Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kesan Penggunaan Microwave

Di era moden ni, saya rasa kebanyakkan dapur di setiap rumah dah ada microwave kan. Bukan apa, untuk memudahkan kita menyediakan/panaskan makanan.

Pagi sabtu lepas, saya ada melihat/mendengar satu artikel dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O' berkenaan kesan penggunaan microwave dirumah. Mungkin anda semua dah pernah dengar mengenai perkara ini. Apa yang saya dengar sedikit sebanyak saya kongsi disini.

Cara memasak menggunakan microwave ni, adalah bermula dari dalam dahulu dan baru lah bergerak ke luar. Maksudnya... Secara lazimnya, sekiranya kita memasak makanan menggunakan dapur, makanan akan mula menjadi masak bermula dari luar dan akan bergerak kedalam, tetapi apabila menggunakan microwave masakan yang dimasak/dipanaskan akan bermula dari dalam. Dengan menggunakan microwave radiasi elektromagnetik menggerak molekul-molekul makanan yang dipaksa berpusing. Secara biasanya molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Penggunaan microwave ini juga akan merosakkan DNA makanan sehingga sekiranya kita makan makanan yang dipanaskan/dimasak melalui microwave ini, badan kita tidak dapat mengenalpasti apa yang kita makan tu sebenarnya adalah makanan. Badan pula akan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemaksebagai perlindungan terhadap makanan mati.

Satu kajian telah dijalankan terhadap penggunaan microwave ini dan hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan hasil pemanasan dari microwave ini cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah) kerana paras haemoglobin menjadi rendah.

Antara kesan-kesan lain adalah penyakit kanser dan kesukaran mendapatkan cahaya mata.

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: