Pages

Wednesday, December 29, 2010

Gud News

Arini aku nak kongsi berita gembira yg aku baru terima semalam. Abang aku ada wat bisnes lembu secara kecil-kecilan. Bisnes ke?.... tak tahu istilah apa yg sesuai. Boleh la kot, sbb blh diketagorikan sbg family bisnes la.

Sblm ni, abang aku ada invite kitaorg (me+husband) untuk join share. Modalnya hanya belikan sekurang2nya 1 ekor lembu. Dan part penjagaan pula akan diuruskan oleh abang aku sepenuhnya. Kitaorg hanya akan terima untungnya sahaja. Aku pun memang sgt2 berminat untuk join share ni. Dan kitaorg pun setuju nak join. Aku ada sampaikan hajat ni pada my lovely father/mother, minta tlg carikan 1 ekor lembu betina dan minta tlg abang aku jagakan. Dari segi keuntungan pula, ada la bisnes planning yg telah diaturkan/disusun oleh abang aku yg boleh dikatakan agak adil la.Tidak dinafikan abang aku ni bab bisnes planning boleh tahan jugak la strategi dia. 

Tapi setelah kitaorg telah berpindah kerumah baru+my hubby dah start continue study, hasrat kitaorg pun terkubur. Maybe blm rezeki kitaorg untuk join share lagi. My hubby cakap, maybe next time kita join.

Continue balik cerita pasal gud news td, semalam terima call dari my father, menyatakan yg dia dah belikan 2 ekor lembu untuk kitaorg (1 ekor ibu + 1 ekor anak berusia 5 bulan)..... Hah!............................................... Terkezut aku dgn my hubby coz kitaorg tengah kekurangan bajet ni.

Tapi apa yg sangat memeranjatkan aku adalah...... my father ckp kitaorg tak yah risau pasal modalnya, sbb modalnya telah diuruskan oleh my father/mother aku...... Serius tak caya Beb. Sangat2 terharu...... sehinggakan tak terucap dgn kata2. Sampai nak nangis rasa.......... Hu hu hu..... Akhamdullilah... tapi aku dah berjanji, klu ekonomi kitaorg dah OK, aku akan gantikan balik modal tu. InsyaAllah... Moga allah murahkan rezeki kitorg sekeluarga hendaknya ..... Amin


image from google
p/s: Maybe mcm ni la kot lembu aku tu kan..... teruja siut nak tgk....


Tuesday, December 28, 2010

Aku ada kamu


image from google

Lirik Lagu Ku Ada Kamu - By Adira AF8

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

p/s : Sangat2 suka lagu ni.... Penuh  bermakna.... Dedicate this song to my beloved husband... i really2 appreciate every single time with you.

Congrate to malaysia football team

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah pada team bola sepak malaysia coz berjaya menyalahkan Indonesia dengan jaringan 3 berbalas 0 semasa  pertandingan piala suzuki AFF 2010. Hopefully semangat yg sama jugak dibawa untuk 2nd final game di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29/12/2010.

Tiba-tiba plak aku jd sgt2 excited untuk menonton game ni. Tapi takut pun ada jgak, bkn sbb takut malaysia kalah tapi takut klu2 berlaku perkara2 yg tidak diingini semasa game berlangsung nanti.

Sbbnyer..... iyerla masa 1st final game aritu macam2 cerita yg kita dgr kan. Sinaran laser la, Malaysia gunakan bomoh la...... erm.... entah la.... no comment.... Tapi  jurulatih Indonesia, Alfred Riedl dah umumkan sinaran laser tersebut bukan  penyebab kekalahan team indonesia.

Walau apa pun berita yg kuar, aku harap semangat team malaysia takkan luntur dan beraksi habis-habisan bagi merangkul gelaran Juara Piala Suzuki AFF 2010. Chayok.... chayoookkkkkk.... Malaysia Boleh.

Monday, December 27, 2010

Menerima Kunjungan

Mood untuk update blog arini, meronta2... so aku ringankan jari jemari aku untuk memulakan tarian pada keyboard...... yg muziknyer bercampur-campur... kdg2 muzik rancak dan kdg muzik slow.... Berbackgroundkan angin sepoi-sepoi bahasa (angin aircond kat opis ni, yg entah kenapa arini terlampau kuat).

Ahad lepas (26/12/2010), mak/ayah mertua, abang ipar, adik ipar & kakak ipar dtg umah. Saja jln2 katanyer. Penuh la rumah kitaorg ahad aritu. Parking keta full. Sampai kena parking kt luar. He3... ye la memang la full, parking keta cuma muat untuk 2 biji keta je. Lain la klu umah banglo.

Pagi2 lg kitaorg bergegas ke pasar.. Aku lemah ckit pegi pasar kat nilai ni sbb crowded sgt la... tak selesa nak jln. Berlaga bahu. Klu setakat nk mkn kitaorg anak beranak, aku beli kat kedai umah aku je. Tp ni sbb MIL & FIL dtg dr jauh, so bersesak2 la ckit kan. Lagipun diorg bkn selalunyer dtg.

My hubby request masak gulai ayam, tp..... dah slalu sgt la mkn ayam. Tukar selera nak. So... setelah mendapat kata sepakat, kitaorg decide masak gulai nenas + udang... dah lama tak masak gulai nenas. Sedapnyer.... Ingat nak snap gambr ckit tp xsempat la smua dah masuk dlm perut.

Dalam  kul 10.50am rombongan MIL/FIL + adik/abg/kakak ipar sampai. Hidangan dah ready, cuma tinggal nk goreng ayam je....

Lupa lak nak beli kueh, tp nasib baik ada pau kacang dan pau ayam frozen yg aku beli dr ofismate aku. ada la jgak kudapan secara ringkas petang tu.....

 Apa yg paling best, aku tak payah cbuk2 nak mengemas sbbnyer, abg ipar aku bw bibik dia, so..... masa diorg bertolak balik, rumah aku pun dah clear.... Hua3... Tak payah la aku cbuk2 mengemas lagi..... Bagusnyer klu slalu mcm ni kan... Tp aku tak mampu nak pakai bibik lg....

Special request dr MIL - My MIL minta bungkuskan sambal belacan..... Sedap katanyer.... Hua3.. menjadi jgak  sambal belacan aku arini...

Rentetan Peristiwa

Dah lama tak update blog. So... arini aku akan storykan apa yg berlaku baru2 ni.

21/12/2010 - Selasa
Hari ni aku ada terima satu panggilan 'misteri' dari nombor telefon yg tidak dikenali. 'Misteri' ?  jeng... jeng... jeng. Takutnyer dengar. 2 kali deringan berbunyi dan  aku hanya membiarkan deringan terus berdering.. ek eh... mcm ayat dlm novel la plak. Tu la masa kecik2 dulu berangan nak jadi penulis tp............ tak kesampaian. Angan2 jer.... Sambung blk cerita pasal panggilan misteri td. Aku tak berani nak angkat, sbbnyer............... Bila aku tgk screen hp, no yg tertera adalah 015-xxxxxxx. aiks..... x pernah plak aku tgk no hp yang bermula dari 015. Syarikt telco baru ker? sori la kdg2 aku ni, termiss jgak info2 baru ni.  Erm.... itulah reasonnyer kenapa aku x jwb call tu.

Pemanggil misteri tersebut terus mendail. Dan akhirnya aku beranikan diri utk menjwb panggilan tersebut.... Dan rupa2nyer pemanggil misteri itu adalah MY HUBBY. MasyaAllah.... Ingat kan sapa td.... Lupa plak my hubby tertinggal hp kt umah arini. (no tu adalah dr ofis jaring, my hubby pegi Jaring utk upload data)Hua3.... Dan yg paling kalakarnyeer adalah my hubby ada tinggalkan voicemail yg ucapannyer sgt2 mencuit hati.... he3 tp part ni xleh kongsi.... biar aku sendr tahu... Biarlah rahsia.

23/12/2010 - Rabu
Arini aku ada training. Actually, training tu kitaorg (IT) yg anjurkan tp aku langsung tak tahu satu apa pun berkaitan modul tu... serius beb... aku tak pernah terlibat dgn modul ni sblm ni. tiba2 bos ckp kitaorg kena bg training kpd user2 distesen. Giler..... memang giler.... can u imagine as a trainer, i didn't know anything about the module. How can i be a trainer.... Ops.... sapa yg nak jwb soalan tu.... Aku pun x terjwb

he3.... tp nasibbaik, aku bukan trainer..... cuma asst. trainer. Tp sbg asst. trainer aku kena jgak tahu modul tu kan. So... apa yg aku buat adalah, sambil menyelam minum air. Masa partner aku sibuk bagi training time tu la aku ceduk ilmu (study) ckit. Berbekalkan manual yg telah disediakan oleh my partner. he3....  at least masa diorg dok cbuk menyoal time tu blh la tlg2 ckit. Sian kat partner aku kan klu tak semua dia yg kena buat. Apa yg penting.... training aritu berjalan dgn lancar tanpa sebarang gangguan. Yahooooooo....

Tapi disebalik cerita training ni, ada lagi satu perkara yg berlaku sblm trainig bermula. Aku terlupa handbag kat umah.... wa... wa... wa.... Hah!... mcm mana blh tertinggal?... soalan ni pun aku x leh jwb. Apa yg aku blh ckp.... benda dah nak jadi nak wat mcm?. Tapi untungnya aku, my hubby tak marah, dia ckp kita blk ambik...  pukul 9.00 am baru aku masuk opis. Masuk je opis terus bergegas ke bilik training.

Episod minggu2 terakhir bln 12 ni, byk berlaku situasi "kitaorg suami isteri tertinggal brg"... Sabar je la....

Wednesday, December 1, 2010

How to manage work

Arghhhhhhhhhhhhhh.... Hari ni tension sesangat sbb keje byk dan tak tau nak focus yang mana satu. Sbb semuanya urgent....

Erm... nak nangis pun ada...

............update on 1.57 pm.......


arghhhhhhhhhhhhhhhhh............. tambah keje lagi.. mati la mcm ni... blh pengsan seminggu klu keje byk gini. Tu pun ada yg masih kata "keje gomen byk goyong kaki". Sapa yg ckp tu.... Cuma kdg2 je tak der keje (blh dikira dgn jari) + tak der bos baru la panjang langkah kitaorg..

Monday, November 29, 2010

Dalil Cinta

Wau... entry kali ni mcm lain je bunyinyer.. He he he. Bukan apa smlm tgk drama kat TV3, pencalonan anugerah skrin. Tajuk "Dalil Cinta".

Hero/heroin : Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani.

my favourite actor
Actually sblm ni pun dah pernah tgk drama ni. Slalunyer aku tak kisah sgt pasal siaran TV ni. Follow je, siaran apa yg hubby tgk, tapi smlm siap ckp awal2 dgn hubby nak tgk TV3.

Apa yg menariknyer aku tentang drama ni adalah character Sharifah Amani yg masih belajar tp nak jugak kawin. Reason yg dia bg kat mak dan ayah dia adalah "mereka adalah pasangan yg wajib kawin". Hu hu..  

Seorg remaja yg tak tahu nak menguruskan rumahtangga. Bukan setakat rumah tangga, uruskan diri sendiri pun fail.... 
Ops... sama la mcm aku dolu-dolu... hah hah ha....

Monday, November 8, 2010

Bantu Anak Berjalan

Hari ni, 8 Nov 2010 genap umur Alisha 1 tahun 3 bulan, tapi Alisha belum boleh berjalan mcm kanak-kanak lain. Member sebelah rumah, anaknya tua 1 bulan daripada Alisha, dah boleh berjalan masa umur 1  tahun 2 bulan. Sebagai seorg ibu, aku sgt2 menantikan saat2 Alisha dah boleh berjalan sendiri. Tak sabar rasanya menantikan saat itu.

Aku ada servey kat internet cara2 nak bantu anak berjalan. Daripada apa yg aku baca, ada 1 artikel yg aku akan terus sabar menantikan Alisha berjalan dengan sendirinya.

Artikel:
1. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan anak anda dengan anak org lain. Sebaliknya terima keupayaan anak anda seadanya. Setiap perkembangan anak2 adalah tidak sama, bergantung kpd keupayaan anak itu sendiri. Selagi bayi itu berkembang secara normal, tidak perlu risau.

2. Galakkan anak anda berpapah dan berpaut pada perabot rumah, bagi meningkatkan kestabilan dan membantunya untuk menyeimbangkan badab dengan betul

3. Apabila anak anda yakin, dia akan bergerak mengelilingi perabot untuk mencapai mainan beliau.

4. Baby walker bukanlah alat terbaik untuk membantu anak anda berjalan lebih awal. Sebaliknya anda harus berhati2 kerana byk kes2 kemalangan terjadi akibat penggunaan baby walker. Malah ia boleh menyekat perkembangan semulajadi anak anda. Bukan bermakna anda tidak boleh menggunakan baby walker cuma anda seharusnya memberikan pengawasan yg lebih ketat semasa anak anda di dalam walker.

5. Cuma biarkan anak anda terbiasa dgn permukaan2 yg berbeza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir untuk menambah keterujaan anak anda.

6. Memegang @ memimpin tangan memang cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya. Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.

So.... dari artikel di atas, aku akan terus menunggu saat-saat Alisha berjalna dengan keupayaannya sendiri.

Friday, November 5, 2010

Rindu sangat2 diawal kehamilan

Tiba2 jer rasa rindu masa mula2 pregnant dulu. Ermmm....
Time ni tgh pregnant, tp x ingat bape bln.






Menu Hari Ini.

Hari ni cuti semperna depavali, untuk semua member2 yg menyambut Depavali, aku ucapkan Happy Depavali to all of you. , kitaorg rehat2 je kat umah, lagi pun my hubby dah nak exam mid-term.
Pagi td, kitaorg breakfast simply jer, sbb xde apa dlm peti sejuk. Aku masak spageti (sos/kuah sendiri bikin, sbb sos prego xde) + ayam + tomato je. Semua bgr2 basah dah habis.Tapi my hubby cakap sedap jugak (tersenyum aku dpt pujian) OK lah tu kan.

Menu untuk tengahri, aku masak sambal terung belanda @ pipit + ikan bilis. Selasa aritu aku EL, sbb alisha tak berapa sihat. Kebetulan cuti, pegi mydin jap beli susu alisha ternampak terung pipit. My hubby pun berselera makan, siap tanya lagi... nasi ada lagi tak? Sib baik masak nasi lebih td. Lama terung pipit tu  kat dlm peti sejuk, akhirnya tghari td jadi lak jugak aku wat sambal. Maklumlah week day aku tak masak sbb my hubby ckp tak yah masak, dia nak aku rehat.  i really2 love him coz dia sgt2 memahami.... He3

 Malam ni aku tak masak, kitaorg beli je kat pasar malam nilai. Balik dari taman awam nilai td (bw alisha gi main kat playground) terus singgah pasar mlm beli mkn. So mlm ni aku rehat. Alisha pun tdo awal, maybe penat kot.

Monday, November 1, 2010

Mood......... Malas.

Pagi tadi follow my 2nd boss pergi bg taklimat kat Port Klang, untuk implement modul cukai join dgn MOF.
Penatnyer.... first time pergi Port Klang, jauh gilerrrrr... sampai tertido2 la kitaorg....

Dah lama tak naik bas, mula la rasa loya-loya nak muntah... Bukan sebab pregnant yer... Sbb dah lama sgt tak naik bas.... He he he... Semenjak dah kawin ni kan, naik keta jerrr..Tu yg rasa semacam je tuhhhh... 

Nasib baik bos tak de arini... boleh la ngelat ckit...  Sian kat my 2nd bos, coz dia tak sihat tapi terpaksa gak pegi untuk bg taklimat tu..

Balik dr Port Klang, view FB jap.... and ada 1 message.... Berbunyi....

pn siti, boleh tahu pn siti asal mana? sekolah mana?umur berapa? saya mencari org yg seiras mcm puan...saya alor setar.

opsssss....... siapa kah dia??? aku pun x tahu, maybe salah org.... ha ha ha. sebab kat dunia ni kat memang ada org yg iras kita....

Friday, October 29, 2010

Arghhhhhh... i'm stress.

Somebody..... help me, coz i'm very very very...... stress doing my minit mesyuarat.
I'm lost the point.

image from google

Toing... toinggg....

Friday, October 22, 2010

Alisha Meragam... Hu hu hu

Ngasuh baru sms tadi. Ckp alisha meragam.... Hu hu hu. Nape ekkkk...

SMS:
Ngasuh : Salam. Siti, ari ni alisha meragam. Nangis je. x tahu lah nape. Maybe x sdp bdn nak demam kot. Tp dh tdo dah.

Aku : Ye ke, Dari pg ke? Minum susu tak? Badan panas tak?

Ngasuh : Pagi td OK. Dia tdo je. Susu minum jgak tp x byk la... Badan x panas. Tapi nak kena pegang je. X nak duduk, klu tak dia nangis


**** SEDIHnyerrrrrr***

Thursday, October 21, 2010

Baru perasan

Baru aku perasan yg tarikh semalam adalah 20102010. Cantikkan no tu.
Tersusun no 20 dan 10.

Wednesday, October 20, 2010

Hari yang simple

Hari ni datang keje cuma pakai eyeShadow je, tanpa eyeliner, tanpa lipstik, tanpa blusher. Kenapa yer......?

Friday, October 15, 2010

I'll be alone

Hubby baru call, dia cakap kemungkinan, dia kene bertugas masa pilihanry nanti. Maybe for 3 days

 ermmmmmmm....... boringnyer........ dia tak derrrrrrrr.................
tak leh nak gaduh2....
:'(

*******UPDATE 25102010*************

GOOD NEWS
Nama my hubby tak der dalam list pegawai bertugas masa pilihanraya nanti...
Yeeeeehhaaaaa............

Lunch with hubby @PizzaHut

Tiba2 je dapat call dr hubby tengahri semlm (12.30tgh) ajak mkn tengahri sesama.

Erm... Bagus gak dah lama tak lunch sama-sama. So... kitaorg g makan pizza. Try menu baru 'extreme cheesy' + sepagati. Boleh tahan jugak. Dah lama ngidam nak makan sepagati. Akhirnya.... tercapai jugak.

Gambar nanti aku upload yerrrrr.........

Tuesday, October 12, 2010

Check Up

Semalam adalah check-up alisha yg paling pendek.... he he he. Cuma timbang berat dan ambik ubat cacing kat farmasi.

*Progress Alisha*
1. Berat alisha skrg dah mencecah 8.3 kg (11/10/2010). Hu hu hu... patut la dah tak larat nak kendong, biasa bawa beras yg 5 kg pun dah semput, ini 8.3kg... ehmmmm-
2. Dah minum ubat cacing semalam.
3. Dah boleh duduk (antara 2 sujud - abahnyer kata - sbb alisha tak pernah duduk bersila mcm kanak-kanak lain)
4. Dah boleh berdiri sendiri (tanpa sokongan)
5. Dah boleh lambai tangan
6. Dah boleh tepuk tangan
7. Dah boleh meniti (berjalan dengan berpaut)
8. Dah boleh memanjat
9. Dah boleh merangkak
10. Dah pandai buat perangai
11. Dah pandai merajuk
12. Suka main dengan buku dan beg/purse mama
13. Suka buat mimik muka

Apa yg alisha belum boleh buat.
1. Berjalan
2. Bercakap (tapi dah blh sebut ma ma, da da. bah bah)
    - antara sebutan yg alisha paling suka skrg "ka ka ka ka" dan "sha sha sha"
Apa yg merungsingkan aku
1. Alisha kurang minum susu, walaupun dah byk kali tukar susu. Kadang-kadang satu hari satu botol pun susah(dah tak tahu nak beli susu apa, semua perisa dah beli. coklat, vanila, honey... ermmmm apa lagi ?????)
2. Susah buang air besar sbb kurang minum air. Itu pun puas aku memaksa untuk minum air.
3. Belum boleh berjalan - semalam tanya dgn nurse
   Dialog antara aku dan nurse kat Klinik putrajaya (so sweet jururawat dia)
   Aku     -   "Normal ke kalau baby yg dah umur 1 thn 2 bulan belum boleh berjalan?"
   Nurse  -   "Biasa saja, kekadang progress baby  tak sama, ada yg cepat dan ada yg lambat. Apa-apa pun kita
                    tgk perkembangan masa umur 1 thn 5 bulan nanti (next check up appointment)"

Ambik nombor giliran kul 2pm (no giliran aku 4119), habis check up semalam dlm kul 2.30 pm. Aku adalah 1st patient untuk bilik prosedur 28, (selepas lunch break) Cepat kan....

Program Pengurusan Kewangan

Aktiviti setiap pagi sebelum start keje, buka email - Tup tup pagi ni ada satu email yg aku terima  "program pengurusan kewangan". Aiksssss.... penghantar email ni mcm memahami je situasi aku skrg ni (kebetulan je).

Content email yg aku terima:-
Program Pengurusan Kewangan
1. Teknik menguruskan hutang sedia ada
2. Skim baik pulih gaji (klu dapat naik gaji, OK la... He3)
3. Pengiraan budget keluarga
4. Membuat simpanan tanpa menggunakan duit sendiri (mcm menarik bunyinye, tapi mcmmana agaknya yer)

Antara content dia yg aku suka....
"KAMI TAK BERI DUIT TAPI KAMI MENUNJUKKAN PELUANG UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN. DUIT BUKANLAH SEGALA-GALANYA AKAN TETAPI BERMULANYA SETIAP HARI DARI BANGUN TIDUR MEMANG MEMERLUKAN DUIT. FIKIR-FIKIRKAN……."

Monday, October 11, 2010

Misi Tambah Berat Badan

Sambil-sambil wat keje, servey kat internet, cara-cara nak tambah berat badan. Ramai org cakap mkn byk leh naikkan berat badan.... tapi rasanya dah banyak aku makan ni. Siang, malam, pagi, petang makan nasi tapi result still xde.. Kalu banyak tdo, nanti pipi lak yg tembam. Risau jugak nanti berat tak naik, kolesterol yg naik.

Salah satu petua yg aku dapat - dari mesra.net Forum
"i pun penah facing problem camni gak dulu...tp alhamdulillah skang dh ok, tak kurus, tak overweight..sedang2 saje..hehe
apa yg i buat, jaga makan..tak skip breakfast, mkn daging at least 3 times/week..suka ratah ikan..hehe pastu, minum susu penuh krim stiap pagi, mkn kentang, nasi tu normal je 3 kali sehari...and alhamdulillah berat naik..pastu bila dh naik, nak kasi montok or tak gelebeh, makan jamu..ahakss.."


*****Reason tambah berat badan :
Sebab pertama : Saja-saja nak tambah berat badan, sbb susah la nak cari baju. Saiz XS pun xde yg muat. Hu hu hu.....  Skg ni dah try minum gain eight... Dah beli 1 botol, ada 10 sachet je. Harga, klu tak salah..... RM39.90 rasanya (dalam ekonomi aku skrg ni..... agak mahal la.).

Sebab Kedua : Nak kendong alisha pun dah tak larat.... Hu hu hu. Alisha dah makin besar

Sebab Ketiga :  Saiz badan sekarang tak cantik.... hu hu hu.


p/s: Anybody can help me?.....

Tuesday, October 5, 2010

Pesanan Untuk Pejalan Kaki

Haaeei!!!!!!........................

Pagi-pagi lagi dah mengeluh. Org ckp tak elok mengeluh2 ni. Nanti cepat tua. Macam mana tak mengeluh, pagi-pagi lagi dah buat org 'marah'. Mana tak nyer, boleh aunty ni dgn selambanyer melintas tanpa toleh kanan dan kiri, sedangkan keta kitaorg dah dekat ni... Jarak lebih kurang 2 depa tangan aku je. Muka tak bersalah pulak tu, Hampeeeh betul.. Sapa yg nak disalahkan ni. Terpaksa la break. Paham-pahamla kan klu keta break mengejut ni apa jadi... Aku bukan la nak marah sgt, cumanya 'tolong lah berhati-hati' sikit.

Kalau tak sayangkan nyawa sendiri, tolong la sayangkan nyawa org lain, walaupun org tu tak ada pertalian darah dgn anda.

p/s: 'wahai pejalan-pejalan kaki, mohon sgt2 sekiranya anda masih sygkan nyawa anda... Tolong la berhati-hati masa nak lintas tu. Ini tak main lintas je tanpa toleh kanan dan kiri.' Risikonya bukan pada anda sahaja, tapi pada pemandu juga.

Monday, October 4, 2010

Hari pertama datang keje dr rumah sendiri

Hari ni bos tak de dan aku pun tak lah busy sgt so.............. aku ambik masa ni untuk update blog.

Hari ni adalah hari pertama aku dtg keje dari rumah baru..... Ermmm.... bangun seawal 5.30 pagi. Tapi kalau dipikir-pikir kan balik sama je time aku bangun tdo masa duk kuartes dulu.... (Rindunyer umah kat kuartes tu - sbb view dia cantik sgt - rumah menghadap tasik - Aci tak kalau aku nak jugak rumah tu, tak nak bagi org lain - tapi aku dah tahu jawapannya mesti "tak boleh", melainkan aku sewakan rumah aku dan stay kat kuartes, tapi sayangla rumah aku, bayar mahal tu, abih duit gaji aku. So... keputusan bersama dgn husband kitaorg tinggal kat umah sendiri - nangis aku masa nak pindah dulu - husband pun pelik - tapi itu naluri aku kan, so husband layan je la).


Siapkan bubur alisha. Baju alisha dah siap-siap packing semalam. Husband dah siap dulu, minta tolong dia tengokkan bubur alisha sementara aku, pergi mandi dan siapkan diri. Siap mandi 5.50 am + dengan memerut lagi (ini aktiviti aku setiap pagi ---- he he he).

Bertolal dari rumah 6.30 pagi. Highway arini, agak banyak kereta. Situasi ini ke yg akan aku tempoh hari-hari @pun cuma hari isnin je? Reason.... maybe sbb, org-org yg tinggal dkt seremban @ melaka baru balik dari kg pagi ni.... He he he, Jawapan tu hanya untuk menyedapkan hati aku jer...

Sampai putrajaya dalam 7.05 pagi. Masuk keje 7.30 pagi. Terpaksa tukar ke WPP1 sbb husband dah start blajar, nak kena balik awal.

Tragedi di Mydin

Weekend lepas pergi mydin beli tali pinggang husband (lupa kat mana letak - maklumlah baru pindah umah) + ubat gigi. Al - kisahnya, bila dah sampai bukan setakat tali pinggang je yg dibeli. Ada la jugak barang-barang lain yg terborong jugak. Dah siap memilih, masa untuk membayar.

Masa tengah beratur kat kaunter tiba2....  Oh my God!!!!!!..... cuak giler aku. Duit dalam purse hanya tinggal RM80.00 je... Barang yg aku beli, ooooo..... tidak . Cukup ke duit aku ni.. Aku bagi isyarat kat husband. Alamak tak faham pulak.... Nasib baik husband datang (oleh sebabkan tak faham bahasa isyarat aku yang dah macam gaya senaman mulut pulak). Husband ckp kalau tak cukup, guna credit card. Lega ckit hati aku. He he he.... Dah sampai kaunter, keluarkan brg2 yg aku beli td untuk di kira. Dan baru aku perasan "Cash Only" terpampang kat mesin kira tu.... O' ooooo.

Mula la aku cuak lagi.... berpeluh-peluh muka aku. Mula la aku mengira duit syiling yg ada.... Dan salah satu benda yang terlintas kat fikiran aku saat itu "Duit raya alisha" yg masih ada dalam purse aku. Harap-harap cukup la + dengan duit syiling yg ada. Cashier tu tgk mcm pelik jer... Agak-agak nyer dia perasan ke... Ooooo... malunya.

Lepas je butang "Enter" di tekan........
Ting.....
...
...
..
..
.
.

.
.
.
.
.
..

RM79.20.
Fuhhhh.... baru la lega hati aku. Ngam-ngam dengan duit yang ada. Harap-harap tragedi ni adalah yang pertama dan terakhir bagi aku.

p/s : sebelum nak beli apa-apa barang, better check dulu duit anda didalam beg duit anda. Dan moralnya, membeli hanya barang yang perlu dan penting sahaja.....

Cerita Hujung Minggu

Aktiviti hujung minggu lepas.

Jumaat (1/10/2010) - Arini cuti, angkut barang masuk rumah baru (Suria Resindence - projek under Sri Pajam)

07.30 pagi - hantar Alisha pergi umah ngasuh mcm biasa.
09.30 pagi - tunggu lori sampai
11.00 pagi - semua barang dah siap masuk lori, sedia untuk bertolak ke Rumah Baru
11.45 pagi - Sampai kat rumah, turun kan brg2 dan mula untuk mengemas. (Penat pun belum hilang)
02.45 ptg -  Break untuk lunch, dari pagi tak makan. Hu hu hu, Lapar gila. (Beli tapau)
06.30 ptg - Technicion Astro datang pasang astro (penting ni, klu tak, tak dapat tgk TV)
08.15 mlm - Ambik alisha kat umah ngasuh (Sian alisha, tak pernah ambik lewat gini)

Sabtu (2/10/2010)
08.30 pg - breakfast roti telor (itu je yg ada dalam peti sejuk)
09.30 pg - sambung tidur - husband sibuk mop lantai (sori yer, mama ngantuk lagi)
01.30 ptg - temankan husband pergi UKM, ambik textbook
02.30 ptg - pergi open house kat umah 'mama' dan 'abah' alisha (ngasuh alisha)
03.30 ptg - pergi carefour beli brg dapur + alisha.Abis RM 237++ (abih la budget aku bulan ni)

Ahad (3/10/2010)
08.30 pagi - breakfast nasi lemak
09.30 pagi - iron baju
10.30 pagi - sambung mengemas
05.30 ptg - pergi mydin beli barang.

Next day ----- dah start keje balik, Bermula la rutin seperti biasa....

Tuesday, September 28, 2010

Money Plant Yg dah x berapa nak OK

Gara-gara seronok nak balik raya, money plant aku kat ofis dah tak berapa nak OK. Sebabnya.... lupa isi air, sampai kering terus. Apa yg tinggal hanya lah 3 helai daun sahaja.
Money plant ni member kamceng aku kat ofis lama yg bg. Kitaorg sama-sama jaga pokok ni. Harap-harap boleh la pokok ni bertahan.

Saturday, September 25, 2010

Lunch with Hubby

Hi... everyOne. Continue update blog.. Title kali ni "lunch with my hubby" lepas sebulan berpuasa.

Kebetulan husband ajak teman dia gi UKM. My hubby start sambung blajar kat UKM. Baru 1 minggu. Kelas after office hour, 7pm until 10pm (monday to thursday). Tinggal aku sorg2 kat rumah with my little princess. Tapi x pe. Untuk masa depan kami sekeluarga. Setiap satu impian tu perlukan pengorbanan, so hopeFully for the future our life will getting better.
Balik dari UKM, kitaorg singgah makan kat PappaRich.


Masa ni baru sampai, belum ambik order lagi.

ANTARA MENU YG KAMI ORDER
FreshLemon Honey (Iced) dan Lemon Tea with Honey

Asam Laksa

Chicken Chop

Selamat Menjamu Selera..........................
 



Tuesday, September 21, 2010

Kesan Penggunaan Microwave

Di era moden ni, saya rasa kebanyakkan dapur di setiap rumah dah ada microwave kan. Bukan apa, untuk memudahkan kita menyediakan/panaskan makanan.

Pagi sabtu lepas, saya ada melihat/mendengar satu artikel dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O' berkenaan kesan penggunaan microwave dirumah. Mungkin anda semua dah pernah dengar mengenai perkara ini. Apa yang saya dengar sedikit sebanyak saya kongsi disini.

Cara memasak menggunakan microwave ni, adalah bermula dari dalam dahulu dan baru lah bergerak ke luar. Maksudnya... Secara lazimnya, sekiranya kita memasak makanan menggunakan dapur, makanan akan mula menjadi masak bermula dari luar dan akan bergerak kedalam, tetapi apabila menggunakan microwave masakan yang dimasak/dipanaskan akan bermula dari dalam. Dengan menggunakan microwave radiasi elektromagnetik menggerak molekul-molekul makanan yang dipaksa berpusing. Secara biasanya molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi.

Penggunaan microwave ini juga akan merosakkan DNA makanan sehingga sekiranya kita makan makanan yang dipanaskan/dimasak melalui microwave ini, badan kita tidak dapat mengenalpasti apa yang kita makan tu sebenarnya adalah makanan. Badan pula akan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemaksebagai perlindungan terhadap makanan mati.

Satu kajian telah dijalankan terhadap penggunaan microwave ini dan hasil kajian menunjukkan orang yang makan makanan hasil pemanasan dari microwave ini cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah) kerana paras haemoglobin menjadi rendah.

Antara kesan-kesan lain adalah penyakit kanser dan kesukaran mendapatkan cahaya mata.

Monday, September 6, 2010

Mood Raya @ ?

Hari ni dah masuk hari ke27 puasa. Hari terakhir aku bekerja sebelum balik raya.. Esok seawal 4 pagi aku akan bertolak balik kg. Tak tau la nak ckp aku ni dlm mood apa.... Ada org kata, time dah dekat nak raya ni mood nak kerja dah xde.. Lain plak aku rasa kali ni. Hari-hari terakhir ni aku abiskan baki2 kerja yang ada. Baru le senang hati balik raya nanti. Boleh "RAYA SAKAN".

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya bersama suami, walaupun usia perkahwinan aku dah 2 tahun. He he... Suspen je bunyinyer. Sbb last year aku dalam pantang anak sulong kami. Terlantar kat katil je dgn aktiviti "menungku dan menungku". Tak de istilah raya dalam kamus hidup aku time tu. Maklumlah semuanyer xleh makan.

Kali ni, hari raya bertambah meriah dgn kehadiran Alisha yang dah genap satu tahun. Kalau ikut giliran beraya tahun ni, raya kat rumah mertua. So... xdapat la aku beraya dgn family aku, Hu hu hu. 1st time raya tanpa keluarga tercinta. Tapi aku menggunakan skill memujuk aku dan akhirnya berhasil... 1Day raya tahun ni kat rumah mertua, raya ke4 balik kg aku. He he.. OK la tu, dapat jgak balik, dari x dapat langsung. Thanks 4 my hubby coz memahami.

Monday, August 23, 2010

Char Kuay Teow dan Telur Bungkus

Hari ni dah masuk hari ke13 puasa. Kepala pun dah pening memikirkan juadah untuk berbuka. Member kat ofis planing nak buat Kuay Teow. Aku pun tiba2 terbejangkit nak buat Kuay Teow jugak. He he he.

Try cari kat internet cara2 nak buat Char Kuay Teow... terjumpa pulak resepi telur bungkus. Nampak menyelerakan je...  Boleh la aku try nanti. Erm... slalu mkn kat kedai je kan... Kali ni aku nak try buat sendiri.. Hopefully menjadi la..

Ni la hasil yg aku dapat masa search kat internet td:

Resepi Char Kuay Teow  (untuk 2 org mkn - sumber dari myresepi.com)

untuk paste
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sudu besar sos tiram
• 3 sudu kecil kicap pekat
• 3 sudu besar kicap manis
• 1 sudu kecil petis (otak udang)
• 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
• 2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sudu kecil gula

untuk mee
• 300 gm kuey teow
• 1 sudu besar cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur


Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Friday, August 20, 2010

Something To Share - Fenomena alam

Selalunya aku malas nak baca surat khabar, tapi entah kenapa satu hari ni, aku rajin ckit. Pagi-pagi dah buka paper online.
Kebetulan aku terbaca satu artikel ni bertarikh 17/6/2010, "Fenomena Telur Berdiri" - erm... macam menarik bunyinya.

(sumber dari harian metro)

Fenomena ni berlaku kat tabika padungan, kuching.  Berdasarkan pendapat saintis, diantara bulan dan matahari terdapat medan gravitis yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil dan membolehkannya berdiri tegak. Ini disebabkan kerana diantara jam 12 tgh hingga 1 pm graviti bumi dan bulan dalam keadaan sejajar. Menarik kan...

Selamat Berpuasa

Bulan Ramadhan kembali lagi. Selamat Berpuasa untuk semua. Semoga puasa tahun ini lebih baik dr tahun lepas.
Teringat masa baru mula-mula masuk keje. Lapor diri 21/9/2006. Selang 2 hari lepas tu 1 ramadhan.