Pages

Tuesday, November 29, 2011

I-City Shah Alam

Cerita ini cerita lama, tapi baru nak story…. Sebenarnya banyak sangat cerita + pic yang nak share tapi semuanya cerita dah lama… huhuhu.. Hope korang tak kisah k, walaupun cerita dah basi….

Cerita ni masa raya haji aritu… Orang sibuk-sibuk horay-horay balik kampong raya haji, tapi kitaorang still kat Ibu Kota… bersyahdu mahdu disini.. mula-mula planning memang nak balik… tapi tak dapat atas banyak alasan.. yang susah nak diterangkan…

Tetiba malam Ahad(malam raya) tu, My En Hubby ajak keluar pergi jalan-jalan. Aku tanya nak kemana? My En Hubby cakap… kalau kita pergi i-city ok tak? 

Aku pulak….. hrmmmmmmmmmm…. Tak pe ke? Kang Alisha mengantuk lak… sebab siang tadi dia tak tido.. My En Hubby cakap… OK kot… try je la…
And…. Dengan gamble kitaorang pun redah jer… Dah la jalan pun tak tahu… Dan kelakarnya… bila dah sampai ke Shah Alam berpusing-pusing kitaorang cari jalan ke i-city. Satu papan tanda pun tak nampak arah ke i-city… 

Hahaha… rupanya kitaorang dah memang melencong jauh sangat dah… patut la tak nampak papan tanda ke i-city langsung… chaiiiittttt…

Rupa-rupanya i-city tu betul-betul dekat dengan JAKEL Shah Alam… O… sebelum terlupa… My Frez Cik Faiz cakap JAKELsekarang ada SALE… so kepada bakal-bakal pengantin, bakal-bakal bertunang boleh la menjenguk ke JAKEL… mana tahu ada yang terbekenan dihati… 

Back to the story….

Masa mula-mula sampai i-city.. mak aiiiiiiiiiii… ramainya orang…. Semua orang tak balik kampong ker? Bersusun keta, ditepi-tepi jalan… kitaorang pun malas nak pusing-pusing cari parking.. sebab keta terlalu banyak… sampai kitaorang pun, just park je tepi jalan. Follow keta-keta yang lain..
Bila sampai… tengok banyak-banyak lampu… Alisha macam tak teruja sangat… Tapi bila tengok permainan ala-ala roller coaster… mula la dia…. Tak nak duduk diam…
And last sebelum balik… baru kitaorang bawa Alisha naik roller coaster mini…

On the Way balik, dalam keta Alisha terus ‘zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz’

Jom layan pic kitaorang…
baru sampai
alisha dah teruja tengok  game ala-ala roller coaster
alisha dah besar, tak larat mama nak dukung
abah tolong galas beg mama. TQ honey :-P
Alisha macam takut jer..
peace... alisha nak pegang.. tapi tak berani
burung merak
beratur beli tiket
sambil tunggu giliran. Alisha dah teruja tengok geng-geng seangkatan main
tiba-tiba pusing tengok orang lai terus lariikkkkk
abah nampak kepala jer... dah sampai giliran nak naik
apa yang penting tali pinggang keselamatan....
betul kan rambut dulu. topi dah tanggal.....

bye-bye alisha
souvenir untuk alisha, sebabnya tak puas main game...

1 comment:

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: