Pages

Thursday, November 3, 2011

Ayu Raudhah Keguguran

Menimang cahaya mata memang menjadi satu perkara utama dalam alam rumah tangga, tapi kadang-kadang kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang tentukan.... Baru-baru ni Ayu Raudhah telah mengalami keguguran, kandungannya yang baru berusia 6 minggu. 


"Berikut yang dinyatakan oleh Ayu Raudhah kepada portal Gua:-
“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.
“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” - petikan dari Rindok.com

Mungkin belum rezeki untuk pasangan Ayu Raudhah menimang cahaya mata lagi. Teruskan usaha.... insyaAllah kalau rezeki tak kan kemana..

2 comments:

  1. kakti...
    kom join GA...
    tgh2 bos xdak nih...muahahahha....

    ReplyDelete
  2. kesian kan...suma owg nak anak dalam alam perkahwinan...

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: