Pages

Monday, August 23, 2010

Char Kuay Teow dan Telur Bungkus

Hari ni dah masuk hari ke13 puasa. Kepala pun dah pening memikirkan juadah untuk berbuka. Member kat ofis planing nak buat Kuay Teow. Aku pun tiba2 terbejangkit nak buat Kuay Teow jugak. He he he.

Try cari kat internet cara2 nak buat Char Kuay Teow... terjumpa pulak resepi telur bungkus. Nampak menyelerakan je...  Boleh la aku try nanti. Erm... slalu mkn kat kedai je kan... Kali ni aku nak try buat sendiri.. Hopefully menjadi la..

Ni la hasil yg aku dapat masa search kat internet td:

Resepi Char Kuay Teow  (untuk 2 org mkn - sumber dari myresepi.com)

untuk paste
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sudu besar sos tiram
• 3 sudu kecil kicap pekat
• 3 sudu besar kicap manis
• 1 sudu kecil petis (otak udang)
• 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
• 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sudu kecil gula

untuk mee
• 300 gm kuey teow
• 1 sudu besar cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur


Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Friday, August 20, 2010

Something To Share - Fenomena alam

Selalunya aku malas nak baca surat khabar, tapi entah kenapa satu hari ni, aku rajin ckit. Pagi-pagi dah buka paper online.
Kebetulan aku terbaca satu artikel ni bertarikh 17/6/2010, "Fenomena Telur Berdiri" - erm... macam menarik bunyinya.

(sumber dari harian metro)

Fenomena ni berlaku kat tabika padungan, kuching.  Berdasarkan pendapat saintis, diantara bulan dan matahari terdapat medan gravitis yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil dan membolehkannya berdiri tegak. Ini disebabkan kerana diantara jam 12 tgh hingga 1 pm graviti bumi dan bulan dalam keadaan sejajar. Menarik kan...

Selamat Berpuasa

Bulan Ramadhan kembali lagi. Selamat Berpuasa untuk semua. Semoga puasa tahun ini lebih baik dr tahun lepas.
Teringat masa baru mula-mula masuk keje. Lapor diri 21/9/2006. Selang 2 hari lepas tu 1 ramadhan.