Pages

Monday, July 25, 2011

Monday Blueeessss

Nak buka mata pun dah tak larat... Ngantuk punya pasal.. Tu la... lama sangat bercuti... ni la jadiknya... Dah rasa macam ni hah....

*
*
*


*
*
*

Tapi apa2 pun nasib baik keje jalan. Apa yang penting arini payday...
Yahooo... Sila lompat tinggi-tinggi

Jalan-jalan kat JUSCO

Mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... ramainya orang. Ingatkan bila belum dapat gaji tak lah ramai kat JUSCO ni. Ramai jugak rupanya... Maybe semua org nak habiskan gaji bln lepas kot... ha ha.. ye la.. esok kan dah gaji... bg yg keje gomen la... swasta belum lg.


Tetiba plak, ptg tadi dlm kul5 mcm tu, En Hubby ajak keluar, gi JUSCO plak tu... Selalunya kalau kitaorg nak keluar shopping tambahan lagi kat JUSCO tu... kitaorg mesti akan turun pagi-pagi.. dlm kul 9.30 am mcm tu... Elok2 pintu JUSCO buka kitaorg dah terpacul kat situ... ha ha.. ha


Bukan apa senang sikit pegi pagi2... at least tak ramai sgt org.. tak lah bersesak2 nak rebut parking... Alisha pun still OK... tak byk ragam lagi...


Tapi tadi... boring sangat tak der wat apa2... En Hubby ajak keluar...


Jalan-jalan kat JUSCO sempat jugak rembat baju untuk Alisha 2 helai... Kebetulan pulak JUSCO tengah sale... pilih baju mcm pilih ikan.. Bising gila mcm kat pasar basah... korek punya korek En Hubby ckp 2 helai jer... cara pilih macam nak ambik semua... Hi hi hi.. biasala ... bila semua mak2, kakak2 dok sibuk pilih... aku pun sibuk jugak, join sekaki..


Apa2 pun OK jugak pegi JUSCO petang2 sikit... tak panas sangat..


p/s: Feel free to view  KHAIZA BEAUTY SHOP. Taraaa... se u all tomorrow.

Sunday, July 24, 2011

Bila dah terlalu lama berehat

Belum puas lagi bergolek2 lama sikit kat tilam... esok dah nak start keje balik.. Kan best kalau dapat cuti lama sikit.. 2 minggu ke, 3 minggu ke, 1 bulan ke... 




Dush..... Dush... Tetiba je kena penampo... Ha... ambik ko... berangan lebih yer.. amboi... amboi cik ti ni.. agak-agak la.. Ofis tu buka ko yang punya yer.. silap-silap ari bulan dapat surat layang kang... ha.. apa pun tak dapat. Bak kata kumpulan jambu.. "apa pun tak boleh".


Tapi at least cuti 4 hari ni dapat jugak la rehatkan badan dan minda.. hilangkan penat keje kat ofis tu.. So kepada sesapa yang rasa mcm penat@tension keje... better you all ambik cuti and rest kat rumah jap or gi jln mana2.. honeymoon ke (arg.. honeymoon.. kali keberapa? jgn kang blk nanti ada isi.. ha ha.. sendiri mau ingat la, tapi klu ada pun apa salahnya... rezekikan... rezeki jgn ditolak.. musuh jgn dicari) or korang boleh bercucuk tanam kat umah ke, bersihkan umah ke.. at least otak kita pun dapat rehat dan tak terbeban sangat dengan tugas2 kat ofis. Sebab bila kita tension kita akan rasa cepat nak marah.. itulah yang terjadi pada aku... ha ha ha.. sebab tu aku ambik cuti lama sikit. Tension beb keje kat ofis yang berlambak dan tak kan pernah abis.. Bak kata cerita P.Ramlee... selagi tak tutup mata keje.. keje..keje... Tapi kalau tak keje mana nak dapat duitkan.. mcmmana nak makan.. Keje juga merupakan satu ibadat.. so bersyukur lah sebab kita ada keje.. kesian kat segelintir graduan yang sampai sekarang pun masih tak dapat keje kan...


p/s: moralnya... bersyukurlah dengan apa yang anda miliki sekarang.. jgn selalu merungut..

Asal ada aaron aziz mesti nak tengok..

Lately, lepas je abis drama Nora Elena, asal ada aaron aziz berlakon jer mesti aku akan tgk... ha ha.. tu lak perempuan kan..


Actually bukan apa.. suka tengok lakonan dia.. sweet je.. This week aku apply cuti.. untuk rehat2, dan kebetulan plak alisha demam, batuk2, first time alisha batuk.. sebelum ni tak pernah lagi dia batuk.. sian pulak tengok dia, suara pun dah lain.


Biasa la.. bila dah cuti tak der apa nak buat.. aktiviti biasa layan TV la, kebetulan ada drama aaron aziz berlakon.. apalagi layan.. alisha pulak tengah layan tido.. khusyuk la aku tengok.. ha ha ha..


Tajuk drama "30 hari mengenal cinta". Gandingan hebat aaron aziz dan ratu cantik malaysia Erra Fazira.. hermmmm... sweet couple.. 


Kat sini aku cerita sikit, sinopsis drama... Aaron aziz (sorry i call his name directly coz i can't remember his nickname in that drama) adalah seorg yang panas baran, anak kepada isteri kedua ayahnya (lakonan Jalaludin Hassan).. Ibunya telah meninggal dunia. Misi utama beliau adalah untuk menjadi No 1 kerana dengan menjadi No 1 beliau akan diterima oleh keluarga isteri pertama ayahnya.. actually keluarga isteri pertama ayahnya tidak dapat menerima aaron kerana mereka berperasaan bahawa ibunya dan aaron telah merampas kebahagian keluarga mereka. Beliau sangat berusaha untuk menjadi no 1. Dalam syarikat, beliau telah menyenali Erra Fazira a.k.a Rita (erra nickname), character Rita dalam drama tersebut adalah seorang yang ceria dan merangkap sebagai secretary. 


Misi beliau dalam perniagaan adalah menerbitkan sebuah majalah dengan wajah baru, dan mendapat juala yang tinggi.. bagi melayakkan beliau menjadi no 1. Character aaron dengan staf2 beliau pun agak dingin. Selalu nak marah2... Namun Rita banyak merubah personaliti aaron.. dalam diam Rita menaruh perasaan pada aaron. 


Beliau telah berusaha dgn gigih untuk mendapat no 1 tetapi beliau tetap gagal. Akhirnya syarikat beliau ditutup. 


Berkat kegigihan yang telah ditunjukkan beliau akhirnya beliau tetap diterima oleh Keluarga isteri pertama ayahnya. Beliau akhirnya telah melamar Rita.. (masa dia melamar rita ni... sweet gile beb... rugi kalau tak tengok.. inilah dia penangan si aaron , blh jadi sasau beb).


TAMAT....... 


p/s: ayat2 dalam sinopsis kat atas tu adalah ayat aku sepenuhnya, kalau agak2 cam pelik jer bunyinyer... buat2 tak tahu je la yer.. biasa la penulis skrip x bertauliah.. ha ha.. Jgn lupa view khaizabeautyshop yer. 

Thursday, July 21, 2011

Tak salah kan kalau sesekali mengaku salah

Hrm.. arini.. aku telah merajukkk kepada my encik hubby.. Penatnya tunggu call, tak call-call jugak... Dipendekkan cerita... berlakulah ensiden merajuk-rajuk manja gitu... hua hua hua.. mana taknyer tunggu call en hubby dari pagi sampai ptg pun tak der gak.. hua hua hua.. apa lagi.. merajuk lah aku(jgn buat selalu yer.. klu dah kerap sangat merajuk, bukan dapat pujuk, dapat penampar ada lar ^__________^).. 


*
*
*


*
*
*


Bila dah slow talk... and then berdamai.. Tapi yang paling best kali ni, en hubby ngaku salah dia.. hua hua..


--
JOM TERGAH khaizabeautyshop SEKARANG


p/s: tak salah kan kalau sesekali mengaku salah daripada selalu salahkan orang lain sajer.. 

Tuesday, July 19, 2011

VCO yang sangat berkesan

Hi all..
Seronoknya arini.. Stok VCO dah sampai.. VCO? Apa tu VCO.. OK bagi yang masih tak tahu apa tu VCO, meh saya terangkan sikit kat sini yer...

Virgin Coconut Oil  (VCO) a.k.a Minyak Kelapa Dara adalah satu produk supplement yang dihasilkan 100% dari sumber semulajadi. Ramai yang telah menggunakan dan lebih 95% menyatakan produk ini berkesan keatas kulit mereka. VCO bukan sahaja baik untuk luaran sahaja tapi baik juga untuk dalaman. Bagi sesiapa yg mengalami masalah kulit (jerawat, parut jerawat, allergi) boleh menggunakannya tanpa was-was. 
Saya sendiri telah menggunakannya dan ternyata saya sangat-sangat berpuas hati dengan hasilnya. Dan sekarang saya adalah agent kepada Catalyst VCO ni. Kalau sesiapa nak try leh PM yer @ view sini untuk order.
Untuk mengetahui cara penggunaan dan kebaikannya VCO ni boleh view sini yer...
p/s: thank to pinky Momma kerana telah memperkenalkan sy dgn produk ini.

Tuesday, July 5, 2011

COMBO SET

Untuk package permulaan KhaizaBeautyShop akan memperkenalkan SET COMBO. Bagi Sesiapa yang berminat boleh PM saya OK.

COMBO SET A
HAIR TREATMENT + HAIR REVITALIZER
RM75.00 (Harga asal RM79.80)

COMBO SET B
VCO CAPSULE + VCO COLLAGEN
RM95.00 (Harga Asal RM99.80)


View Sini untuk buat tempahan 

Monday, July 4, 2011

Peluang Menjadi Agen Catalyst

Jana pendapatan dengan produk catalyst.


Ada sesiapa berminat nak jadi agen catalyst. Saya mengalu-alukan kesudian anda menjadi agent produk Catalyst, dengan hanya bermodalkan serendah RM150! Anda kini akan boleh bergelar usahawan catalyst. Dengan pembelian produk Catalyst minimum RM150 dalam 1 resit, pembelian anda automatik mengikut harga agent!. Lagi info tentang product view sini.


Pertanyaan untuk menjadi agen catalyst:
1. Emailkan kepada hanidura@yahoo.com
2. SUBJECT : BERMINAT MENJADI AGEN PRODUK CATALYST
3. Saya akan memberi maklumbalas kepada anda dalam tempoh 24 jam.