Pages

Thursday, August 18, 2011

Kain dah potong

La la lala la la.... Amboi-amboi cik tie ni.. ceria nampak pepagi ni.. Ceria? Bukan apa tengah ambik mood ni.. bukan mood keje tapi mood raya.. maklumlah tahun ni kan balik kg aku.. kikikikik... terover ceria la.. opssss.... terlebih sudah..

Akhirnya malam tadi, sempatlah jugak aku buat perkara yang dah lama aku nak buat tapi asyik tertangguh jer.. Apakah itu.. Potong kain.. buat baju..
Dah lama beli kali ni tapi tak sempat nak potong. Nak tunggu alisha tido, kekadang aku pun terlelap sekali.. Adoiiiii... apa la. mana sempat nak potong.. kikikikik..

Tapi semalam aku telah bertekad untuk potong kain tu, sanggup jegilkan mataku ini tahan mengantuk, sob sob sob... walaupun mata dah jadi mcm mata garfield..

Arini.. kalau sempat nak pegi jahit tepi.. dan malam ni boleh proses jahit... If alisha 'zzzzzzzzzzz'. Kalau tak almaklumnya... tak dapat la.. kena tunggu weekend la.. tapi weekend ni nak buat kuih pulak.. hmmmmm.... byk betul yang nak buat.. sempat ker.. hopefully sempat la coz semua brg dah siap beli.. sanggup tu.. beli oven, sebab memang dah bercita-cita tahun ni nak buat kuih sendiri..

Wednesday, August 17, 2011

Kurangkan senggugut ketika period dengan .......................

Kebanyakkan wanita/perempuan/gadis selalu mengalami masalah senggugut or period pain ketika period kan?.. tapi ada juga wanita/perempuan/gadis yang tak alami senggugut ni masa period, mcm cikgu aku masa sek men dulu. Dia cakap dia tak pernah rasa pun mcmana kesakitan masa period. Untungkan... Selalunya bila dah sakit kita akan ambil pil yang kaler pink tu kan.. sebenarnya pengambilan pil ni pun tak berapa bagus.. tapi kalau dah tak tahan sakit nak buat mcmana, telan juga la kan.

Situasi ini juga berlaku kepada aku sendiri.. Tak sah kalau datang period tanpa kehadiran senggugut... sakit kaki, lenguh2, nak marah pun adakan. Bila period ni asyik nak terbaring jer.. macam ni hah
*
*
*
*
*
*
Bila dah kawin ni, tak leh ler buat mcmni kan.. kang kebulur lak anak dgn husband..

Tapi sejak aku ambil supplement VCO ini, jujur aku akui yang masa peroid aku dah tak rasa senggugut, sakit2 kaki, lenguh2 atau pun sakit belakang/pinggang.. Sebelum ni macam tak perasan sangat. Tapi pagi tadi ada terbaca satu entry daripada our DC yang menyatakan VCO boleh kurangkan senggugut.. Ya.. baru aku perasan. Dah 2 bulan, masa period langsung tak de senggugut + lenguh2 kaki + sakit2 pinggang.


Peroid pun teratur.. sebelum ni period aku, mcm tak ok sangat, ada masa datang, ada masa tidak. kekadang tu sampai 2 bulan tak der. Time2 bulan posa pernah jugak aku puasa habis 1bulan sebab tak dtg period, bukan sebab mengandung ehhh... he he he..

Ternyata supplement VCO ini memberi kesan positif kepada aku sendiri. Saya dah cuba, anda bila lagi?..

RM39.90 je satu botol, ada 60softgel..boleh makan untuk 1 bulan. 1biji pagi dan 1biji malam. Labur RM39.90 satu bulan untuk kesihatan apasalahnya kan? Kita boleh labur duit beratus-ratus hinggit untuk kecantikkan, baju mahal2, handbag baru, kasut yang dah penuh satu almari pun tapi still nak tambah lagi. Buat koleksi (sama la macam aku... kuang kuang kuang), Takkan untuk kesihatan diri sendiri tak bolehkan. Kepada sesapa yang nak try VCO boleh inform saya atau view KhaizaBeautyShop for more info.

Tuesday, August 16, 2011

All about PB

Macam pelik jer.. bila tetiba aku buat entry pasal PB (Premium Beautiful) nih kan.. Sebenarnya pagi tadi rajin sesangat view balik entry blog Elia a.k.a jejariruncing yang lelama dulu. She mention, lose 6kg in 3months wif PB.

Dan sesaja view blog kak mun, agen PB nih. Byk info pasal PB yang leh korang baca dekat blog kat mun. And the best thing is, sesapa yg nak beli PB ni, kak mun ada buat pelbagai method pembayaran yang u'all boleh termasuklah boleh buat installment.

More in @blog kak mun or u'all also can contact her now at 0194238078-munn or email-munie2201@yahoo.com

Monday, August 15, 2011

Asyik tersasul jer..

Bulan-bulan pose ni.. asyik tersasul je cakap..ishhhhhhhhhhhhhhhh malu beb..  sib baik on fon..  tak nampak muka.. Arini dah 15 hari pose, so menu apa berbuka arini kekawan semua..

arini aku tak berbuka kat umah, arini ada jemputan berbuka pose.. @marriott hotel putrajaya. Ha ha..

08082011 - Genap Umur Alisha 2 Tahun

Tanggal 08082011 bersamaan 8 Ramadhan 1432H, genap umur our little princess 2 tahun... Tapi belum sempat nak nak sambut birthday. Planning nak sambut @secret recepi.. tapi atas2 sebab yang tidak dapat dielakkan... maka terbatallah planning tu..

Erm.. bila la dapat nak sambut birthday anak mama sorang ni yek...


Bila nyanyi lagu birthday bukan main suka dia...
"Semoga membesar dengan baik dan jgn nakal2 yer... dan dikurniakan anugerah akal dan kesihatan yang baik... Amin.."
 
InsyaAllah.. klu ada kelapangan nanti, mungkin boleh sambut kat kampung raya nanti... hihihikkk.. kena slow talk dgn abah ni...

Shopping2 @ Jalan TAR

Salam semua....

Arini ni dah start keje balik, selepas EL ari Jumaat aritu coz Alisha demam... suhu badan panas gila.. Takut aku dibuatnya.. Tapi apa2pun syukur alhamdulillah... arini dah OK, n dah start hantar dkt pengasuh semula.. setelah 2 hari bersengkang mata bergilir-gilir menjaga Alisha yang meragam bila malam.. Huh.. Ari Khamis malam tu.. dia tak tdo langsung sampai kul 4 pagi baru tdo. Tdo kejap.. kul 4.30 dah bangun balik... Tungging langgang sahur kitaorg... Sob sob.. Kena byk bersabar.. bulan2 pose nih.. Dugaan.. anak nak membesar mcm gitu ler.. ragamnyar.. ye dok?

back to our topic today.. raya tahun ni planning nak buat Kueh Raya sendiri + baju Raya sendiri..

Progress sehingga minggu ni yang jadi nyer hanya kueh raya..itu pun mcm tak ok jer... ada yg OK, tapi sikit nor ler pulak.. yang lebihnya terhan__t plak.. arghhh... malu nak ckp.. Sob sob..

Tu la kisahnya.. Last-last En Hubby telah mengoffer untuk sponser baju raya mama and alisha tahun ni.. apa lagi.. HOREYYYYYYY... sambil lompat tinggi2..

And last sunday.. En Hubby telah menggegas aku ke Jalan TAR.. terbalik pulak.. selalunya aku yg menggegaskan En Hubby.. Malas sebenarnya nak pegi, sebabnya Alisha baru nak baik demam kan.. Tapi setelah digegas lagi.. pergi la jugak..

Kuar umah dlm kul 9.05 am.. Fuhhh... awal tuh.. He he.. kitaorg klu kuar ke tempat-tempat yang sesak2 tu memang selalu awal sikit.. Kalau lewat nanti susah.. nak parking pun tak der tempat..

Dah sampai.. alamak... jalan byk yg tutup la.. dah la tak expert sangat jalan KL nih.. so strategi kitaorg follow keta depan.. bercakap jujur kejap.. "Ni bukan strategi aku eh... ni strategi En Hubby.. Katanya keta depan tu mesti nak pegi Jalan TAR jugak"...

And suprisenya.. betul Beb.. menjadi jugak strategi nih.. ha ha ha.. And sambil mata meliar mencari parking.. parking open or berbumbung... tik tok tik tok tik tok... lamanya pikir.. kebetulan masa tgh cari parking ternampak signboard RM7 per entry.. Hah boleh lah... redah jer.. alang2 dah sampai kan. Lagi pun per entry bukan per hour.. tu la dok bandar ni semua duit.. ehmmm. mana tak kopak kan.. lagi pun semua parking full.. Bila dah masuk parking... mak oiiii.. byknya keta.. dah bersusun2 rupanya.. "mana nak parking ni bang?" apala punya soklankan.. biasa lah bila dah jadi mem besau yang dok kat blkr jer kan.. naik punya naik.. sampailah level paling atas.. tu je yg tak de byk keta..

Ingat kan kitaorg lah yg awal, rupanya2 org lain lagi awal..

pesanan dari En hubby, pilih ler yg mana pun, bajet RM---, Berbunya hati den dibueknyor.. eh eh.. tetiba lak slang negeri.. Thanks En Hubby.. sambil bibir menguntum senyuman.. kikikikik.. bahasa pujangga pulak..
Sempat jugak rembat baju mama dan Alisha, tapi dalam kul 12tgh orang dah penuh.. argggghhhh. dah tak boleh nak gerak.. berjalan pun berselisih bahu ke bahu.. 
And Finally .. cakap dgn hubby, dah tak yah shopping2 lagi... matahari dah tinggi, orang pun dah penuh... Jom kita balik.

p/s: masalah kulit jerawat, parut, strechmark, kencing manis, sembelit.. view khaizabeautyshop ada penyelesaiannya..

Thursday, August 11, 2011

1/2 bulan bonus dan promosi aidilfitri

Dah lama x menghapdate blog ku ini...
Yahooooo... syiokkkknya.. sambil menadah tangan.. 
 SYUKUR ALHAMDULILLAH

Dapat bonus 1/2 bulan gaji.. rasanya dah lama berita kuar dan ramai yg dah update status FB, twitter dan blog masing2 pasal org gomen dapat 1/2 bulan bonus tp baru hari ni aku berkesempatan nak menghapdate dalam blog aku... ishhh.. ish.... nampak nar gigih bekerja kan... kuang kuang kuang...

Lately sibuk sikit dgn beberapa tugas penting yang perlu dibuat. Serabut kepala otak yang tidak terhingga... 
BUT
Petang semalam, lepas berbincang dgn our team member in that project yg sepatutnya laksanakan PILOT on 15 August 2011 ditangguhkan selepas raya disebabkan beberapa faktor yang agak kritikal dan take time to handle it.
So... syukur sangat-sangat, at least... kurang sikit bebanan tu..
TAPI 
mesti ada progress project walaupun PILOT ditangguhkan. Fuhhhhh... muka tension sampai BOS pun perasan... kikikikikkkk...SORRY BOS

BUT my bos sangat-sangat sporting. Kira mcm kawan lah
TAPI 
ada masa ngamuk jugak dia sebab anak-anak buah dia asyik buat hal jer... Ha ha ha.. Kitaorang la tu. Lagi sekali
SORRY BOS
Sebelum ending nak inform something
*
*
Sempena bulan ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi Khaiza Beauty Shop akan buat promosi bagi pelanggan-pelanggan yang ingin membuat tempahan VCO. Promosi ini sehingga 19 August 2011. View KhaizaBeautyShop untuk maklumat lanjut.

Tadddaaaa... 
Jumpa lagi 4 next entry... if berkesempatan..