Pages

Monday, August 23, 2010

Char Kuay Teow dan Telur Bungkus

Hari ni dah masuk hari ke13 puasa. Kepala pun dah pening memikirkan juadah untuk berbuka. Member kat ofis planing nak buat Kuay Teow. Aku pun tiba2 terbejangkit nak buat Kuay Teow jugak. He he he.

Try cari kat internet cara2 nak buat Char Kuay Teow... terjumpa pulak resepi telur bungkus. Nampak menyelerakan je...  Boleh la aku try nanti. Erm... slalu mkn kat kedai je kan... Kali ni aku nak try buat sendiri.. Hopefully menjadi la..

Ni la hasil yg aku dapat masa search kat internet td:

Resepi Char Kuay Teow  (untuk 2 org mkn - sumber dari myresepi.com)

untuk paste
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sudu besar sos tiram
• 3 sudu kecil kicap pekat
• 3 sudu besar kicap manis
• 1 sudu kecil petis (otak udang)
• 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
• 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sudu kecil gula

untuk mee
• 300 gm kuey teow
• 1 sudu besar cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur


Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

No comments:

Post a Comment

Ringankan jejari manis anda, untuk menulis disini: