Pages

Wednesday, June 22, 2011

Antara blog yang kena hacked/digodam

Thanks to ciklaili kerana kongsi info ni. Boleh view sini untuk lihat rupa blog yang kena godam tu. Dan kat bawah ni ada list dari ciklaili antara blog blogger yang dah kena hacked pada 15 jun 2011 lalu.


Bagaimana kita nak elakkan diri dari digodam.
1. Gunakan password yang "strong", yang sukar diramal oleh penggodam. Antara tips yang kita boleh follow.
    - Password anda perlu mempunyai lebih daripada 8 alphabet (huruf)
    - Password anda perlu mempunyai gabungan simbol ($, @, *), Uppercase (huruf besar), Lowercase (huruf kecil) dan nombor.
    - Paling penting, jangan gunakan detail berkaitan diri anda sebagai password. Contoh nama, tarikh lahir, no tel dan lain-lain.

Contoh password yang boleh dijadikan contoh:
$yL@HIrPaD@TaHun2011. Jadikan password kita dalam 1 perkataan. Adakah orang akan menyangka kita akan menulis ayat sebagai password? Kemungkinan tidak dan ianya sukar diralam, dimana letaknya UPPERCASE atau lowercase, $ymB0L atau numBeR. Selalunya penggodam akan berjaya hacked bila password kita terlalu lemah.

2. Kekerapan menukar password
    - kadang-kadang, bukan taknak tulis password yang strong, cuma nanti takut nak log in dah lupa password. Maklumlah terlalu strong la katakan. Satu lagi tips yang boleh kita follow adalah dengan selalu menukar katalaluan kita. Kekerapan menukar password juga boleh mengelakkan kita dari di hacked. Selalunya motif hacker2 ni samaada nak kaut keuntungan atau sesaja suka-suka. So... sediakan payung sebelum hujan.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: