Pages

Wednesday, March 2, 2011

Hari yang memenatkan

Dah lama tak naik pengangkutan awam. Bila dah naik ni, agak ciwi ckit la yer...  Entry kali ni nak story ckit pasal komuter. Actually cite ni dah lama. Hari Sabtu - 15 Jan 2011 aritu, aku kena standby kat opis, sebab ditugaskan untuk monitor penghantaran data kenderaan import untuk tujuan pendaftaran kenderaan. Pagi datang ofis husband hantar, time balik kononnya tak nak ngusahkan husband. Boleh balik sendiri, ceh nak berdikari la kononnyer.

tiket untuk org dewasa yer bukan kanak-kanak, walaupun saiz badan agak tebantut.
Untuk keselamatan, sila berdiri dibelakang garisan kuning.
Mana train ni... dah penat menunggu.. perut pun dah bekeroncong.
Lenguh dah kaki teman dibuatnyer ni...(gaya bahasa - tersampuk dengan cite hantu kak limah balik kg... eh..eh salah... Hantu kak limah balik rumah la.. )
Umhhhhh... dah kul 4pm, train delay... wa..wa.. wa. Nak nangis. Perut pun minta diisi
Akhirnya.. Penantian satu penyiksaan.

Dapat gak naik train. Tapi kena berdiri, orang ramai. Nak naik coach untuk wanita, tp pintu tak buka... Train bau hangit, Nape ni...
Train rosak, terpaksa tunggu lagi... Kul bape nak balik ni...



Terpaksa tunggu 1/2 jam lagi untuk naik train lain. Hu hu hu... turun stesen Batang Benar. Ambik teksi balik rumah. Driver teksi pau RM10 walaupun jarak stesen komuter ke rumah hanya 5 minit. Teksi tak pakai meter. Wa... wa... sabor je la.... Betul-betul hari yang memenatkan.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: