Pages

Wednesday, November 30, 2011

Aquaria KLCC

Cuti-Cuti hujung minggu, bawa alisha jalan-jalan....

Sabtu (19 Nov 2011)
Bawa alisha pergi aquaria KLCC... masuk kali ni dah kali ketiga kitaorang masuk aquaria.. 1st time pergi masa tengah couple, 2nd masa mak dan bapak aku datang sini.. masa tu alisha baru masuk 3 bulan... masih baby lagi.. dan 3nd time hari sabtu 19 Nov 2011 baru ni... Dan yang paling seronok kali ni pergi adalah..... kebetulan masa kitaorang masuk aquaria, time staf diorang nak bagi makan... so sempat lah kitaorang tengok macam mana diorang bagi makan ikan-ikan tu....

Jom view pic yang kitaorang....
baru nak masuk.. Alisha sibuk nak galas botol air dia.. nak ambik tak bagi pulak tu.. Layan je lah.. kang mengamuk susah... apa pun tak jadi.. :)
Alisha nak panjat
tak tahu nak tengok mana satu... sebab banyak sangat ikan
takutnya... dibuatnya time ni pecah kaca tuhhh... huhuhu.. tapi insyaAllah dengan teknologi dan kualiti kaca yang mampu menahan air tu.. insyaAllah tak pecah... tawakal
staf tangah bagi makan ikan
staf dia yang agak baik... siap melambai kearah pengujung.. alisha pun tak terkecuali.. bila dah jauh baru dia sibuk nak lambai..
macam-macam spesis ikan ada
ikan berkerumun nak makan
Sian alisha tak sampai nak tengok, terpaksa dukung
dah nak balik.... Penat Berjalan...

Jumaat Petang (25 Nov 2011)
On the way balik keja, My En Hubby ajak pergi JUSCO... Shopping... tapi malam tu.. alisha pulak dah ngantuk... belum sempat pukul 7 dah nak tdo... so planning cancel...

Sabtu (26 Nov 2011)
Pagi : Tunggu plumber datang untuk baiki paip rumah
Petang (2.30 pm) : My En Hubby ajak pergi JUSCO, konon-konon nak cari kasut... Pusing punya pusing.. last sekali apa pun tak beli...

Ahad (27 Nov 2011)
Pagi : Tetiba My En Hubby ajak pergi Jalan TAR... aiiiiiisssskkkkk.... orang nak ajak... apa lagi on jer la... pucuk dicita ulam mendatang... selalunya kalau nak cari tudung mesti My En Hubby akan bawa aku gi Jalan TAR... syiiiiooooookkk.. dapat Hubby yang suka melayan ragam isteri yang ntah hapa-hapa nih.... BTW thanks to My En Hubby...

Tuesday, November 29, 2011

I-City Shah Alam

Cerita ini cerita lama, tapi baru nak story…. Sebenarnya banyak sangat cerita + pic yang nak share tapi semuanya cerita dah lama… huhuhu.. Hope korang tak kisah k, walaupun cerita dah basi….

Cerita ni masa raya haji aritu… Orang sibuk-sibuk horay-horay balik kampong raya haji, tapi kitaorang still kat Ibu Kota… bersyahdu mahdu disini.. mula-mula planning memang nak balik… tapi tak dapat atas banyak alasan.. yang susah nak diterangkan…

Tetiba malam Ahad(malam raya) tu, My En Hubby ajak keluar pergi jalan-jalan. Aku tanya nak kemana? My En Hubby cakap… kalau kita pergi i-city ok tak? 

Aku pulak….. hrmmmmmmmmmm…. Tak pe ke? Kang Alisha mengantuk lak… sebab siang tadi dia tak tido.. My En Hubby cakap… OK kot… try je la…
And…. Dengan gamble kitaorang pun redah jer… Dah la jalan pun tak tahu… Dan kelakarnya… bila dah sampai ke Shah Alam berpusing-pusing kitaorang cari jalan ke i-city. Satu papan tanda pun tak nampak arah ke i-city… 

Hahaha… rupanya kitaorang dah memang melencong jauh sangat dah… patut la tak nampak papan tanda ke i-city langsung… chaiiiittttt…

Rupa-rupanya i-city tu betul-betul dekat dengan JAKEL Shah Alam… O… sebelum terlupa… My Frez Cik Faiz cakap JAKELsekarang ada SALE… so kepada bakal-bakal pengantin, bakal-bakal bertunang boleh la menjenguk ke JAKEL… mana tahu ada yang terbekenan dihati… 

Back to the story….

Masa mula-mula sampai i-city.. mak aiiiiiiiiiii… ramainya orang…. Semua orang tak balik kampong ker? Bersusun keta, ditepi-tepi jalan… kitaorang pun malas nak pusing-pusing cari parking.. sebab keta terlalu banyak… sampai kitaorang pun, just park je tepi jalan. Follow keta-keta yang lain..
Bila sampai… tengok banyak-banyak lampu… Alisha macam tak teruja sangat… Tapi bila tengok permainan ala-ala roller coaster… mula la dia…. Tak nak duduk diam…
And last sebelum balik… baru kitaorang bawa Alisha naik roller coaster mini…

On the Way balik, dalam keta Alisha terus ‘zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz’

Jom layan pic kitaorang…
baru sampai
alisha dah teruja tengok  game ala-ala roller coaster
alisha dah besar, tak larat mama nak dukung
abah tolong galas beg mama. TQ honey :-P
Alisha macam takut jer..
peace... alisha nak pegang.. tapi tak berani
burung merak
beratur beli tiket
sambil tunggu giliran. Alisha dah teruja tengok geng-geng seangkatan main
tiba-tiba pusing tengok orang lai terus lariikkkkk
abah nampak kepala jer... dah sampai giliran nak naik
apa yang penting tali pinggang keselamatan....
betul kan rambut dulu. topi dah tanggal.....

bye-bye alisha
souvenir untuk alisha, sebabnya tak puas main game...

Thursday, November 24, 2011

Cerita Kelakar Untuk Dikongsi

Balik daripada rumah pengasuh semalam, Alisha macam dah ngamuk-ngamuk ngantuk, rasanya dia tak tido petang kot kat rumah ngasuh semalam... makan pun sikit jer...

Dalam kul 7 pm macam tu aku pun bawa la alisha pergi tido kat bilik... OK... sekarang Alisha dah boleh tido kat bawah.. means.. tak perlu tido buai lagi.. alhamdulillah.. al least senang sikit la kalau nak travel nanti, tak yah la nak usung buai lagi kan....

Actually masa lepas pantang dulu, memang planning tan nak guna buai... tapi tu la kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan... Aku hantar anak dekat pengasuh bukan nursery.... so masa first day hantar tu alisha tak minum susu langsung, 2nd day pun sama + dia pun kurang tido... kesian dekat pengasuhkan sebab pengasuh pun ada anak kecik masa tu... tu yang kitaorang decide untuk guna buai jugak... sebab bila dalam buai baru dia minum susu. Bukan apa sebab risau jugak kan... kalau dah satu hari tak minum mana aku tak risau... dah la time tu aku keja kat KL lagi.. belum dapat tukar... kalau apa-apa hal susah nak berkejar balik putrajaya.

Tapi alhamdullillah... alisha sekarang dah boleh tido tanpa buai even siang pun... alhamdulillah..

Lets back to main topic... sebabkan alisha dah terlau mengantuk so aku pun bawa alisha tido... Alisha bila nak tido dia susu nyot nyot, dalam erti kata lain.. menyusu badan... erm... mcm tak percaya walaupun umur alisha dah 2 tahun 3 bulan tapi aku still ada susu badan. Alhamdulillah rezeki untuk alisha...

Disebabkan semalam apa perlawanan bola sepak untuk kelayakkan olimpik 2012, lepas alisha dah nyenyak tido, aku pun turun bawah untuk tengok bola... tapi aku ada letakkan bantal betul-betul dekat sebelah alisha... konon-konon nak bagi alisha rasa aku ada kat situ tido dengan dia... 

Dalam pukul 9.30 pm, tiba-tiba alisha terjaga dan nangis.... bila aku naik atas tengok... alisha dengan mama pejam... dok sondol bantal tu...sambil mulut dok isap bucu bantal....

Sekali aku pegang bantal dah basah... rupa-rupanya memang dia ingat aku kat sebelah dia, terus jer...nyot nyot.. maybe sebab dah lama nyot nyot baru dia perasan lain agaknya. 

hihiihihi... pada aku kelakar plak tengok alisha semalam.. sian anak mama...


p/s: walaupun malaysia kalah semalam, tapi aku tetap berbangga dengan persembahan mereka... chaiyok... chaiyok... malaysia BOLEH

Thursday, November 17, 2011

Balik Lewat

arini balik lewat sikit.. sebab My En Hubby ada miting tak habis lagi. Hujan lebat giler.. guruh kilat berdentam-dentum... bergegar bangunan ni rasa... siap nampak kilat lagi kat tingkap.. huhuhu.. takutnya..

kebetulan balik lambat ni.. boleh la ambik kesempatan ni, nak buat laporan mesyuarat pagi tadi + buat senarai semak tindakan selepas mesyuarat. dan yang penting dapat curik masa untuk update my blog jap... Actually... kitaorang kena handle satu projek. Sepatutnya projek ni dah hampir nak siap... tapi disebabkan ada banyak kekangan dan banyak miscommunication, projek ni lama tertangguh. Lagi 2 minggu akan ada miting untuk tengok progress. At least, mesti ada progress for the next meeting (harap sangat-sangat projek ni bole berjalan lancar)...

BTW... sangat-sangat lega... bila buat mesyuarat tadi dah clear sikit apa sebenarnya keperluan yang user nak... And the best part is... screen untuk projek ni pun dah design and dah dapat confirmation ahli mesyuarat... cuma tinggal nak update dekat Our bos je... tengok pendapat bos macammana? If OK boleh proceed for the next step...

Atasi masalah anak sembelit dengan Lactul Solution

Pernah tak anda alami situasi, dimana anak kita susah sangat nak minum air. Dan bila susah nak minum air, selalunya susah nak buang air besar atau dalam erti kata lain SEMBELIT.

Situasi ini, pernah terjadi kepada aku masa umur alisha, belum sampai 1 tahun.... Dah la malam, + dengan mama dengan abah yang tak tahu nak buat apa? + dengan alisha pun meraung, so cuba bayangkan perasaan aku masa tu. panik giler..

Nasib baik Abang My En Hubby doctor, so My En Hubby terus call abang dia and tanya nak buat macam mana... Lepas tu abang my En Hubby suggest gi farmasi dan cari ubat ni... 'Lactul Solution'. Rupa dia macam kat bawah ni....
image from google
image from google
Dan sabtu lepas, alisha alami situasi yang sama, SEMBELIT... nasib baik memang ada spare ubat ni kat umah... Fuhhh.... Fobia beb... so memang akan stand by ubat ni siap-siap kat umah...

So kepada sesapa yang alami situasi ni, boleh la try guna Lactul Solution ni.. Memang sangat-sangat berkesan...

p/s: habis planing kitaorg, sabtu lepas... gara-gara Alisha SEMBELIT... planing nak gi KLIA nak jemput Abang ipar baru balik dari Manila, setelah 2 bulan menetap disana untuk program WHO. Planning nak pergi kenduri member pun hancussssssssss...... semua cancel....

Friday, November 11, 2011

Marimo - Lumut berbentuk bola

Marimo? Pernah tak korang dengar spesis ni? Aku pun baru tahu tentang spesis ni semalam, bila member aku kat ofis ni telah membeli satu spesis tumbuhan alga hijau bernama Marimo. Jom view sikit rupa marimo ni yer...

Inilah rupa marimo nih... berbentuk bulat macam bola
Semalam masa aku dapat tahu pasal marimo ni, aku pun macam blur, apakah spesis ni? And hari ni pagi-pagi lagi aku dah buat searching pasal ni. Dan hasil daripada searching tu aku rumuskan kat sini, untuk info. Jom kenali apa itu marimo?

Marimo atau dikenali juga sebagai Cladophora ball, Lake ball, atau Moss Balls. Marimo ini adalah spesis alga bewarna hijau (Chlorophyta) yang ditemui dalam beberapa tasik di hemisfera utara. 

Marimo adalah satu bentuk  tumbuhan yang berkembang menjadi bentuk bola hijau dan rupanya seakan baldu. Marimo ini boleh ditemui di Iceland, Scotland, Jepun dan Estonia. Morimo ini akan membesar sebanyak 5mm dalam masa setahun. 

Bila berlakunya proses fotosintesis, lumut mariomo ini akan mengeluarkan banyak buih-buih halus(oksigen) dan kadangkala ianya akan membuatkan lumut marimo ini terapung. Tapi dalam keadaan biasa lumut marimo ini akan berada di dasar balang atau botol. 
ia akan mengeluarkan buih-buih kesil semasa proses fotosintesis

Ianya membiak secara replication. Penjagaan morimo ini tidak lah terlalu cerewet, airnya hanya perlu ditukar 2 minggu sekali dan membersihkan sedikit marimo ini setiap kali menukar air. Marimo hanya memerlukan air dan cahaya yang cukup untuk hidup. Kalau suhu air tu sejuk sikit, proses tumbesaran marimo ini akan cepat berlaku dan akan kelihatan seolah-olah bola besar bewarna hijau. Marimo ini akan mati sekiranya terkena direct sunlight dan suhu bilik lebih daripada 35 darjah celcius.

ianya boleh diletak didalam bekas/balang atau botol macam image dibawah. 

All this image from google:

Dan pic dibawah ni adalah marimo yang telah dibeli oleh member aku semalam.
marimo yang bulat-bulat warna hijau, dekat batu tu
pandangan dari sisi
Kat mana boleh beli marimo ni? Member aku beli marimo ni dekat web Groupon. Harga dia lebih kurang Rm40. Atau korang jugak boleh beli kat sini lelong. Just search marimo, nanti akan keluar banyak list macam ni...