Pages

Monday, October 31, 2011

Bila Perasaan Menguasai Minda

Setelah 2 minggu berhempas-pulas dengan masalah-masalah kesihatan yang melanda our family... Hari ni.. baru ku ada semangat nak berkeja balik... kalau tak... melepek je kat umah... Anyway.... Selamat Tengahari Semua...

Lapoooorrr... huhuhu .. tetiba jer... since masalah kesihatan yang tidak diundang ni... yang telah memporak-perandakan hidup kitaorg satu family (opsssss... tak baik.. dugaan..) sampai hari ni... nafsu makan ku dah jauh meninggalkan tuan empunya badan... Perut jgn ditanya la... Lapornya.. bagai nak gila... tapi asal suap ke mulut jer... mesti tak habis.. tak lalu nak makan... erm... kemana perginya nafsu makan aku yang sebelum ni membuak-buak. Sila la datang balik tanpa perlu dipujuk rayu.. aishhhh.. dah macam memujuk buah hati plak gayanya nih.. 

Alisha pun sama.. susah sangat nak makan.. sampai dah kembung perut... asyik minum susu jer.. Sian anak mama tuh.... Dia pun dah terjebak sekali dengan mama.. Agak-agaknya la apa yg dia rasa erk.. Aritu Alisha tak makan sampai kembung perut.. asyik buang air besar jer.. Kalau keluarnya isi tak per... ni yang keluar air je... Siannya... Sayu hati mama.. yang sejak azali memang hati tisu nih... sabar ye sayang... nanti dah sihat kita pegi makan sedap-sedap.. hu hu hu..

OK... tinggal jap bab makan... Tetiba-tiba aku terpanggil untuk tanya soklan nih.. Pernah tak, dalam hidup korang.. tetiba korang rasa kosong... boring... bosan.. Huh.... Macam nak buat ea.. kalau rasa mcm nih... + ongkos pun tak der... ada tak apa-apa aktiviti yang tak perlu guna duit.. ataupun.. ada tak cara nak tambah duit... ha ha ha... kalau sesiapa ada idea.. kongsi-kongsikan lah..

Aku sangat-sangat boring sekarang...

Friday, October 21, 2011

Not Feeling Well Today

Sekarang ni musim orang demam la. Aku pun dah terjebak dalam virus ni.. Since semalam, tak boleh tidur.. menggigil satu badan.. badan pun rasa sakit-sakit.. Nasib baik, lately Alisha senang nak tidur. Tak banyak sangat ragam...

Janji dengan My En. Hubby nak tunggu dia balik semalam, tapi badan rasa semacam.. tak sedar tertidur... Bila My En. Hubby balik, dia kejutkan sebab dia ada beli makanan... Since that aku tak boleh tidur.. badan rasa sejuk.. pakai sweater pun tak jadi apa... ambil selimut.. 2 helai... pun rasa sejuk lagi.. 

Pagi ni nak bangun pun tak larat.. tapi gagahkan jugak sebab tak nak bazirkan cuti.. Cuti pun tak banyak sangat dah.. nak simpan balance cuti yang ada sebab takut ada apa-apa emergency nanti.. Yang lain OK lagi.. tapi part pening kepala + batuk ni yang runsing ni... Nak jalan pun takut... sebab kepala asyik berdenyut.. Lepas breakfast tadi dah ambik panadol 2 biji... hope OK la... Sekarang pun mcm dah OK tapi bila gerak byk sikit... mula la rasa kepala berdenyut balik... Hopefully boleh bertahan sampai kul 4.30 pm nanti...

Dah dapat gambaran weekend ni memang dok kat umah je la.. sebab semua tak sihat.. sebelum ni Alisha yang demam, pastu tu berjangkit pulak dekat My En Hubby... and last night aku lak yang terkena... and now... aku still bertahan... dan akan bertahan sampai balik nanti...

Thursday, October 20, 2011

JOM TAMBAH TRAFIK BLOGGGGG!

Jom Join Segmen nihhh... klik banner kat bawah atau klik sini



Segmen ini akan berlangsung sehingga 23/10/2011 - 2.30 petang (ahad)

Wednesday, October 19, 2011

Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock

Dah petang-petang ni kan.. mood nak keje pun dah ke laut perginya. nak-nak pulak kat sini hujan. mak aiiiii... mata ni dah jadi mata garfield pun. huhuhuhu.. OK.. tak per, tak per... jom kita cari mood dulu, pastu kita sambung balik keje.. OK... macam mana nak cari mood, jom kita blogwalking kejap.. eceeeewahhh... alasan je nih, padahal dah malas nak keje sebab ingat nak balik jer...

masa blogwalking tadi i found this segmen... Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock.

Jom review sikit apa syarat-syaratnya..

Syarat-Syaratnya Seperti berikut
1.Buat entri berTajuk --> Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock
2.Letakkan Banner diatas dlm entri tersebut berserta linkkan ke entri pengajur segmen
3.Buat Entri Ringkas sahaja tak perlu buat karangan!!!
4.Klik Sini -> Join Group Blogger Malaysia kalau nak kalau tak nak pun tak pa ...
5.Dah siap letakkan url korang kat entri pengajur segmen yer..

OK.. ok... Jom join... Tarih Tutup 28/10/2011 (Jumaat 5.00 Petang)... Klik banner atau pun klik sini... yuppp...


Makan Free..

Tengahari ni dapat makan free, bos blanja KFC... hu hu hu. Bos belanja? Sebab apa ek? Tentulah sebab komitmen keje kitaorg bagus kan... hahahahha.. takder maknanyer pun... Ada la sebabnya... Rahsia... ceeeewaaahhh..  Tak de la rahsia sangat pun, tapi biarlah our team member kitaorang je yang tahu..

Tapi apa yang penting arini makan free. Al -maklumlah dah hujung bulan kan.. dapat makan free, bersyukur beb.. tak sabar tunggu esok. Gaji.. bulan ni pokai gila. BTW... thanks boss... jangan lupa belanja lagi yer... 

p/s: sesekali bos belanja apa salahnya kan... gaji bos kan besau... :D

Tuesday, October 18, 2011

Segmen :- "Jom Tambah Kenalan "


Segmen - Jom Tambah Kenalan daripada izzaty Hendry. Jom Join.. Just klik banner kat atas atau klik sini

Tujuan saya wujudkan blog ni:-
1. Untuk tambah kenalan baru, kalau boleh nak tambah kenalan 1 Malaysia. Tak kira bangsa ataupun jantina
2. Untuk berkongsi cerita dan berkongsi maklumat antara rakan-rakan blogger yang lain. Tak dinafikan banyak info baru saya dapat dalam dunia blog.

Dan impian saya didalam dunia blogging ni:-
Hope... my blog boleh menjana info yang bermanfaat untuk semua dan menarik ramai pembaca ke sini..

that's all...

Tungku Moden

Hi Semua... Hari ni nak bercerita tentang tungku.. OK bukan tungku yang batu tu ea.. tapi tungku moden..

Tungku Moden ni telah dihadiahkan oleh My En. Hubby atas sebab-sebab tertentu.. hahaha.. sebab yang si isterinya selalu merungut.. sakit belakang la, sakit tapak kaki la... nah.. ambik kau... sekali My En. Hubby bawak balik tungku ni.. Dia cakap, kalau ada masa tungku la..

Jom review sikit tentang tungku moden ni..
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah
 
Ni la rupanya. Sebelum ni memang dah survey tapi harga dia mahal jugak la, tapi My En. Hubby beli dekat kawan dia hanya RM22 jer.. sekali dengan cover.


Just bukakan cover tu sikit dan charge


Charge dalam masa 5- 8 minit, nanti lampu merah tu akan terpadam sendiri... so bolehlah bertungku lepas tu... 
Ermmm... syioooook rasanya....panas-panas... bila dah lama sikit, dah suam-suam.. sesuai sgt la dgn suasana ofis aku ni, yang kadang-kadang rasa mcm duduk bertapa dalam peti sejuk.. hahahaha....

p/s : Thanks to My En. Hubby diatas keperihatinan anda... eceeeeewahhhh

Monday, October 17, 2011

Kelas Insaniah MEH (My En. Hubby)

Good Morning Semua.. Jangan Monday Bluess yer... Biasa la kan kalau dah hari isnin, kebanyakkannya malas nak datang keje kan.. nak bangun pagi pun liat je.. sama la mcm aku.. huhuhu.. nyaris-nyaris terbangun lewat arini... wa.. wa..wa..
OK.. hari ni nak kongsikan satu cerita.. last saturday My En. Hubby, ada kelas insaniah.. ala-ala lebih kurang macam kelas kemasyarakatan la...

OK.. biasalah.. si isteri akan menunggu si suami untuk lunch sama-sama... My En. Hubby cakap maybe dia balik lambat sikit, My En. Hubby dah pesan kalau dia lambat, lunch dulu... Tapi ... biasalah hati keras aku ni nak juga tunggu My En. Hubby nak lunch sama-sama jugak...  

Sambil-sambil makan tu, My En. Hubby cerita pasal kelas insaniah ni, dia cakap diorg kena buat satu program, samaada di rumah anak-anak yatim @pun dirumah orang-orang tua.. My En. Hubby telah mencadangkan untuk kerumah anak-anak yatim di Beranang, negeri sembilan. Setiap ahli telah dilantik untuk menjadi AJK bagi program tersebut... My En. Hubby telah dilantik menjadi AJK Khas... Erkkkk.... AJK khas.. apa tu AJK khas? Lantas aku menyoal.. My En. Hubby pun dengan yakin menjawab.. AJK khas ni, buat keje-keje khas lah.. Sebab tu nama dia AJK khas.. 

OOOO... cenggitu erk.. OK.. Jawapan boleh diterima akal..

Then aku tanya My En. Hubby kenapa tak pilih rumah orang-orang tua.. Ayang suka kalau dapat pergi rumah orang tua-tua.. Walaupun hati aku ni hati tisu.. tak boleh tengok sanagt orang-orang tua yang kena tinggal dekat rumah kebajikan. Tapi kelau diberi peluang aku tetap nak pergi rumah orang-orang tua. He he he... My En. Hubby cakap, kalau rumah orang-orang tua nanti tak byk sangat aktiviti yang boleh dibuat... kita tak tahu macam mana keadaan diorang.. terlantar ke.. apa ker.. kalau rumah anak-anak yatim tu.. byk aktiviti boleh buat..

Ermm... betul jugak tuh... Apa-apa pun hope My En. Hubby boleh bagi komitmen yang terbaik untuk kelas ni..

p/s: sekali sekala buat program macam ni syioooook gak kan... At least boleh gak tengok keadaan mereka-mereka disana macammana... Disamping kita mencari kebahagian dunia, apalah kiranya, kalau kita kumpul duit sesama kita dan sedekahkan kepada mereka..

Wednesday, October 12, 2011

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST PICCIONEBLU

Arini sangat-sanagt rajin menjengah ke blog member-member yang baru aku follow and i found this...

v
v
v
v


v
v
v

Jom join segmen ni... klik banner atau klik sini untuk join k... 

Tag to:  

Misi Menambahkan Berat Badan

Selalunya orang nak turun kan berat badan.. tapi aku lak lain sikit.. kali ni aku nak buat misi untuk menaikkan berat badan.. BMI aku tak seimbang lah... huhuhuhu..

Last month ada program KSA kesihatan, penceramahnya daripada hospital putrajaya.. Pakar kaji penyakit.. hihihihi.. mcm syiooookk jer dengar jawatan tu kan.. kejenya adalah kaji penyakit.. so kalau ada penyakit baru, beliau lah yg akan buat kajian.. syioook kan.. so.. setiap kali ada penyakit baru, ada task baru.. belajar benda baru tu.. benda yg orglain pun belum tahu.. at least tak der la kita terperap dgn keje yg sama jer kan... beliau? - *tetiba pulak, aku menggunakan ayat skema disitu* (*___^)

back to my mission.. 

Misi ni dijadualkan sehingga akhir tahun ni. Penambahan berat mesti tidak lebih dan tidak kurang 7kg.... MESTI... kalau gagal maka dianggap misi ini tidak berjaya... huuhuhuh... 

For all blogger... ada cadangan or tips2 yang boleh aku praktikkan... plz inform me... need u'r support also....

Tuesday, October 11, 2011

Jangan Give Up Plzzzzzzzzzz

Argh... mencari sesuatu yang sampai kini tak jumpa.. and last i give up.. 

Ops... no no no.. jangan give up dulu.. try cari lagi. Cuba dan terus mencuba.. moga-moga jumpa juga nanti. Tapi dah penat.. huhu.. dah penat mencari.. mana ni? bila nak jumpa? Tak per calm down dulu.. hope lepas ni jumpa.. keyword macam mudah tapi kenapa tak jumpa apa yang dicari.. Pak Cik Google.. plzzzz help me.. ketandusan idea dah ni..

Tapi  kalau tak jumpa juga.. berserah lah.. nak buat macam mana.. huhu redha.. tapi redha dalam keterpaksaan. Ayat pasrah huhuhuhu  *_________^

Monday, October 10, 2011

Kadang-kadang pengorbanan itu perlu

Percaya atau tidak.. Kadang-kadang sesuatu perkara itu tidak perlu dikongsi.. erm.. Ya.. sumtime, kita rasa patut dikongsi, untuk menghilangkan rasa perit yang terpendam tapi ada ketika, ianya tidak perlu diluahkan kerana ianya akan lebih mengeruhkan keadaan.. tambahan lagi ianya melibatkan perasaan.. 

Ya.... itu lah apa yang aku alami sekarang... 

Betul kata sesetengah orang. Untuk mencari kebahagian kadang-kadang kita perlukan pengorbanan. Yup... sangat-sangat bermakna kata-kata tu.. Hidup tak kan sempurna tanpa dugaan dan rintangan. Sama macam member aku cakap.. 'hidup kalau tak de dugaan bukan dimanakan hidup.. hidup kalau mandatar jer.. tak syiokkkk'. Kadang-kadang bila pikirkan balik ayat member aku nih.. amboi2... sedapnya kau bercakap.. tak jadi dekat kau boleh la..tapi bila dikenang balik betul jugak eh.. itu lah namanya rencah kehidupan.. baru cukup asam garamnya..


"Ya Allah... Tolonglah berikan aku kekuatan untuk mengharungi semua rintangan dan dugaanmu Ya Allah... dan sekiranya ianya tidak mampu dan tidak tertanggung oleh ku... aku mohon dan sujud padamu Ya Allah kau ringankan lah beban ku ini.. sesungguhnya aku hamba mu yang kerdil lagi hina.. Dan aku sangat-sangat berharap padamu Ya Allah, kau hilangkan lah perasaan negatif ini dan kau titipkan pula perasaan yang positif didalam ruang hatiku ini.. sesungguhnya aku inginkan kedamaian mu Ya Allah..."

Tapi aku sangat-sangat bersyukur... coz i have a very understanding hubby, yang sangat-sangat memberi sokongan yang kuat dikala aku tersungkur..

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER


Jom join segmen lagi.. Boleh klik kat banner tu atau pun klik sini yer... Ok segmen ni lain sikit.. segmen jom tukar dan kenal rakan blogger.. Tarikh tutup 10 Oktober 2011. Memandangkan arini 10.10, maka masa tutupnya pun nak no 10 jugak iaitu jam 10 malam ni... Jom ramai-ramai sertai segmen ni dan kenali rakan-rakan blogger yang lain...

tara....

Tuesday, October 4, 2011

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

Hai... semua, selamat pagi. Mulakan hari anda dengan ceria.. Erm... arini nak join segmen tambah follower lagi. Segmen kali ni adalah daripada Haris Kaito. Jom sertai saya untuk tambah follower anda. Just klik sini atau click at the image below..



Monday, October 3, 2011

GiveAway by anis athia

Jom join and support GA ni ramai-ramai. Just click on image below atau just klik link ni..


Hadiah-hadiahnya adalah..
  • Free Doodle by me untuk 3 pemenang
  • Topup RM10 untuk 2 pemenang (Maxis/Celcom/Digi)
  • Free barangan dari Scarf Sweethoney untuk 1 pemenang
  • Free custom design  t-shirt dari D**E untuk satu pemenang
  • Bear cute dari Girang untung 1 pemenang

Jom tambah trafik blog!

Jom sertai saya untuk menambah trafik blog anda.. Just klik imej kat bawah atau klik sini 

Sunday, October 2, 2011

Kerap Hamil Jejas Tulang

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.




MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.



Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.
Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.
“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.




TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.



“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.
Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.
“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Info dari : Kosmo Online - Kesihatan


Saturday, October 1, 2011

Lega... akhirnya selesai juga

11.45 am tadi bergegas kitaorg berempat ke pejabat pos, beli setem hasil RM 10 untuk 1 copy perjanjian.. PTPTN minta buat 2 copy so total RM 20... Lepas siap-siap semua roger plak pergi ERL...

Dapat tren dalam kul 12.35pm. sampai di KL sentral dah kul 1 pm.. uiiiiiiiii.... arini ramai betul org kat kaunter PTPTN wei.... masa kitaorg sampai tu aku dapat no yang ke 1575... no yg tgh serve 1480... mak oiiiii.... beza 95 orang tu.. tak per-tak per... demi mendapatkan pengurangan interest kitaorg still bertahan... And finally setel semua dah kul 2.30 pm... nak kejar tren kul 2.35pm dah tak sempat.. so kitaorg pegi memenuhkan tuntutan perut masing-masing.. makan pun sampai nak tercekik dibuatnya.. sebabnya nak kejar pulak tren kul 3.05pm.. 

So kitaorg just beli McD... arini staf McD semuanya pelik2 u. ada yg lukis simbol M for McD di pipi... ada yg pakai lilitan bunga matahari... ada yg pakai cekak mcm kanak2 ribena.. dan bila ditangan rupa-rupanya arini 'fun friday', so diorang semua kena pakai macam tu...

hihihi... mostly, staf McD kat KL sentarl byk warga india.. but diorg boleh dikatakan friendly jugak.. OK... dah selesai story, jom kita menjamu mata dengan aksi2 sengal kitaorg berempat yg bagai kanak2 riang... hahaha..

perkara utama a.ka. WAJIB dibuat... mesti beli tiket dulu... kalau tak mcmana nak naik ERL 

kanak-kanak riang turun tangga... sempat lagi posing

sambil tunggu ERL pun sempat berposing-posing u
 
 

kanak-kanak ciwi, yang dah lama tak naik ERL
 

sampai-sampai no giliran dah yang ke.....
 

still menunggu... tapi no kitaorg belum dipanggil.. muka pun dah kelat

tengok la orang ramai giler... semuanya tengah menunggu

 Tetiba en hubby call... sempat jugak ngadu... ramai org.. huhuhu

macam bergaduh u

n finally setel.... sebelum balik... isi perut dulu... lapor weiii

dah nak balik dah... muka penat + hepi..
 

TAMATTTTTTTTTTTT...