Pages

Thursday, June 23, 2011

Contohi Wardina Saffiyah

Erm... kenapa aku suka sgt gunakan perkataan erm.. dipermulaan entry ni.. erm.. (erm.. lagi). Ok... Itu tandanya aku tgh cari idea untuk mula menulis. Harini Encik hubby exam... aku lak yg risau lebih dari dia.. besa la perempuan memang selalu mcm tu.. hopefully en hubby boleh jawab exam arini. Sian dia, aku tgk... study sampai tgh malm tido pun tak bape cukup..

Ok... berbalik pada tajuk entry hari ni. Hari ni puasa lagi.. Time break ni jengah-jengah la blog member2 blogger dan rasa macam nak nangis bila baca entry ni... "Berbaloi Penat Lelah Ku By Wardina Safiyyah". Entry ni menceritakan bagaimana wardina mendidik anaknya Amna dalam mengerjakan solat 5 waktu bermula usia 7 tahun. Kepada semua pembaca yang nak baca detail entry ni boleh klik sini. Thanks to hayati kerana share cerita ni.

Just nak kongsi pengalaman aku disini. Aku pun pernah rasa terharu bila alisha yg ketika itu berusia 1 thn lebih dah boleh follow aku solat. En hubby sambung blajar(part time - kelas malam). So Malam yg tinggal hanya aku dan alisha. Sbb alisha masih kecik, aku akan sembahyangg diluar (bkn dlm bilik) bukan apa - cuma dan bg alisha nampak aku jer..  (kalau tak melalak tak ingat dunia la nanti bila tgk mama dia tak der..) Sambil tu alisha sibuk main. Tiap kali bila selesai solat.. aku akan minta dia salam dan cium pipi. Satu hari tu.. dia ambik sejadah, konon-kononnya buat mcm sembahyang la. Dan aku sgt2 terharu dan menitis airmata aku bila tgk perilaku dia seolah-olah betul-betul tgh sembhyg. Complete dari mula takbir, rukuk, sujud... sampai bg salam (kanan n kiri). Masa tu hanya tuhan je yg tahu perasaan aku. Sgt2 terharu sambil dalam hati berkata alhamdullilah... moga-moga ianya kekal sehingga alisha besar. 

Dan skrg aku selalu perdegarkan dia zikir. Dia pun ikut sekali zikir. Dan dah pandai ckp "la i la haillah... muhammadar rasullulah". Doa makan hanya boleh sampai "allahhuma......." jer.. berserta dgn amin. Selebihnya dia tak hafal lg. Tiap kali mkn dia akan angkat tgn dan doa.


p/s: Contohi wardina safiyyah - Ibu Terbaik..

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: