Pages

Friday, October 29, 2010

Arghhhhhh... i'm stress.

Somebody..... help me, coz i'm very very very...... stress doing my minit mesyuarat.
I'm lost the point.

image from google

Toing... toinggg....

Friday, October 22, 2010

Alisha Meragam... Hu hu hu

Ngasuh baru sms tadi. Ckp alisha meragam.... Hu hu hu. Nape ekkkk...

SMS:
Ngasuh : Salam. Siti, ari ni alisha meragam. Nangis je. x tahu lah nape. Maybe x sdp bdn nak demam kot. Tp dh tdo dah.

Aku : Ye ke, Dari pg ke? Minum susu tak? Badan panas tak?

Ngasuh : Pagi td OK. Dia tdo je. Susu minum jgak tp x byk la... Badan x panas. Tapi nak kena pegang je. X nak duduk, klu tak dia nangis


**** SEDIHnyerrrrrr***

Thursday, October 21, 2010

Baru perasan

Baru aku perasan yg tarikh semalam adalah 20102010. Cantikkan no tu.
Tersusun no 20 dan 10.

Wednesday, October 20, 2010

Hari yang simple

Hari ni datang keje cuma pakai eyeShadow je, tanpa eyeliner, tanpa lipstik, tanpa blusher. Kenapa yer......?

Friday, October 15, 2010

I'll be alone

Hubby baru call, dia cakap kemungkinan, dia kene bertugas masa pilihanry nanti. Maybe for 3 days

 ermmmmmmm....... boringnyer........ dia tak derrrrrrrr.................
tak leh nak gaduh2....
:'(

*******UPDATE 25102010*************

GOOD NEWS
Nama my hubby tak der dalam list pegawai bertugas masa pilihanraya nanti...
Yeeeeehhaaaaa............

Lunch with hubby @PizzaHut

Tiba2 je dapat call dr hubby tengahri semlm (12.30tgh) ajak mkn tengahri sesama.

Erm... Bagus gak dah lama tak lunch sama-sama. So... kitaorg g makan pizza. Try menu baru 'extreme cheesy' + sepagati. Boleh tahan jugak. Dah lama ngidam nak makan sepagati. Akhirnya.... tercapai jugak.

Gambar nanti aku upload yerrrrr.........

Tuesday, October 12, 2010

Check Up

Semalam adalah check-up alisha yg paling pendek.... he he he. Cuma timbang berat dan ambik ubat cacing kat farmasi.

*Progress Alisha*
1. Berat alisha skrg dah mencecah 8.3 kg (11/10/2010). Hu hu hu... patut la dah tak larat nak kendong, biasa bawa beras yg 5 kg pun dah semput, ini 8.3kg... ehmmmm-
2. Dah minum ubat cacing semalam.
3. Dah boleh duduk (antara 2 sujud - abahnyer kata - sbb alisha tak pernah duduk bersila mcm kanak-kanak lain)
4. Dah boleh berdiri sendiri (tanpa sokongan)
5. Dah boleh lambai tangan
6. Dah boleh tepuk tangan
7. Dah boleh meniti (berjalan dengan berpaut)
8. Dah boleh memanjat
9. Dah boleh merangkak
10. Dah pandai buat perangai
11. Dah pandai merajuk
12. Suka main dengan buku dan beg/purse mama
13. Suka buat mimik muka

Apa yg alisha belum boleh buat.
1. Berjalan
2. Bercakap (tapi dah blh sebut ma ma, da da. bah bah)
    - antara sebutan yg alisha paling suka skrg "ka ka ka ka" dan "sha sha sha"
Apa yg merungsingkan aku
1. Alisha kurang minum susu, walaupun dah byk kali tukar susu. Kadang-kadang satu hari satu botol pun susah(dah tak tahu nak beli susu apa, semua perisa dah beli. coklat, vanila, honey... ermmmm apa lagi ?????)
2. Susah buang air besar sbb kurang minum air. Itu pun puas aku memaksa untuk minum air.
3. Belum boleh berjalan - semalam tanya dgn nurse
   Dialog antara aku dan nurse kat Klinik putrajaya (so sweet jururawat dia)
   Aku     -   "Normal ke kalau baby yg dah umur 1 thn 2 bulan belum boleh berjalan?"
   Nurse  -   "Biasa saja, kekadang progress baby  tak sama, ada yg cepat dan ada yg lambat. Apa-apa pun kita
                    tgk perkembangan masa umur 1 thn 5 bulan nanti (next check up appointment)"

Ambik nombor giliran kul 2pm (no giliran aku 4119), habis check up semalam dlm kul 2.30 pm. Aku adalah 1st patient untuk bilik prosedur 28, (selepas lunch break) Cepat kan....

Program Pengurusan Kewangan

Aktiviti setiap pagi sebelum start keje, buka email - Tup tup pagi ni ada satu email yg aku terima  "program pengurusan kewangan". Aiksssss.... penghantar email ni mcm memahami je situasi aku skrg ni (kebetulan je).

Content email yg aku terima:-
Program Pengurusan Kewangan
1. Teknik menguruskan hutang sedia ada
2. Skim baik pulih gaji (klu dapat naik gaji, OK la... He3)
3. Pengiraan budget keluarga
4. Membuat simpanan tanpa menggunakan duit sendiri (mcm menarik bunyinye, tapi mcmmana agaknya yer)

Antara content dia yg aku suka....
"KAMI TAK BERI DUIT TAPI KAMI MENUNJUKKAN PELUANG UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN. DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA AKAN TETAPI BERMULANYA SETIAP HARI DARI BANGUN TIDUR MEMANG MEMERLUKAN DUIT. FIKIR-FIKIRKAN……."

Monday, October 11, 2010

Misi Tambah Berat Badan

Sambil-sambil wat keje, servey kat internet, cara-cara nak tambah berat badan. Ramai org cakap mkn byk leh naikkan berat badan.... tapi rasanya dah banyak aku makan ni. Siang, malam, pagi, petang makan nasi tapi result still xde.. Kalu banyak tdo, nanti pipi lak yg tembam. Risau jugak nanti berat tak naik, kolesterol yg naik.

Salah satu petua yg aku dapat - dari mesra.net Forum
"i pun penah facing problem camni gak dulu...tp alhamdulillah skang dh ok, tak kurus, tak overweight..sedang2 saje..hehe
apa yg i buat, jaga makan..tak skip breakfast, mkn daging at least 3 times/week..suka ratah ikan..hehe pastu, minum susu penuh krim stiap pagi, mkn kentang, nasi tu normal je 3 kali sehari...and alhamdulillah berat naik..pastu bila dh naik, nak kasi montok or tak gelebeh, makan jamu..ahakss.."


*****Reason tambah berat badan :
Sebab pertama : Saja-saja nak tambah berat badan, sbb susah la nak cari baju. Saiz XS pun xde yg muat. Hu hu hu.....  Skg ni dah try minum gain eight... Dah beli 1 botol, ada 10 sachet je. Harga, klu tak salah..... RM39.90 rasanya (dalam ekonomi aku skrg ni..... agak mahal la.).

Sebab Kedua : Nak kendong alisha pun dah tak larat.... Hu hu hu. Alisha dah makin besar

Sebab Ketiga :  Saiz badan sekarang tak cantik.... hu hu hu.


p/s: Anybody can help me?.....

Tuesday, October 5, 2010

Pesanan Untuk Pejalan Kaki

Haaeei!!!!!!........................

Pagi-pagi lagi dah mengeluh. Org ckp tak elok mengeluh2 ni. Nanti cepat tua. Macam mana tak mengeluh, pagi-pagi lagi dah buat org 'marah'. Mana tak nyer, boleh aunty ni dgn selambanyer melintas tanpa toleh kanan dan kiri, sedangkan keta kitaorg dah dekat ni... Jarak lebih kurang 2 depa tangan aku je. Muka tak bersalah pulak tu, Hampeeeh betul.. Sapa yg nak disalahkan ni. Terpaksa la break. Paham-pahamla kan klu keta break mengejut ni apa jadi... Aku bukan la nak marah sgt, cumanya 'tolong lah berhati-hati' sikit.

Kalau tak sayangkan nyawa sendiri, tolong la sayangkan nyawa org lain, walaupun org tu tak ada pertalian darah dgn anda.

p/s: 'wahai pejalan-pejalan kaki, mohon sgt2 sekiranya anda masih sygkan nyawa anda... Tolong la berhati-hati masa nak lintas tu. Ini tak main lintas je tanpa toleh kanan dan kiri.' Risikonya bukan pada anda sahaja, tapi pada pemandu juga.

Monday, October 4, 2010

Hari pertama datang keje dr rumah sendiri

Hari ni bos tak de dan aku pun tak lah busy sgt so.............. aku ambik masa ni untuk update blog.

Hari ni adalah hari pertama aku dtg keje dari rumah baru..... Ermmm.... bangun seawal 5.30 pagi. Tapi kalau dipikir-pikir kan balik sama je time aku bangun tdo masa duk kuartes dulu.... (Rindunyer umah kat kuartes tu - sbb view dia cantik sgt - rumah menghadap tasik - Aci tak kalau aku nak jugak rumah tu, tak nak bagi org lain - tapi aku dah tahu jawapannya mesti "tak boleh", melainkan aku sewakan rumah aku dan stay kat kuartes, tapi sayangla rumah aku, bayar mahal tu, abih duit gaji aku. So... keputusan bersama dgn husband kitaorg tinggal kat umah sendiri - nangis aku masa nak pindah dulu - husband pun pelik - tapi itu naluri aku kan, so husband layan je la).


Siapkan bubur alisha. Baju alisha dah siap-siap packing semalam. Husband dah siap dulu, minta tolong dia tengokkan bubur alisha sementara aku, pergi mandi dan siapkan diri. Siap mandi 5.50 am + dengan memerut lagi (ini aktiviti aku setiap pagi ---- he he he).

Bertolal dari rumah 6.30 pagi. Highway arini, agak banyak kereta. Situasi ini ke yg akan aku tempoh hari-hari @pun cuma hari isnin je? Reason.... maybe sbb, org-org yg tinggal dkt seremban @ melaka baru balik dari kg pagi ni.... He he he, Jawapan tu hanya untuk menyedapkan hati aku jer...

Sampai putrajaya dalam 7.05 pagi. Masuk keje 7.30 pagi. Terpaksa tukar ke WPP1 sbb husband dah start blajar, nak kena balik awal.

Tragedi di Mydin

Weekend lepas pergi mydin beli tali pinggang husband (lupa kat mana letak - maklumlah baru pindah umah) + ubat gigi. Al - kisahnya, bila dah sampai bukan setakat tali pinggang je yg dibeli. Ada la jugak barang-barang lain yg terborong jugak. Dah siap memilih, masa untuk membayar.

Masa tengah beratur kat kaunter tiba2....  Oh my God!!!!!!..... cuak giler aku. Duit dalam purse hanya tinggal RM80.00 je... Barang yg aku beli, ooooo..... tidak . Cukup ke duit aku ni.. Aku bagi isyarat kat husband. Alamak tak faham pulak.... Nasib baik husband datang (oleh sebabkan tak faham bahasa isyarat aku yang dah macam gaya senaman mulut pulak). Husband ckp kalau tak cukup, guna credit card. Lega ckit hati aku. He he he.... Dah sampai kaunter, keluarkan brg2 yg aku beli td untuk di kira. Dan baru aku perasan "Cash Only" terpampang kat mesin kira tu.... O' ooooo.

Mula la aku cuak lagi.... berpeluh-peluh muka aku. Mula la aku mengira duit syiling yg ada.... Dan salah satu benda yang terlintas kat fikiran aku saat itu "Duit raya alisha" yg masih ada dalam purse aku. Harap-harap cukup la + dengan duit syiling yg ada. Cashier tu tgk mcm pelik jer... Agak-agak nyer dia perasan ke... Ooooo... malunya.

Lepas je butang "Enter" di tekan........
Ting.....
...
...
..
..
.
.

.
.
.
.
.
..

RM79.20.
Fuhhhh.... baru la lega hati aku. Ngam-ngam dengan duit yang ada. Harap-harap tragedi ni adalah yang pertama dan terakhir bagi aku.

p/s : sebelum nak beli apa-apa barang, better check dulu duit anda didalam beg duit anda. Dan moralnya, membeli hanya barang yang perlu dan penting sahaja.....

Cerita Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu lepas.

Jumaat (1/10/2010) - Arini cuti, angkut barang masuk rumah baru (Suria Resindence - projek under Sri Pajam)

07.30 pagi - hantar Alisha pergi umah ngasuh mcm biasa.
09.30 pagi - tunggu lori sampai
11.00 pagi - semua barang dah siap masuk lori, sedia untuk bertolak ke Rumah Baru
11.45 pagi - Sampai kat rumah, turun kan brg2 dan mula untuk mengemas. (Penat pun belum hilang)
02.45 ptg -  Break untuk lunch, dari pagi tak makan. Hu hu hu, Lapar gila. (Beli tapau)
06.30 ptg - Technicion Astro datang pasang astro (penting ni, klu tak, tak dapat tgk TV)
08.15 mlm - Ambik alisha kat umah ngasuh (Sian alisha, tak pernah ambik lewat gini)

Sabtu (2/10/2010)
08.30 pg - breakfast roti telor (itu je yg ada dalam peti sejuk)
09.30 pg - sambung tidur - husband sibuk mop lantai (sori yer, mama ngantuk lagi)
01.30 ptg - temankan husband pergi UKM, ambik textbook
02.30 ptg - pergi open house kat umah 'mama' dan 'abah' alisha (ngasuh alisha)
03.30 ptg - pergi carefour beli brg dapur + alisha.Abis RM 237++ (abih la budget aku bulan ni)

Ahad (3/10/2010)
08.30 pagi - breakfast nasi lemak
09.30 pagi - iron baju
10.30 pagi - sambung mengemas
05.30 ptg - pergi mydin beli barang.

Next day ----- dah start keje balik, Bermula la rutin seperti biasa....