Pages

Tuesday, October 18, 2011

Tungku Moden

Hi Semua... Hari ni nak bercerita tentang tungku.. OK bukan tungku yang batu tu ea.. tapi tungku moden..

Tungku Moden ni telah dihadiahkan oleh My En. Hubby atas sebab-sebab tertentu.. hahaha.. sebab yang si isterinya selalu merungut.. sakit belakang la, sakit tapak kaki la... nah.. ambik kau... sekali My En. Hubby bawak balik tungku ni.. Dia cakap, kalau ada masa tungku la..

Jom review sikit tentang tungku moden ni..
Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah
 
Ni la rupanya. Sebelum ni memang dah survey tapi harga dia mahal jugak la, tapi My En. Hubby beli dekat kawan dia hanya RM22 jer.. sekali dengan cover.


Just bukakan cover tu sikit dan charge


Charge dalam masa 5- 8 minit, nanti lampu merah tu akan terpadam sendiri... so bolehlah bertungku lepas tu... 
Ermmm... syioooook rasanya....panas-panas... bila dah lama sikit, dah suam-suam.. sesuai sgt la dgn suasana ofis aku ni, yang kadang-kadang rasa mcm duduk bertapa dalam peti sejuk.. hahahaha....

p/s : Thanks to My En. Hubby diatas keperihatinan anda... eceeeeewahhhh

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: