Pages

Tuesday, February 22, 2011

Buah Ceri vs Buah Rokam

Masa breakfast pagi td (breakfast beramai-ramai> rutin harian kitaorg kat ofis>bila dapat friendly reminder dari bos>esoknyer>acara bfast secara berasingan bermula>lepas 2 hari keadaan kembali seperti asal>breakfast secara beramai-ramai.... He he he... kejap je buat baik... ni namanya tak makan saman... hua hua hua). Ok lah.... selingan je tu. Continue balik cite td yer.

Ofis mate aku ada bawak buah ceri. Tp buah ceri ni sedikit masam (masam?>saya suka). Aku pun tak tahu jenis apa ceri ni. Setelah menyoal pak cik google aku terjumpa blog erieq blog yg ada menceritakan tentang buah ceri ni. Rupa-rupanya nama buah ni adalah ceri barbados. O.... baru aku tahu.

Pokok ceri Barbados juga dipanggil sebagai Malpighia emarginata, Acerola, West India Indian Cherry dan Wild Crapemyrtle. Sumber ni aku perolehi dari blog erieq blog. So kalau korang semua nak tahu lebih lanjut boleh view blog erieq yer.
 
sumber dari : http://erieq.blogspot.com/2010/04/makan-buah-unik-pulak.html
Erm.... apa kaitan buah rokam dan buah ceri dalam entry kali ni ek.... kalau korang nak tahu.... pg tadi aku ada tersebut buah ceri ni mcm buah rokam.. Buah rokam??? Toing.. toing. Pernah tak korang dengar nama buah rokam. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar, kat sini aku sisipkan sedikit info berkenaan buah rokam ni.

Rokam dikenali juga dengan nama flacourtia inermis. Buah rokam ni termasuk dalam kategori buahan nadir Malaysia kerana pokok ni dah jarang ditemui. Aku sempat lagi la tengok pokok ni, sebab kakak aku ada tanam pokok ni kat umah dia. Buah rokam ni juga boleh buat jeruk. Buah rokam ni sama macam buah ceri tadi, warna hijau samasa muda, bila dah masak akan berubah warna menjadi warna merah.  Cuma rupa bentuknya lain sikit.  Kat bawah ni aku ada masukkan sikit gambar buah rokam ni. So.... enjoy...(mcm tgk movie plak.... hua hua hua).

image from google
image from google
buah rokam yang dah dibuat jeruk. image from google

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: