Pages

Tuesday, September 28, 2010

Money Plant Yg dah x berapa nak OK

Gara-gara seronok nak balik raya, money plant aku kat ofis dah tak berapa nak OK. Sebabnya.... lupa isi air, sampai kering terus. Apa yg tinggal hanya lah 3 helai daun sahaja.
Money plant ni member kamceng aku kat ofis lama yg bg. Kitaorg sama-sama jaga pokok ni. Harap-harap boleh la pokok ni bertahan.

Saturday, September 25, 2010

Lunch with Hubby

Hi... everyOne. Continue update blog.. Title kali ni "lunch with my hubby" lepas sebulan berpuasa.

Kebetulan husband ajak teman dia gi UKM. My hubby start sambung blajar kat UKM. Baru 1 minggu. Kelas after office hour, 7pm until 10pm (monday to thursday). Tinggal aku sorg2 kat rumah with my little princess. Tapi x pe. Untuk masa depan kami sekeluarga. Setiap satu impian tu perlukan pengorbanan, so hopeFully for the future our life will getting better.
Balik dari UKM, kitaorg singgah makan kat PappaRich.


Masa ni baru sampai, belum ambik order lagi.

ANTARA MENU YG KAMI ORDER
FreshLemon Honey (Iced) dan Lemon Tea with Honey

Asam Laksa

Chicken Chop

Selamat Menjamu Selera..........................
 



Tuesday, September 21, 2010

Kesan Penggunaan Microwave

Di era moden ni, saya rasa kebanyakkan dapur di setiap rumah dah ada microwave kan. Bukan apa, untuk memudahkan kita menyediakan/panaskan makanan.

Pagi sabtu lepas, saya ada melihat/mendengar satu artikel dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O' berkenaan kesan penggunaan microwave dirumah. Mungkin anda semua dah pernah dengar mengenai perkara ini. Apa yang saya dengar sedikit sebanyak saya kongsi disini.

Cara memasak menggunakan microwave ni, adalah bermula dari dalam dahulu dan baru lah bergerak ke luar. Maksudnya... Secara lazimnya, sekiranya kita memasak makanan menggunakan dapur, makanan akan mula menjadi masak bermula dari luar dan akan bergerak kedalam, tetapi apabila menggunakan microwave masakan yang dimasak/dipanaskan akan bermula dari dalam. Dengan menggunakan microwave radiasi elektromagnetik menggerak molekul-molekul makanan yang dipaksa berpusing. Secara biasanya molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Penggunaan microwave ini juga akan merosakkan DNA makanan sehingga sekiranya kita makan makanan yang dipanaskan/dimasak melalui microwave ini, badan kita tidak dapat mengenalpasti apa yang kita makan tu sebenarnya adalah makanan. Badan pula akan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemaksebagai perlindungan terhadap makanan mati.

Satu kajian telah dijalankan terhadap penggunaan microwave ini dan hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan hasil pemanasan dari microwave ini cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah) kerana paras haemoglobin menjadi rendah.

Antara kesan-kesan lain adalah penyakit kanser dan kesukaran mendapatkan cahaya mata.

Monday, September 6, 2010

Mood Raya @ ?

Hari ni dah masuk hari ke27 puasa. Hari terakhir aku bekerja sebelum balik raya.. Esok seawal 4 pagi aku akan bertolak balik kg. Tak tau la nak ckp aku ni dlm mood apa.... Ada org kata, time dah dekat nak raya ni mood nak kerja dah xde.. Lain plak aku rasa kali ni. Hari-hari terakhir ni aku abiskan baki2 kerja yang ada. Baru le senang hati balik raya nanti. Boleh "RAYA SAKAN".

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya bersama suami, walaupun usia perkahwinan aku dah 2 tahun. He he... Suspen je bunyinyer. Sbb last year aku dalam pantang anak sulong kami. Terlantar kat katil je dgn aktiviti "menungku dan menungku". Tak de istilah raya dalam kamus hidup aku time tu. Maklumlah semuanyer xleh makan.

Kali ni, hari raya bertambah meriah dgn kehadiran Alisha yang dah genap satu tahun. Kalau ikut giliran beraya tahun ni, raya kat rumah mertua. So... xdapat la aku beraya dgn family aku, Hu hu hu. 1st time raya tanpa keluarga tercinta. Tapi aku menggunakan skill memujuk aku dan akhirnya berhasil... 1Day raya tahun ni kat rumah mertua, raya ke4 balik kg aku. He he.. OK la tu, dapat jgak balik, dari x dapat langsung. Thanks 4 my hubby coz memahami.