Pages

Monday, November 8, 2010

Bantu Anak Berjalan

Hari ni, 8 Nov 2010 genap umur Alisha 1 tahun 3 bulan, tapi Alisha belum boleh berjalan mcm kanak-kanak lain. Member sebelah rumah, anaknya tua 1 bulan daripada Alisha, dah boleh berjalan masa umur 1  tahun 2 bulan. Sebagai seorg ibu, aku sgt2 menantikan saat2 Alisha dah boleh berjalan sendiri. Tak sabar rasanya menantikan saat itu.

Aku ada servey kat internet cara2 nak bantu anak berjalan. Daripada apa yg aku baca, ada 1 artikel yg aku akan terus sabar menantikan Alisha berjalan dengan sendirinya.

Artikel:
1. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan anak anda dengan anak org lain. Sebaliknya terima keupayaan anak anda seadanya. Setiap perkembangan anak2 adalah tidak sama, bergantung kpd keupayaan anak itu sendiri. Selagi bayi itu berkembang secara normal, tidak perlu risau.

2. Galakkan anak anda berpapah dan berpaut pada perabot rumah, bagi meningkatkan kestabilan dan membantunya untuk menyeimbangkan badab dengan betul

3. Apabila anak anda yakin, dia akan bergerak mengelilingi perabot untuk mencapai mainan beliau.

4. Baby walker bukanlah alat terbaik untuk membantu anak anda berjalan lebih awal. Sebaliknya anda harus berhati2 kerana byk kes2 kemalangan terjadi akibat penggunaan baby walker. Malah ia boleh menyekat perkembangan semulajadi anak anda. Bukan bermakna anda tidak boleh menggunakan baby walker cuma anda seharusnya memberikan pengawasan yg lebih ketat semasa anak anda di dalam walker.

5. Cuma biarkan anak anda terbiasa dgn permukaan2 yg berbeza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir untuk menambah keterujaan anak anda.

6. Memegang @ memimpin tangan memang cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya. Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.

So.... dari artikel di atas, aku akan terus menunggu saat-saat Alisha berjalna dengan keupayaannya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: