Pages

Tuesday, October 12, 2010

Check Up

Semalam adalah check-up alisha yg paling pendek.... he he he. Cuma timbang berat dan ambik ubat cacing kat farmasi.

*Progress Alisha*
1. Berat alisha skrg dah mencecah 8.3 kg (11/10/2010). Hu hu hu... patut la dah tak larat nak kendong, biasa bawa beras yg 5 kg pun dah semput, ini 8.3kg... ehmmmm-
2. Dah minum ubat cacing semalam.
3. Dah boleh duduk (antara 2 sujud - abahnyer kata - sbb alisha tak pernah duduk bersila mcm kanak-kanak lain)
4. Dah boleh berdiri sendiri (tanpa sokongan)
5. Dah boleh lambai tangan
6. Dah boleh tepuk tangan
7. Dah boleh meniti (berjalan dengan berpaut)
8. Dah boleh memanjat
9. Dah boleh merangkak
10. Dah pandai buat perangai
11. Dah pandai merajuk
12. Suka main dengan buku dan beg/purse mama
13. Suka buat mimik muka

Apa yg alisha belum boleh buat.
1. Berjalan
2. Bercakap (tapi dah blh sebut ma ma, da da. bah bah)
    - antara sebutan yg alisha paling suka skrg "ka ka ka ka" dan "sha sha sha"
Apa yg merungsingkan aku
1. Alisha kurang minum susu, walaupun dah byk kali tukar susu. Kadang-kadang satu hari satu botol pun susah(dah tak tahu nak beli susu apa, semua perisa dah beli. coklat, vanila, honey... ermmmm apa lagi ?????)
2. Susah buang air besar sbb kurang minum air. Itu pun puas aku memaksa untuk minum air.
3. Belum boleh berjalan - semalam tanya dgn nurse
   Dialog antara aku dan nurse kat Klinik putrajaya (so sweet jururawat dia)
   Aku     -   "Normal ke kalau baby yg dah umur 1 thn 2 bulan belum boleh berjalan?"
   Nurse  -   "Biasa saja, kekadang progress baby  tak sama, ada yg cepat dan ada yg lambat. Apa-apa pun kita
                    tgk perkembangan masa umur 1 thn 5 bulan nanti (next check up appointment)"

Ambik nombor giliran kul 2pm (no giliran aku 4119), habis check up semalam dlm kul 2.30 pm. Aku adalah 1st patient untuk bilik prosedur 28, (selepas lunch break) Cepat kan....

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: