Pages

Monday, October 4, 2010

Tragedi di Mydin

Weekend lepas pergi mydin beli tali pinggang husband (lupa kat mana letak - maklumlah baru pindah umah) + ubat gigi. Al - kisahnya, bila dah sampai bukan setakat tali pinggang je yg dibeli. Ada la jugak barang-barang lain yg terborong jugak. Dah siap memilih, masa untuk membayar.

Masa tengah beratur kat kaunter tiba2....  Oh my God!!!!!!..... cuak giler aku. Duit dalam purse hanya tinggal RM80.00 je... Barang yg aku beli, ooooo..... tidak . Cukup ke duit aku ni.. Aku bagi isyarat kat husband. Alamak tak faham pulak.... Nasib baik husband datang (oleh sebabkan tak faham bahasa isyarat aku yang dah macam gaya senaman mulut pulak). Husband ckp kalau tak cukup, guna credit card. Lega ckit hati aku. He he he.... Dah sampai kaunter, keluarkan brg2 yg aku beli td untuk di kira. Dan baru aku perasan "Cash Only" terpampang kat mesin kira tu.... O' ooooo.

Mula la aku cuak lagi.... berpeluh-peluh muka aku. Mula la aku mengira duit syiling yg ada.... Dan salah satu benda yang terlintas kat fikiran aku saat itu "Duit raya alisha" yg masih ada dalam purse aku. Harap-harap cukup la + dengan duit syiling yg ada. Cashier tu tgk mcm pelik jer... Agak-agak nyer dia perasan ke... Ooooo... malunya.

Lepas je butang "Enter" di tekan........
Ting.....
...
...
..
..
.
.

.
.
.
.
.
..

RM79.20.
Fuhhhh.... baru la lega hati aku. Ngam-ngam dengan duit yang ada. Harap-harap tragedi ni adalah yang pertama dan terakhir bagi aku.

p/s : sebelum nak beli apa-apa barang, better check dulu duit anda didalam beg duit anda. Dan moralnya, membeli hanya barang yang perlu dan penting sahaja.....

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: