Pages

Friday, November 11, 2011

Marimo - Lumut berbentuk bola

Marimo? Pernah tak korang dengar spesis ni? Aku pun baru tahu tentang spesis ni semalam, bila member aku kat ofis ni telah membeli satu spesis tumbuhan alga hijau bernama Marimo. Jom view sikit rupa marimo ni yer...

Inilah rupa marimo nih... berbentuk bulat macam bola
Semalam masa aku dapat tahu pasal marimo ni, aku pun macam blur, apakah spesis ni? And hari ni pagi-pagi lagi aku dah buat searching pasal ni. Dan hasil daripada searching tu aku rumuskan kat sini, untuk info. Jom kenali apa itu marimo?

Marimo atau dikenali juga sebagai Cladophora ball, Lake ball, atau Moss Balls. Marimo ini adalah spesis alga bewarna hijau (Chlorophyta) yang ditemui dalam beberapa tasik di hemisfera utara. 

Marimo adalah satu bentuk  tumbuhan yang berkembang menjadi bentuk bola hijau dan rupanya seakan baldu. Marimo ini boleh ditemui di Iceland, Scotland, Jepun dan Estonia. Morimo ini akan membesar sebanyak 5mm dalam masa setahun. 

Bila berlakunya proses fotosintesis, lumut mariomo ini akan mengeluarkan banyak buih-buih halus(oksigen) dan kadangkala ianya akan membuatkan lumut marimo ini terapung. Tapi dalam keadaan biasa lumut marimo ini akan berada di dasar balang atau botol. 
ia akan mengeluarkan buih-buih kesil semasa proses fotosintesis

Ianya membiak secara replication. Penjagaan morimo ini tidak lah terlalu cerewet, airnya hanya perlu ditukar 2 minggu sekali dan membersihkan sedikit marimo ini setiap kali menukar air. Marimo hanya memerlukan air dan cahaya yang cukup untuk hidup. Kalau suhu air tu sejuk sikit, proses tumbesaran marimo ini akan cepat berlaku dan akan kelihatan seolah-olah bola besar bewarna hijau. Marimo ini akan mati sekiranya terkena direct sunlight dan suhu bilik lebih daripada 35 darjah celcius.

ianya boleh diletak didalam bekas/balang atau botol macam image dibawah. 

All this image from google:

Dan pic dibawah ni adalah marimo yang telah dibeli oleh member aku semalam.
marimo yang bulat-bulat warna hijau, dekat batu tu
pandangan dari sisi
Kat mana boleh beli marimo ni? Member aku beli marimo ni dekat web Groupon. Harga dia lebih kurang Rm40. Atau korang jugak boleh beli kat sini lelong. Just search marimo, nanti akan keluar banyak list macam ni...




8 comments:

  1. cutenyer marimo nie.... huuuuuuuuuu.... nak jugak la.. bleh kew??? heeeee

    ReplyDelete
  2. sy xpnh tahu pasal marimo ni.. tp cute je.. hahha

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,

    Cantiknya,ni kali pertama kak Ros tengok....

    ReplyDelete
  4. Salam siti.. faiz tag siti

    http://mylifemytreasure-noorfaizah.blogspot.com/2011/11/hati-yang-gembira-1st-years-anniversary.html

    ReplyDelete
  5. ooo.. kali pertama tengok ini ... comel pula.. =)

    ReplyDelete
  6. momoy baru je nak beli
    kat groupon mereka jual RM 19.80
    tapi ada sorang buyer dia kata marimo yang beli kat groupon tu fake.
    agaknya 1st batch sama dengan kawan u beli
    tgk ni dia punya msg sebelum pihak groupon delete:

    Vivienne Akw
    I would like to advise Groupon users to study the authenticity of the marimo balls before purchasing them (http://www.marimoballs.com/buying.htm) to avoid being cheated by unscrupulous sellers. I bought 4 marimo balls on promotion in October this year for RM48.00 (http://www.marimoballs.com/buying.htm) just to discover that the marimo balls peeled away, only then I found out that the plants were actually fake. Highlighted the matter to Groupon but have yet to receive a satisfactory answer. I am actually very much surprised that this item is again being advertised and sold here.

    link: http://groupondiscussions.my/deal/3289

    ReplyDelete
  7. Princess MOMOY : Gud info.. at least boleh share dengan blogger-blogger lain..

    ReplyDelete
  8. Just to share : Member saya memang beli dekat groupon. Dan marimo tu.. OK jer.. Hidup macam biasa. Sekarang nih.. marimo tu dah keluarkan buih-buih oksigen macam dalam pic kat atas.

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: