Pages

Thursday, March 31, 2011

SENYUM :D

Rasa mcm lambat sgt masa bergerak arini... mengantuk pun ada... Untuk kurangkan ngantuk layan lagu ni dulu:


SENYUM - MALIQUE & NAJWA - untuk download klik sini

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa


Senyum
Tak perlu kata apa-apa


Senyum
Tak perlu kata apa-apa


Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka



Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana



Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse

Senyum :)

p/s : pernah sekali tu aku senyum pada org yg tak dikenali... konon-kononnya nak tunjukkan yg kita ni berbudi la kononnya. tp free je kena ayat ni - "gila ke org ni, senyum sorang2".. huh... ^-^ terus muka jd kelat (sila buat muka kelat yer... tanda memahami situasi aku masa tu... ). BTW enjoy this song.


Wednesday, March 30, 2011

MENU MINUM PETANG

Minum petang untuk En Hubby sebelum pegi kelas.

v
v
v
v

Nudget ayam tempura

v
v
v
v

+  kopi panas


v
v
v
v

OK la yer....
untuk lapik perut je... nama pun minum petang kan...
Simple-simple dah la...



Tuesday, March 29, 2011

PETANDA BAIK OR BURUK

Mata berkedip-kedip sebelah kiri.

Hu hu hu... 
Apakah petandanya. Bukan nak percaya benda yang karut-marut ni

tapi

Semalam ada terbaca satu entry dari blog kalamhati.

 "Kalau kelopak kiri yang bergerak, tandanya ada perkara yang tak baik akan berlaku.
Sejauhmana betulnya tak tau la..Tapi kalau ikut pengalaman diriku sendiri..Pernah juga berlaku kebenarannya..Pernah sekali tu kelopak mata kiri ni duk bergerak dalam seminggu gak la..Minggu lepas tu, keretaku kena langgar..huhu"

(full entry boleh baca kat blog kalamhati yer... click at the underline word of kalam hati)



Ya Allah... mohon elakkan perkara-perkara yang tidak diingini...
Amin...


p/s: kita hanya boleh sekadar berdoa. Segala ketentuan adalah datang darinya.


Monday, March 28, 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!


p/s: this article i get from my email. Copy and paste kat sini untuk renungan bersama.
Asas 5 jari

Jari telunjuk :
usus
Jari tengah :
Jantung
Jari Manis :
Imuniti
Jari kelingking :
Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...
ITULAH SAHAJA YANG SAYA PELAJARI MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK
TANGAN
....wallahu`alam
....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~
MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA
....:-)~

PETUA MENAIKKAN BERAT BADAN


1.      Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2.      Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.      Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.      Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi. Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5.      Bersenam secara teratur. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.

6.      Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

***Petua ni telah diberikan oleh my ofismate, disebabkan oleh saiz badan aku yg terlalu ______. Tak nak la ckp, korang isi la sendiri yer colum tu. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah yg sama, boleh la follow petua ni yer.****
Exora Free Test Drive. Click Here

p/s: berat badan aku dah naik 4kg, hua hua hua... seronok gila. Petua yg kat atas tu aku tak amalkan lagi. Nak tambah lagi sikit jer... tak nak byk2 takut tak larat nak bawa bdn lak nanti.

Friday, March 25, 2011

Training Programming - Day 3

Erm... continue lg training untuk hari yang ke-3. Apa yang menariknyer arini adalah:

1. belajar tentang back end proses
2. belajar untuk create backup file
3.  programming language: - VB, Php, Perl, Javascript

 
Review ckit tentang training ni. Actually training ni adalah ToT (Transfer of Technology) untuk sistem yang telah di develop oleh pihak vendor. Knowledge dari ToT ni akan digunakan bagi membuat pindaan keatas program sekiranya terdapat perubahan pada masa-masa akan dtg.
v
v
v
v
Awal pagi belum start training, layan online paper dulu.

v
v
v
v

Utusan : Gempa bumi di mynmar... takutnya. Ya... Allah kau ellakkan lah kami dari segala malapetaka. Amin


v
v
v
v

Dah nak start kelas. Fokus-fokus. 2 org kat belakang tu cikgu kami.


v
v
v
v

Baru start kelas aku dah fenin. Mcmana ni...

My face bila dah blur... always blur...
 v
v
v
v

Jom tgk apa yang ada atas meja aku...

Macam-macam ada.
Fisherman friend pun ada. Back up - untuk batuk. Nanti marah member kelas lain. asyik batuk jer...
Ganggu kosentrasi je kan.

p/s: Batuk tak hilang-hilang. Sapa ada petua untuk hilangkan batuk....
Tolong.... tak sanggup nak batuk lagi. tak selesa

 
 
please here:




Thursday, March 24, 2011

Training Programming - Day 2

Arini continue training lagi.

Rentetan cerita training arini: Day 2

v
v
v
v
khusyuk dengar ceramah dari cikgu
 (buat-buat khusyuk je ni...)

v
v
v
v



 Salin note....
Supaya boleh digunakan pada masa akan datang.
takut-takut nanti, balik je kursus dah lupa
kuang... kuang...kuang
v
v
v
v

Review balik note yang ditulis tadi... Paham ke tak... paham ke tak...?

Jawapannya tak....
Ops... marah cikgu nanti... berbuih mulut terangkan... still tak paham...
kalau ada 10 anak murid macam ni... pengsan cikgu dibueknyor...

muka nampak pucat ckit... sbb xmake up... lately ni... sgt2 malas nak make up
entah la kenapa...
v
v
v
v

Pic kat bawah ni special... cuba tgk perbezaan antara 2 karipap tu.
Apa yang anda nampak.


Satu kecik, satu lagi besar...
perasan tak...

moralnya... walaupun adunan sama tapi still tak serupa...
apa yang aku cuba nak terangkan ni...
entah... buat-buat la paham yer...

Ok da.. da...
nak continue training ni...


Opera Mini-fy your phone today!

Wednesday, March 23, 2011

Pilihanraya Sarawak 16 April 2011

Aku tak de lah berminat sangat untuk cerita pasal pilihanraya @ politik ni. Setiapkali ada ADUN meninggal or kerusi DUN diishtiharkan kosong je... aku akan rasa sedih coz.... bila kerusi DUN kosong maka akan adanya pilihanraya. 


Mesti korang tertanya-tanya kan, kenapa pulak sedih. Sebabnyer bila menjelang pilihanraya,  i'll be alone (sila baca dlm mood sedih).


My Hubby bz untuk preparation pilihanraya.... Awal bulan 4 ni, aku sorang lagi... 1 minggu tu... hua... hua... Hubby gi Sarawak.... nak ikut tapi tak boleh...

Result SPM kuar arini...

Hak... hak... hak... Tetiba lak ketawa pada permulaan entry ni... tak pernah dibuat org. Buang tabiat ke.  Tak lah.. Simple je jawapan aku kan... Masih lagi dalam tahap waras. Actually sekarang ni aku dlm training. Programming... huh... aku lemah sikit bab programming ni. Dah berhabuk pun... skill programming dah lama terkubur, sbb dah lama tak dipraktikkan(cewah... mcm la hebat sgt level programming aku... wuek.. tetiba rasa nak muntah). Tak paham sgt la. to much statement and condition. tipu la kalau kata tak paham langsung kan, cuma otak aku dah ting tong bila dah byk sgt input yang masuk sebab tak de handout so aku pun hang out la. so untuk betulkan otak aku yang tgh berting tong ni, layan la blog dulu... Jgn marah yer cikgu..  


Back to my post title for this entry.  
Apa la cite anak buah aku kat kg tu yer. Hopefully result SPM dia OK lah. Apa kaitan programming dengan result SPM yg kuar arini. 


Citer pasal SPM ni... secara jujurnyer aku ckp... result SPM aku teruk giler.. bukan setakat teruk giler... memang cukup teruk-teruk giler... tak nak cakap ah... bape result aku yer... malu... hua hua hua hua... (o.. sekarang baru tahu malu... masa dolu-dolu mak suruh blajar tak nak...) Masa PMR ok lagi... bila masuk form 4... masyaAllah.. mula la perangai yg bukan-bukan.. Jujur aku ckp pengaruh dari kwn memang faktor utama untuk kita berjaya atau kecundang.


Coz what.. masa form 4 dan form 5, aku sgt2 aktif dengan 'band' dlm istilah lain 'pancaragam sekolah'. Banyak undangan yg kitaorg terima, tambahan pada awal-awal tahun. Semua sekolah sibuk mengadakan aktiviti tahunan iaitu sukan sekolah... kebanyakkan sekolah yg tak de team band, mesti jemput team kitaorg... so byk kelas yg aku tak attend + fokus untuk band tournament peringkat daerah bagi melayakkan untuk bertanding diperingkat negeri, byk memerlukan latihan. Our aim, masa tu untuk berada pada 1st place bagi daerah kuala muda. Percaya atau tidak aku adalah diposisi pemain trumpet in level 1 (riaknyer... udah udah le tu cik siti oi.... ops.... puan siti... bila dah cerita bab sekolah ni.. tetiba terlupa status sendiri).


Berbekalkan result SPM aku yg sgt2 teruk itu, tidak melayakkan aku untuk mengisi mana-mana bangku IPTA. Hua.... Hua... sedih beb... hanya tuhan saje yg tahu. Tapi salah aku jugak... tak sungguh-sungguh masa blajar dulu.


Disebabkan aku anak bongsu, aku beruntung coz mak dan bapak yg support aku blajar sebelum loan dari PTPTN approve. Tinggi betul pengorbanan ibu dan ayah kan. Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kondisi my mum sekarang ni tak berapa baik... sedih... aritu dpt balik tgk pun sekejap je.. kepada kwn2 yg masih belum membuat bayaran balik pinjaman PTPTN - segerakan lah buat bayaran balik yer - sebelum nama anda disenarai hitamkan. 


Aku bermula diperingkat sijil. Masa diperingkat sijil aku berkawan baik dengan seorg kakak yg "ulat buku". Aku panggil kakak ni Kak G - nama penuhnyer Fauziaton Roziana(Rindu dekat kak G). Disebabkan kakak ni "ulat buku"... so aku pun follow cara dia. That why aku ckp pengaruh dari kwn sgt2 memberi impak yg sgt2 besar. Samaada untuk kebaikkan ataupun untuk keburukkan. Tapi ianya bergantung juga kepada diri anda sendiri. 


Tapi Kak G berhenti setakat sijil saja. Aku continue study sehingga aku berjaya mendukung diploma in IT dan akhirnya melayakkan aku menjawat jawatan sekarang ni.


Apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah.... kepada adik-adik diluar sana walaupun result SPM korang tak berapa baik.... jgn putus asa untuk sambung belajar diperingkat yang lebih tinggi. Sekarangkan dah byk IPTS-IPTS yang korang boleh masuk. Jgn sia-siakan masa muda anda. Belajar selagi ada peluang. 





Friday, March 18, 2011

Join HeartBeat Sekarang

Kepada semua terman-teman blogger, kat sini aku nak kongsikan serba ckit tentang HeartBeat. Cuba korang tengok screenshot kat bawah ni.


Screenshot ni aku ambik dari blog suzie284.com.

Erm.... RM428.16. Nak tahu cam mana cara nak dapat duit tu... Jom follow me in heartbeat sekarang. 

First klik kat sini : http://heartbeat.my?rid=13716

atau
klik kat banner seperti di bawah.




Kat sini aku sertakan tutorial untuk signup with heartbeat. Follow je step kat bawah ni yer...

1. View website ni heartbeat

2. Klik pada icon heartbeat seperti gambar dibawah:



3. klik create account


4. Isikan maklumat tentang seperti yang diminta. Refer gambar dibawah



5. Seterusnya masukkan Password Email Address dan klik I agree HeartBeat's Terms of service seterusnya klik continue



6. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah




7. Klik pada online application.




8. Masukkan maklumat berkaitan seperti yang dipohon beserta juga URL blog anda dan pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...


then klik continue



9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat




10. Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)




11. Copy Code seperti yang dalam bulatan merah. Terdapat 4 jenis code untuk iklan Heartbeat seperti dalam kotak merah diatas. Boleh pilih kod yang mana anda nak. Code adalah unik dan tidak sama dengan setiap member heartbeat yang lain.




dan paste pada blog anda di tab design dan Add a gadget seperti rajah dibawah.



12. Dan paste pada ruangan HTML dan save.


Sesuaikan kedudukan gadget ikut kesukaan anda.

Selamat mencuba dan selamat menambah pendapatan masing-masing disamping pendapatan sedia ada.

Monday, March 7, 2011

Digi Promotion

Lets check :
Digi Bonus Promotion

Heels vs Flat shoe

Tahukah anda? Pemakaian kasut tumit tinggi dan bertumit mendatar, dalam erti kata lain 'flat shoe' kedua-duanya mengundang bahaya.

Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian kasut bertumit tinggi @ heels sudah ternyata mengundang bahaya kerana posture badan kita berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Ianya akan memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita, leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit, boleh menyebabkan pening kepala dan gangguan haid. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pemakaian 'flat shoe' juga mengundang bahaya. Cuba tengok gambarajah kat bawah.



Mike O'Neil, seorang konsultan bedah pediatric menyatakan bahawa pemakaian flat shoes mahupun high heels dalam waktu lebih dari 6 bulan terus menerus mempunyai risiko terhadap kesihatan.
'Flat shoe' mengudang bahaya?... kenapa yer?...

Tidak dinafikan pemakaian 'flat shoe'  membuatkan si pemakai berasa lebih selesa namun  menurut kajian telah dibuat dan didapati pemakaian 'flat shoe' akan menyebabkan si pemakai sakit pada kaki, bengkak pada jempol kaki, peradangan pada kaki, dan sakit di tulang punggung belakang dan radang sendi (arthritis).

Ketinggian kasut yang sesuai bagi seseorg wanita itu adalah pada ketinggian 2.5 cm atau 1 inci sahaja bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan anda.

Tidak dinafikan, pemakaian heels menampak seseorg itu lebih berkeyakinan.

Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan : Jom lihat:-


1. Memakai high heels dan flat shoe secara berselang-seli bagi mengurangkan bebanan pada kaki.
2. Menjaga berat badan ideal. Tujuannya, agar mengurangi beban berat bagi telapak kaki.
3. Lakukan kaedah seperti merendam kaki dengan air suam pada kaki setelah penat dengan rutin yang agak padat sepanjang hari.

Wednesday, March 2, 2011

Lunch @hassan's cafe cyberjaya

Planning reramai dgn member2 ofis nak g makan nasi buhara kat cyber. Last2 yang dpt join 4 org je... termasuk lah aku.... Yg lain semua BZ....

On the way ke cyber sempat snap gambor...

Nasi buhara ayam yang masih panas. Buhara kambing pun ada, tp.... kambing bkn pilihan aku... Ayam dia tertanam kat dalam nasi tu yer... tu yang nampak menggunung je nasi tu... ala-ala nasi beriani la jugak...

Sebab nasi dia terlalu byk.... aku dah standby polisterin wat tapau untuk alisha.


Opsssssssss.... jgn lupa air barbikan. Rasanyer masa order tadi minta barbikan raspberry, kenapa bila minuman sampai barbikan strawberry... Argh... tak pe lah... asal bunyi berry dah la.... perut dah lapar ni.... Jemput semua makan....

Licin pinggan :D, senyum lebar tanda kekenyangan. Syukur alhamdulillah

Balik ofis ada makan lagi..... wah rezeki-rezeki. Apa lagi.... Nyam.... nyam..... la.... Rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari... wau peribahasa... baik punya...

Bos belikan pizza for birthday gurl.... Hepi birthday sha.... hua... hua...dah tua...

posing.... posing sambil makan....

Hari yang memenatkan

Dah lama tak naik pengangkutan awam. Bila dah naik ni, agak ciwi ckit la yer...  Entry kali ni nak story ckit pasal komuter. Actually cite ni dah lama. Hari Sabtu - 15 Jan 2011 aritu, aku kena standby kat opis, sebab ditugaskan untuk monitor penghantaran data kenderaan import untuk tujuan pendaftaran kenderaan. Pagi datang ofis husband hantar, time balik kononnya tak nak ngusahkan husband. Boleh balik sendiri, ceh nak berdikari la kononnyer.

tiket untuk org dewasa yer bukan kanak-kanak, walaupun saiz badan agak tebantut.
Untuk keselamatan, sila berdiri dibelakang garisan kuning.
Mana train ni... dah penat menunggu.. perut pun dah bekeroncong.
Lenguh dah kaki teman dibuatnyer ni...(gaya bahasa - tersampuk dengan cite hantu kak limah balik kg... eh..eh salah... Hantu kak limah balik rumah la.. )
Umhhhhh... dah kul 4pm, train delay... wa..wa.. wa. Nak nangis. Perut pun minta diisi
Akhirnya.. Penantian satu penyiksaan.

Dapat gak naik train. Tapi kena berdiri, orang ramai. Nak naik coach untuk wanita, tp pintu tak buka... Train bau hangit, Nape ni...
Train rosak, terpaksa tunggu lagi... Kul bape nak balik ni...



Terpaksa tunggu 1/2 jam lagi untuk naik train lain. Hu hu hu... turun stesen Batang Benar. Ambik teksi balik rumah. Driver teksi pau RM10 walaupun jarak stesen komuter ke rumah hanya 5 minit. Teksi tak pakai meter. Wa... wa... sabor je la.... Betul-betul hari yang memenatkan.