Pages

Wednesday, February 23, 2011

play MiloFuzeJamPack. FUN!

Milo Fuze memperkenalkan super duper cute game "Jam Pack". Dan hadiah bernilai RM40,000 untuk dimenangi. Wau.... siapa yang bertuah tu ek.... Sesiapa yg kaki game boleh join game ni and grab la hadiah RM 40 000. Kalau menang kongsi la yer.... Lagi satu nak bagi tahu contest ni tamat pada 9 Mac 2011. So... cepat jgn terlambat, jom join sekarang.

Tuesday, February 22, 2011

Buah Ceri vs Buah Rokam

Masa breakfast pagi td (breakfast beramai-ramai> rutin harian kitaorg kat ofis>bila dapat friendly reminder dari bos>esoknyer>acara bfast secara berasingan bermula>lepas 2 hari keadaan kembali seperti asal>breakfast secara beramai-ramai.... He he he... kejap je buat baik... ni namanya tak makan saman... hua hua hua). Ok lah.... selingan je tu. Continue balik cite td yer.

Ofis mate aku ada bawak buah ceri. Tp buah ceri ni sedikit masam (masam?>saya suka). Aku pun tak tahu jenis apa ceri ni. Setelah menyoal pak cik google aku terjumpa blog erieq blog yg ada menceritakan tentang buah ceri ni. Rupa-rupanya nama buah ni adalah ceri barbados. O.... baru aku tahu.

Pokok ceri Barbados juga dipanggil sebagai Malpighia emarginata, Acerola, West India Indian Cherry dan Wild Crapemyrtle. Sumber ni aku perolehi dari blog erieq blog. So kalau korang semua nak tahu lebih lanjut boleh view blog erieq yer.
 
sumber dari : http://erieq.blogspot.com/2010/04/makan-buah-unik-pulak.html
Erm.... apa kaitan buah rokam dan buah ceri dalam entry kali ni ek.... kalau korang nak tahu.... pg tadi aku ada tersebut buah ceri ni mcm buah rokam.. Buah rokam??? Toing.. toing. Pernah tak korang dengar nama buah rokam. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar, kat sini aku sisipkan sedikit info berkenaan buah rokam ni.

Rokam dikenali juga dengan nama flacourtia inermis. Buah rokam ni termasuk dalam kategori buahan nadir Malaysia kerana pokok ni dah jarang ditemui. Aku sempat lagi la tengok pokok ni, sebab kakak aku ada tanam pokok ni kat umah dia. Buah rokam ni juga boleh buat jeruk. Buah rokam ni sama macam buah ceri tadi, warna hijau samasa muda, bila dah masak akan berubah warna menjadi warna merah.  Cuma rupa bentuknya lain sikit.  Kat bawah ni aku ada masukkan sikit gambar buah rokam ni. So.... enjoy...(mcm tgk movie plak.... hua hua hua).

image from google
image from google
buah rokam yang dah dibuat jeruk. image from google

Wednesday, February 9, 2011

Pilih berus gigi


Tengah servey berus gigi untuk alisha. Semalam pergi check-up alisha untuk 1 tahun 6 bulan. Nurse check gigi. Nurse cakap klu gigi susu tak jaga nanti cepat rosak, dalam masa setahun je dah boleh rosak. Tinggal tunggul jer.... and boleh jadi bengkak gusi... bila dah bengkak gusi lagi susah nak jaga....

Wau .... takutnyer dengar kan... Tapi seingat-ingat aku masa aku kecik dulu xde pun kan.. Gigi OK jer....

Tapi apa-apa pun mencegah lebih baik dari merawatkan....

Perlawanan persahabatan Malaysia dan Hong Kong

Sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong malam ini.


Malaysia pernah tewas 1-3 dengan Hong Kong pada tahun 2004. Hopefully Malaysia boleh buktikan ketangkasan dan kehebatan pasukan kebangsaaan pada perlawanan kali ini selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Dan harap sangat Malaysia dapat menjuarai perlawanan ini. Doakan yang terbaik untuk pasukan Malaysia.


Antara pemain kebangsaan - image from google

p/s: Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Azmi Muslim, Izzaq Faris Ramlan dan Amar Rohidan tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecedaraan. 

kalau Malaysia menang, boleh dapat cuti tak..... Hua hua hua


*****************update on 10 Feb 2011***********************************

Tahniah diucapkan kepada pasukan kebangsaan kerana telah berjaya menewaskan Hong Kong dengan jaringan 2 berbalas 0.

Tuesday, February 8, 2011

Perasaan Yang .................

Dah lama tak der entry baru kat blog ni kan. Memandangkan lately ni x sempat sgt nak update blog coz..... byk benda yg terpaksa diutamakan dulu.

Arghhhh.... tensionnya bila jd urusetia ni kan.  Nak buat mcmmana, namanya tugaskan.... so terpaksa la aku pikul. Tapi aku still boleh control, x lah sampai ke tahap ini yer....

image from google
Tapi disamping kekalutan aku dalam urusan keje, aku juga nak kongsi 1 cite yg dah lama aku nanti2kan saat ini. Tanggal 27 Januari 2011, our little princess dah boleh berjalan...... Hepi sangat. Akhirnya.... pada usia alisha yg menginjak ke 1 tahun 6 bulan, alisha dah boleh berjalan. Huh... kini aku akui.... yg penantian itu betul-betul satu penyiksaan... Namun ianya membawa kebahagiaan. At least bila check up 8 Februari ni ada la progress alisha. Coz sblm ni, check up masa umur alisha 1 tahun 5 bulan, nurse tanya.... tp time ni alisha tak boleh jalan lagi.

Tahun baru cina baru-baru ni, kitaorg balik kg my hubby. On the way balik dari kampung ke nilai, jalan tersangat-sangatlah jem sehinggakan habis lenguh kaki dan tangan aku. Nasib baik time tu, alisha dalam mood "zzzzzzzzzz". Sepangjang kitaorg menempuh jem yg ntah berapa jam lamanyer tu, alisha still tido. Bagusssss... anak mama.

Tapi mood aku hari ni still x OK coz, suatu peristiwa telah terjadi smlm. Something happen between me and MIL.  Tak boleh nak kongsi kat sini coz it's to privacy. Kalau dipikirkan balik benda ni biasa je, tapi hati kecil aku sedikit tersentuh... Tapi apa yg pasti, husband still backing aku.