Pages

Tuesday, December 13, 2011

Bayaran Balik PTPTN - UJRAH

Sebelum ni agak confuse dengan bayaran balik pinjaman PTPTN selepas permohonan UJRAH dibuat tapi tadi dah clear sikit lepas call hot line PTPTN.

Last Friday aku dah dapat mesej daripada PTPTN.INFO yang menyatakan permohonan aku telah berjaya, sila layari laman web www.ptptn.gov.my  untuk semakan secara online. Baru tadi aku sempat semak online. Bila tengok dekat baki penyata tu macam confuse berapa yang aku perlu banyak bulan-bulan ni..? Tak de pulak dah tulis kat situ. 

Tengahari tadi call hot line PTPTN 03-2080 4455 untuk semak amount sebenarnya. Dan info yang aku dapat aku post kat sini untuk rujukan semua.

Soalan 1?
Saya telah membuat permohonan UJRAH dan telah berjaya.  Berapakah amount bulanan yang perlu saya bayar?

Jawapan:
Bayaran balik pinjaman ada tertera pada Perjanjian Permohonan UJRAH masa mula-mula kita dapat tahu status Permohonan UJRAH kita dah berjaya.  PTPTN akan menghantar  emel dan SMS beserta password untuk login bagi membolehkan kita cetak Dokumen Perjanjian. Dokemen yang siap diisi perlu dikembalikan kepada kaunter PTPTN.

jumlah bulanan yang perlu dibayar RM112.56 tertera dalam perjanjian pinjaman UJRAH

Soalan 2?
Sebelum ini saya telah melakukan bayaran balik pinjaman, bagaimanakah dengan jumlah bayaran yang telah saya bayar sebelum ini, bukankah PTPTN akan menolak bayaran balik pinjaman yang telah saya buat.

Jawapan :
Bayaran perlu dibuat berdasarkan amount pada Perjanjian Permohonan UJRAH (perjanjian yang dihantar ke kaunter PTPTN yang dicetak daripada laman web PTPTN). Baki pinjaman boleh dilihat menerusi laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/gateway/ . Laman seperti dibawah akan dipaparkan. Masukkan IC dan Password.

semak baki pinjaman

Berdasarkan surat perjanjian UJRAH  aku kena buat bayaran sebanyak RM112.56 sen untuk tempoh 120 bulan. Tapi masa aku call PTPTN, pegawai tu cakap.. aku kena bayar ikut amount dalam perjanjian UJRAH tu… means kat sini aku kena bayar RM112.56 sen lah.. Dan aku kena semak baki pinjaman aku sekarang berapa amount? Bila aku semak dalam penyata bayaran balik PTPTN aku, baki pinjaman aku dalam Rm10 000.00+++ Setiap kali bayaran dibuat akan dicatat dalam penyata bayaran balik pinjaman dan baki pinjaman akan berkurangan. Bayaran balik hanya dibuat berdasarkan BAKI PINJAMAN KITA. Jadi tempoh masa 120 BULAN tu akan berkurangan sebab bayaran balik pinjaman ni based on baki pinjaman kita. Pengiraan yang dibuat dalam Perjanjian UJRAH itu adalah berdasarkan JUMLAH PINJAMAN YANG KITA MOHON MASA KITA BELAJAR DULU. Tak semestinya tempoh masa tu akan tetap 120 Bulan.. sebab sebelum ni aku dah pernah buat bayaran. Aku rasa lenih kurang macam ni kot pengiraan dia:

Baki Pinjaman Aku sekarang = RM10 000
Amount bulanan yang perlu aku bayar, ikut surat perjanjian = RM112.56

Jadi :-
10 000 (baki pinjaman) / 112.56 (amount bulanan) = 88.84 (bulan - genapkan jadi 89 bulan)
89 bulan / 12 bulan (setahun) = 7.4 tahun (jadi lebih kurang 7 tahun lebih la - tak semestinya 10 tahun @ 120 bulan)


(p/s: betul ke tak pengiraan aku nih... rasanya macam ni la kot... huhuuhu)

Pegawai tu cakap juga masa last kita nak buat bayaran balik kita perlu isi dan hantar BORANG PENGESAHAN BAKI INDIVIDU SECARA ONLINE  dan faks kan kepada UNIT LEJAR PTPTN. Unit Lejar PTPTN akan membuat pengiraan semula semua Jumlah bayaran balik pinjaman yang telah kita buat dan akan maklumkan kepada kita amount terakhir yang perlu dibuat(***perlu ingat ni takut lupa*** sebab tempoh masa nak habis bayar ni panjang lagi)

Sekiranya bayaran yang kita buat adalah lebih daripada yang sepatutnya kita perlu buat surat rasmi memohon pulangan balik bayaran yang telah dibuat dan lampirkan bersama salinan buku bank untuk proses pemulangan bayaran balik daripada PTPTN(***untuk part ni kena kena selalu alert***, walaupun 10sen duit jugak tu.. huhuhu)

p/s: hopefully this info akan membantu sesiapa yang masih kabur tentang bayaran balik pinjaman selepas permohonan UJRAH berjaya dibuat. Info ini adalah berdasarkan perbualan aku dan pegawai PTPTN sahaja. Sebarang permasalahan dan kemusykilan yang wujud/timbul sila kemukakan terus ke PTPTN di talian 03-2080 4455

17 comments:

  1. pening jugak kan urus ptptn nieyh -.-'

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..urusan UJRAH dah selesai....nk tggu feedback dr PTPTN jer

    ReplyDelete
  3. nak tanya, tau tak yg selum ni kalau skip byran bulanan kita dikenakan faedah. Sistem ujrah mcm mna? masih dikenakan faedah jga ke klau miss bulanan?

    ReplyDelete
  4. shiema sufian : tu la... pening jugak tu sebab tak berapa clear sangat mcm mana pengiraan dia.
    Tentang Kita : lepas ni tunggu SMS @ emel dari PTPTN je la
    Ajieda Ajis : Kalau dah convert ke UJRAH, kita still kena faedah kalau skip bayar, tapi kadar faedah dah kurang daripada 3% kepada 1%. Ada juga yang buat potongan gaji terus... tapi macam saya, saya buat bayaran bulanan sendiri tanpa tolak daripada gaji...

    ReplyDelete
  5. sy xpinjam ptptn tp baru... emmm hubby sy ptptn.. kiranya bagus jugaklah info awk ni... utk pengetahuan sy n leh gtau hubby :-)

    ReplyDelete
  6. marina pon dah settle dah cumer tgu deme potong je...tak potong2 pon lagi...

    ReplyDelete
  7. Marina : Ada follow up dgn PTPTN tak?.. Member saya kat ofis ada jugak buat potongan gaji.. belum potong lagi... tapi dia selalu follow up dgn PTPTN.. katanya surat akan dihantar ke jabatan dan LHDN untuk proses potongan gaji..

    ReplyDelete
  8. nasib baik zie nyer dh hbis...hehehe

    ReplyDelete
  9. Hi Khaiza,

    Boleh tak nak tahu. kalau buat bayaran manual tu sama jugak ke macam kita bayar mll maybank2u atau FPX? Dan bahagian password, adakah akan di provide kan terlebih dahulu?? atau menggunakan no pinjaman kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sYa.sYi.sYa :

      kalau buat bayaran sendiri secara bank in atau guna maybank2u pada boleh dikira sebagai bayaran secara manual.. kalau nak potong gaji pun boleh..

      password kalau tengok pada pic kat atas yang saya masukkan tu adalah password selepas permohonan ujrah diperolehi dan password tu akan diprovide oleh PTPTN..

      **apa yang saya share ini adalah dari pengalaman saya, tiada kaitan dengan mana-mana pihak**

      Delete
  10. nak tanya la, kalo saya bayar online melalui maybank2u or bank lain, kat bahagian offer letter no. tu nak letak yang mana ek, no.surat tawaran yang lama atau no.surat tawaran ujrah tu ye..disebabkan masalah ni, saya asyik pending je nak bayo ptptn ni..harap awk dapat tolong. thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wanie_ibr : utk soalan ni, saya dah call PTPTN dan pegawai PTPTN maklumkan tak kisah nak guna no of offer letter yang mana.. lama boleh yang baru pun boleh.. sebab rekod kita dah ada kat diorang..

      hope this info blh bantu wanie ea.

      Delete
    2. hai khaiza..thanks so much for your help. i really appreciate it.. nk call ptptn, tp kne tggu turn lame kn..hehe..thanks sangat tau.

      Delete
  11. hye khaiza..really good post..by the way, nk tanye sikit la..kalo kita buat bayaran melalui online banking, kat bahagian offer letter no. tu nak letak yang mana ek? amik dari surat tawaran ptptn yang lama atau no surat tawaran ujrah? harap awk dapat membantu..thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear.. utk jawapan soalan ni ada kat atas ea..

      Delete
  12. Assalamualaikum. Kalau untuk pinjaman ujrah, pembayaran secara potogan gaji wajib ka. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumslm.. masa sy apply ujrah pembayaran secara potongan gaji x wajib. Kita boleh pilih nk bayar sendiri or nk potong gaji..

      Delete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: