Pages

Monday, March 28, 2011

PETUA MENAIKKAN BERAT BADAN


1.      Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2.      Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.      Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.      Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi. Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5.      Bersenam secara teratur. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.

6.      Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

***Petua ni telah diberikan oleh my ofismate, disebabkan oleh saiz badan aku yg terlalu ______. Tak nak la ckp, korang isi la sendiri yer colum tu. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah yg sama, boleh la follow petua ni yer.****
Exora Free Test Drive. Click Here

p/s: berat badan aku dah naik 4kg, hua hua hua... seronok gila. Petua yg kat atas tu aku tak amalkan lagi. Nak tambah lagi sikit jer... tak nak byk2 takut tak larat nak bawa bdn lak nanti.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: