik pinjaman dan baki pinjaman akan berkurangan. Bayaran balik hanya dibuat berdasarkan BAKI PINJAMAN KITA. Jadi tempoh masa 120 BULAN tu akan berkurangan sebab bayaran balik pinjaman ni based on baki pinjaman kita. Pengiraan yang dibuat dalam Perjanjian UJRAH itu adalah berdasarkan JUMLAH PINJAMAN YANG KITA MOHON MASA KITA BELAJAR DULU. Tak semestinya tempoh masa tu akan tetap 120 Bulan.. sebab sebelum ni aku dah pernah buat bayaran. Aku rasa lenih kurang macam ni kot pengiraan dia:

Baki Pinjaman Aku sekarang = RM10 000
Amount bulanan yang perlu aku bayar, ikut surat perjanjian = RM112.56

Jadi :-
10 000 (baki pinjaman) / 112.56 (amount bulanan) = 88.84 (bulan - genapkan jadi 89 bulan)
89 bulan / 12 bulan (setahun) = 7.4 tahun (jadi lebih kurang 7 tahun lebih la - tak semestinya 10 tahun @ 120 bulan)


(p/s: betul ke tak pengiraan aku nih... rasanya macam ni la kot... huhuuhu)

Pegawai tu cakap juga masa last kita nak buat bayaran balik kita perlu isi dan hantar BORANG PENGESAHAN BAKI INDIVIDU SECARA ONLINE  dan faks kan kepada UNIT LEJAR PTPTN. Unit Lejar PTPTN akan membuat pengiraan semula semua Jumlah bayaran balik pinjaman yang telah kita buat dan akan maklumkan kepada kita amount terakhir yang perlu dibuat(***perlu ingat ni takut lupa*** sebab tempoh masa nak habis bayar ni panjang lagi)

Sekiranya bayaran yang kita buat adalah lebih daripada yang sepatutnya kita perlu buat surat rasmi memohon pulangan balik bayaran yang telah dibuat dan lampirkan bersama salinan buku bank untuk proses pemulangan bayaran balik daripada PTPTN(***untuk part ni kena kena selalu alert***, walaupun 10sen duit jugak tu.. huhuhu)

p/s: hopefully this info akan membantu sesiapa yang masih kabur tentang bayaran balik pinjaman selepas permohonan UJRAH berjaya dibuat. Info ini adalah berdasarkan perbualan aku dan pegawai PTPTN sahaja. Sebarang permasalahan dan kemusykilan yang wujud/timbul sila kemukakan terus ke PTPTN di talian 03-2080 4455

Most Wonderful Galaxy Series

Looking for mobility and connectivity on-the-go without burning holes in your pocket?

Look no more, designed for the fast and furious, the Galaxy W serves with 1.4GHz processor and a spacious 3.7” touch screen. With this impressive gadget in your hand, you’ll be gaming, video-viewing and web-browsing at every corner! And hey, it’s built with mammoth memory of 4GB!

Monday, December 12, 2011

Minyak Kelapa Dara - Catalyst

p/s : this is a sticky post... scroll ke bawah untuk baca entry baru..

Information... stok Minyak Kelapa Dara (VCO) telah sampai... so kepada sesiapa yang berminat boleh contact saya.. or leave your comment here.. for more detail view Khaiza Beauty Shop atau view sidebar (sebelah kiri) seperti dibawah ini.


Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen adalah dialu-alukan... Berminat menjadi agen catalyst view sini for information.


Chef Riz - Master Chef Malaysia

image from google
Dengan sekali lafaz, pasangan Chef Riz - Master Chef Malaysia dan Ana Dahlia telah sah bergelar sebagai suami isteri. Ana Dahlia menerima hantaran sebanyak RM20, 000 dengan mas kahwin bernilai RM1, 001.

Chef Riz memberi 13 dulang hantaran dan dibalas 15 oleh pihak pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat hendaknya

Masih Di Kampung

Arini mcm tak der mood nak keja la... weekend baru ni balik kampung... so mood still ada kat kampung... syioknya balik kampung.. walaupun hanya 2 hari... tapi rasa mcm 2 minggu dok kat kampung..

Habiskan masa dengan mak dan bapak.. tengok buku/report kesihatan mak.. sembang-sembang dengan mak tentang kesihatan dia.. 

Mak kata, mak kena jumpa kaunseling pemakanan... Doktor nasihat kan mak... apa yang mak kena makan, dan apa yang mak kena elakkan makan.. sekarang ni banyak sangat benda/makanan yang mak tak boleh makan.. Kadang-kadang sedih jugak bila tengok bila mak dok pilih-pilih apa yang mak boleh makan... huhuhu... Tapi alhamdulillah berkat daripada minum susu omega, kolestrol mak dah kurang, Doktor pun cakap... kesihatan mak dah bertambah baik... alhamdulillah.. sedap hati mendengarnya...

Bila bual-bual dengan mak dan bapak.... rasanya macam tak nak balik KL... nak dok kat kampung jer... tapi disebabkan tuntutan kerja... dan aku yang dah berfamily ni... tak boleh la aku berfikiran macam tu...

Next appointment mak pada 29/4/2011 - ambik darah..... 6/5/2011 - check up doktor... make sure aku kena ingat tarikh ni... sebab nak ingatkan mak nanti. Takut-takut mak lupa...

Thursday, December 8, 2011

''segmen up follower dengan sepantas kilat'


' BELOM COBA, BELOM TAW ! '

JOM RAMAI-RAMAI SERTAI SEGMEN NI
KLIK PADA BANNER UNTUK JOIN..


Wednesday, December 7, 2011

PRU13 - penggunaan dakwat kekal

Petikan daripada Berita Harian online

"SPR laksana sepenuhnya dalam proses pengundian selaras keputusan Parlimen

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, selaras dengan keputusan Parlimen meluluskan 10 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan."

p/s: Hotlink promotion view for detail


Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu

1st day filem Ombak Rindu masuk pawagam, kitaorang dah planning nak gi tengok.. Tapi malangnya tiket sold out... huhuhu... sedihhhhh :(

Sebenarnyan dah menjadi tabiat kitaorang... lunch time hari jumaat pakat ramai-ramai untuk tengok wayang... maklum lah kebanyakkannya dah bekeluarga.. kalau nak tengok dengan family susah sikit la.. susah dengan si kecik la... macam-macam ragam kang kat pawagam tu nanti..

Semalam OTW balik dengar sinar.fm. Abby Fana cakap filem ni touching sikit... so kena stand by banyak-banyak tisu... huhuhuhu.. And semalam hari kelima tayangan kutipan dan menjangkau RM 4 juta... fuyoooo... tak leh jadi ni... kompem kena tengok filem nih...

And pengarah filem Ombak Rindu ni cakap... filem ni akan ada sequence tapi next sequence dah tak follow Novel.. so means... lepas nih filem ni totally lain lah dari Novel...

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat...

Thursday, December 1, 2011

OMG... OMG...

Fuhhhh... pagi ni miting ingatkan boleh habis cepat... rupa-rupanya banyak lagi isu yang tak clear.. OMG... OMG... penatnya... bukan penat apa, penat nak memahamkan isu-isu yang aku pun baru tahu..semuanya isu-isu teknikal.  Isu-isu back end yang kitaorang tak tahu dan baru tahu arini. Nasib baik jugak arini bos ada, dan bos masuk miting nih.. Tak lah nanti bila projek dah siap ada pulak benda yang tertinggal... 

Hope projek ni akan berjalan lancar... Projek ni nampak sikit jer perubahannya tapi bila direview sebenarnya banyak benda yang berkaitan dan berhubung kait... Huhuhu...

Dah Berteman

Yeh yeh yeh... alisha dah berteman... Jom tengok saper dia...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ha ha ini lah dia si ipin, yang sudi menjadi teman si alisha ni...

Ipin
Sangat la akrab mereka ini, seperti pasangan kekasih pulak... isk...isk....iskkk.... sampai tak berenggang lansung... pegi mana jer mesti bawa jugak si ipin nih... 

Nak makan pun bawak sekali,
Nak mandi pun bawak sekali, sekali dengan si ipin ni pun mandi jugak,
Nak main pun bawak jugak si ipin ni,
Dan yang paling kelakarnya
Nak tido pun bawak jugak si ipin ni... still pegang kat tangan walaupun dah tertido....
isk... isk.... isk.... 
alisha dan ipin
pegang je si ipin ni, tak lepas-lepas
konon-konon si ipin ni membonceng di belakang

tambah pulak sekarang nih dah boleh pilih channel TV sendiri. Kalau kita tukar je channel lain, ha mula la bunyi. Terpaksa la mama dengan abahnya berkorban... Nak tengok cerita/drama yang kita selalu follow pun dah tak dapat... huhuhu... nak buat macam mana, layan kan jer lah... 

Antara channel favourite si alisha ni TV9, Astro Ria (611) dan astro oasis (106) Alisha ni suka dengar zikir-zikir... so kalau nak dia duduk diam tak meragam buka la saluran-saluran ni.. dan mama boleh buat keje lain..