Pages

Sunday, July 24, 2011

Asal ada aaron aziz mesti nak tengok..

Lately, lepas je abis drama Nora Elena, asal ada aaron aziz berlakon jer mesti aku akan tgk... ha ha.. tu lak perempuan kan..


Actually bukan apa.. suka tengok lakonan dia.. sweet je.. This week aku apply cuti.. untuk rehat2, dan kebetulan plak alisha demam, batuk2, first time alisha batuk.. sebelum ni tak pernah lagi dia batuk.. sian pulak tengok dia, suara pun dah lain.


Biasa la.. bila dah cuti tak der apa nak buat.. aktiviti biasa layan TV la, kebetulan ada drama aaron aziz berlakon.. apalagi layan.. alisha pulak tengah layan tido.. khusyuk la aku tengok.. ha ha ha..


Tajuk drama "30 hari mengenal cinta". Gandingan hebat aaron aziz dan ratu cantik malaysia Erra Fazira.. hermmmm... sweet couple.. 


Kat sini aku cerita sikit, sinopsis drama... Aaron aziz (sorry i call his name directly coz i can't remember his nickname in that drama) adalah seorg yang panas baran, anak kepada isteri kedua ayahnya (lakonan Jalaludin Hassan).. Ibunya telah meninggal dunia. Misi utama beliau adalah untuk menjadi No 1 kerana dengan menjadi No 1 beliau akan diterima oleh keluarga isteri pertama ayahnya.. actually keluarga isteri pertama ayahnya tidak dapat menerima aaron kerana mereka berperasaan bahawa ibunya dan aaron telah merampas kebahagian keluarga mereka. Beliau sangat berusaha untuk menjadi no 1. Dalam syarikat, beliau telah menyenali Erra Fazira a.k.a Rita (erra nickname), character Rita dalam drama tersebut adalah seorang yang ceria dan merangkap sebagai secretary. 


Misi beliau dalam perniagaan adalah menerbitkan sebuah majalah dengan wajah baru, dan mendapat juala yang tinggi.. bagi melayakkan beliau menjadi no 1. Character aaron dengan staf2 beliau pun agak dingin. Selalu nak marah2... Namun Rita banyak merubah personaliti aaron.. dalam diam Rita menaruh perasaan pada aaron. 


Beliau telah berusaha dgn gigih untuk mendapat no 1 tetapi beliau tetap gagal. Akhirnya syarikat beliau ditutup. 


Berkat kegigihan yang telah ditunjukkan beliau akhirnya beliau tetap diterima oleh Keluarga isteri pertama ayahnya. Beliau akhirnya telah melamar Rita.. (masa dia melamar rita ni... sweet gile beb... rugi kalau tak tengok.. inilah dia penangan si aaron , blh jadi sasau beb).


TAMAT....... 


p/s: ayat2 dalam sinopsis kat atas tu adalah ayat aku sepenuhnya, kalau agak2 cam pelik jer bunyinyer... buat2 tak tahu je la yer.. biasa la penulis skrip x bertauliah.. ha ha.. Jgn lupa view khaizabeautyshop yer. 

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: