Pages

Monday, March 7, 2011

Heels vs Flat shoe

Tahukah anda? Pemakaian kasut tumit tinggi dan bertumit mendatar, dalam erti kata lain 'flat shoe' kedua-duanya mengundang bahaya.

Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian kasut bertumit tinggi @ heels sudah ternyata mengundang bahaya kerana posture badan kita berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Ianya akan memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita, leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit, boleh menyebabkan pening kepala dan gangguan haid. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pemakaian 'flat shoe' juga mengundang bahaya. Cuba tengok gambarajah kat bawah.



Mike O'Neil, seorang konsultan bedah pediatric menyatakan bahawa pemakaian flat shoes mahupun high heels dalam waktu lebih dari 6 bulan terus menerus mempunyai risiko terhadap kesihatan.
'Flat shoe' mengudang bahaya?... kenapa yer?...

Tidak dinafikan pemakaian 'flat shoe'  membuatkan si pemakai berasa lebih selesa namun  menurut kajian telah dibuat dan didapati pemakaian 'flat shoe' akan menyebabkan si pemakai sakit pada kaki, bengkak pada jempol kaki, peradangan pada kaki, dan sakit di tulang punggung belakang dan radang sendi (arthritis).

Ketinggian kasut yang sesuai bagi seseorg wanita itu adalah pada ketinggian 2.5 cm atau 1 inci sahaja bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan anda.

Tidak dinafikan, pemakaian heels menampak seseorg itu lebih berkeyakinan.

Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan : Jom lihat:-


1. Memakai high heels dan flat shoe secara berselang-seli bagi mengurangkan bebanan pada kaki.
2. Menjaga berat badan ideal. Tujuannya, agar mengurangi beban berat bagi telapak kaki.
3. Lakukan kaedah seperti merendam kaki dengan air suam pada kaki setelah penat dengan rutin yang agak padat sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: