Pages

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM kuar arini...

Hak... hak... hak... Tetiba lak ketawa pada permulaan entry ni... tak pernah dibuat org. Buang tabiat ke.  Tak lah.. Simple je jawapan aku kan... Masih lagi dalam tahap waras. Actually sekarang ni aku dlm training. Programming... huh... aku lemah sikit bab programming ni. Dah berhabuk pun... skill programming dah lama terkubur, sbb dah lama tak dipraktikkan(cewah... mcm la hebat sgt level programming aku... wuek.. tetiba rasa nak muntah). Tak paham sgt la. to much statement and condition. tipu la kalau kata tak paham langsung kan, cuma otak aku dah ting tong bila dah byk sgt input yang masuk sebab tak de handout so aku pun hang out la. so untuk betulkan otak aku yang tgh berting tong ni, layan la blog dulu... Jgn marah yer cikgu..  


Back to my post title for this entry.  
Apa la cite anak buah aku kat kg tu yer. Hopefully result SPM dia OK lah. Apa kaitan programming dengan result SPM yg kuar arini. 


Citer pasal SPM ni... secara jujurnyer aku ckp... result SPM aku teruk giler.. bukan setakat teruk giler... memang cukup teruk-teruk giler... tak nak cakap ah... bape result aku yer... malu... hua hua hua hua... (o.. sekarang baru tahu malu... masa dolu-dolu mak suruh blajar tak nak...) Masa PMR ok lagi... bila masuk form 4... masyaAllah.. mula la perangai yg bukan-bukan.. Jujur aku ckp pengaruh dari kwn memang faktor utama untuk kita berjaya atau kecundang.


Coz what.. masa form 4 dan form 5, aku sgt2 aktif dengan 'band' dlm istilah lain 'pancaragam sekolah'. Banyak undangan yg kitaorg terima, tambahan pada awal-awal tahun. Semua sekolah sibuk mengadakan aktiviti tahunan iaitu sukan sekolah... kebanyakkan sekolah yg tak de team band, mesti jemput team kitaorg... so byk kelas yg aku tak attend + fokus untuk band tournament peringkat daerah bagi melayakkan untuk bertanding diperingkat negeri, byk memerlukan latihan. Our aim, masa tu untuk berada pada 1st place bagi daerah kuala muda. Percaya atau tidak aku adalah diposisi pemain trumpet in level 1 (riaknyer... udah udah le tu cik siti oi.... ops.... puan siti... bila dah cerita bab sekolah ni.. tetiba terlupa status sendiri).


Berbekalkan result SPM aku yg sgt2 teruk itu, tidak melayakkan aku untuk mengisi mana-mana bangku IPTA. Hua.... Hua... sedih beb... hanya tuhan saje yg tahu. Tapi salah aku jugak... tak sungguh-sungguh masa blajar dulu.


Disebabkan aku anak bongsu, aku beruntung coz mak dan bapak yg support aku blajar sebelum loan dari PTPTN approve. Tinggi betul pengorbanan ibu dan ayah kan. Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kondisi my mum sekarang ni tak berapa baik... sedih... aritu dpt balik tgk pun sekejap je.. kepada kwn2 yg masih belum membuat bayaran balik pinjaman PTPTN - segerakan lah buat bayaran balik yer - sebelum nama anda disenarai hitamkan. 


Aku bermula diperingkat sijil. Masa diperingkat sijil aku berkawan baik dengan seorg kakak yg "ulat buku". Aku panggil kakak ni Kak G - nama penuhnyer Fauziaton Roziana(Rindu dekat kak G). Disebabkan kakak ni "ulat buku"... so aku pun follow cara dia. That why aku ckp pengaruh dari kwn sgt2 memberi impak yg sgt2 besar. Samaada untuk kebaikkan ataupun untuk keburukkan. Tapi ianya bergantung juga kepada diri anda sendiri. 


Tapi Kak G berhenti setakat sijil saja. Aku continue study sehingga aku berjaya mendukung diploma in IT dan akhirnya melayakkan aku menjawat jawatan sekarang ni.


Apa yang aku nak kongsikan kat sini adalah.... kepada adik-adik diluar sana walaupun result SPM korang tak berapa baik.... jgn putus asa untuk sambung belajar diperingkat yang lebih tinggi. Sekarangkan dah byk IPTS-IPTS yang korang boleh masuk. Jgn sia-siakan masa muda anda. Belajar selagi ada peluang. 





1 comment:

  1. yeap betull me oso start wif sijil then smbung ke dip..nk smbung degree dh gatai nak kawin huhu..

    all da best utk adik2 smua =)

    psst..PTPTN dh settle daaa..siksa okeh ;p

    ReplyDelete

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: