Pages

Monday, September 6, 2010

Mood Raya @ ?

Hari ni dah masuk hari ke27 puasa. Hari terakhir aku bekerja sebelum balik raya.. Esok seawal 4 pagi aku akan bertolak balik kg. Tak tau la nak ckp aku ni dlm mood apa.... Ada org kata, time dah dekat nak raya ni mood nak kerja dah xde.. Lain plak aku rasa kali ni. Hari-hari terakhir ni aku abiskan baki2 kerja yang ada. Baru le senang hati balik raya nanti. Boleh "RAYA SAKAN".

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya bersama suami, walaupun usia perkahwinan aku dah 2 tahun. He he... Suspen je bunyinyer. Sbb last year aku dalam pantang anak sulong kami. Terlantar kat katil je dgn aktiviti "menungku dan menungku". Tak de istilah raya dalam kamus hidup aku time tu. Maklumlah semuanyer xleh makan.

Kali ni, hari raya bertambah meriah dgn kehadiran Alisha yang dah genap satu tahun. Kalau ikut giliran beraya tahun ni, raya kat rumah mertua. So... xdapat la aku beraya dgn family aku, Hu hu hu. 1st time raya tanpa keluarga tercinta. Tapi aku menggunakan skill memujuk aku dan akhirnya berhasil... 1Day raya tahun ni kat rumah mertua, raya ke4 balik kg aku. He he.. OK la tu, dapat jgak balik, dari x dapat langsung. Thanks 4 my hubby coz memahami.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: